Keraplah Bagi Anak Makan Ikan, Biar Si Kecil Sihat & Jauh Dari Penyakit - Pakar Pemakanan

undefined

Anak suka sangat makan ikan? Apa kata ibu selami dahulu cara memasak ikan yang betul untuk si manja supaya ia seiring dengan perkembangan kesihatannya.

Tahukah anda cara memasak ikan yang betul terutama bagi kanak-kanak? Ini kerana, ikan menawarkan sumber protein dan lemak yang sangat bagus untuk si kecil sekaligus membuatkan mereka jadi lebih sihat.

Walaupun memiliki banyak khasiat, namun kita tidak dapat menyangkal bahawa ikan yang mempunyai kandungan merkuri boleh membawa kemudaratan terhadap penyakit tertentu.

Jadi apa yang harus ibu bapa lakukan untuk mengelak anak jatuh sakit selepas makan ikan?

Menurut Profesor Perubatan di Harvard Medical School mengatakan, tidak ada seorang pun yang berasa takut untuk makan ikan.

Malah, menurut laporan dari American Academy Of Pediatrics, ikan harus menjadi sebahagian daripada diet yang sihat bagi kanak-kanak.

cara memasak ikan

Kredit: Pop Mama

Hal ini kerana, ikan memiliki protein penuh dan lemak kolesterol yang rendah

Selain itu, ikan juga memiliki sumber omega 3 yang dapat membantu perkembangan mata dan otak dalam jangka masa yang panjang seterusnya melindungi dari penyakit jantung dan kanser.

Nutrien lain yang dimiliki ikan juga termasuklah zat besi, yodium dan vitamin D. Semuanya hebat untuk perkembangan kanak-kanak.

Sesetengah kajian turut mencadangkan anak makan ikan supaya dapat melindungi mereka daripada alahan makanan dan asma yang teruk.

Meskipun itu, buat pilihan ikan yang betul supaya seiring dengan perkembangan anak yang sihat dan cergas. Berikut caranya.

Cara memasak ikan untuk anak, peraturan yang harus diikuti

#1. Cara memasak ikan – rantai pemakanan

Ikan untuk anak

Kredit: Halodoc

Ikan kecil seperti ikan bilis banyak menyerap bahan kimia berbahaya dan menyimpannya di dalam tisu lemak mereka.

Apabila ikan yang lebih besar makan ikan yang kecil ini sekaligus bahan kimia boleh dipindahkan ke dalam daging ikan tersebut.

Sebab itu, ibu ayah perlu memilih ikan yang memiliki kuantiti kimia yang rendah bagi mengelak penyakit berbahaya. Selain itu, kita disarankan untuk tidak makan ikan yu, ikan todak dan lain-lain.

#2. Memilih ikan dengan merkuri yang kurang

Walaupun PCB dan dioxin banyak ditemui dalam produk haiwan namun mercuri lebih banyak didapati dalam badan ikan.

Merkuri ini dilepaskan ke udara dari letupan gunung berapi, kebakaran hutan dan ketika orang membakar arang batu.

Ia mengalir dari udara dan menjadi air di mana mikroorganisma mengubahnya menjadi methylmercury yang berbahaya bagi manusia.

Jika terlalu banyak methylmercury ini dalam diet kanak-kanak ia boleh dikaitkan dengan masalah memori, bahasa dan kemahiran visual.

Pakar mengatakan orang yang makan lebih banyak makanan laut lebih terdedah dengan merkuri tapi mereka secara amnya mempunyai kesihatan yang jauh lebih baik.

Kuncinya adalah memilih ikan dengan jumlah merkuri yang sedikit di dalamnya seperti sardin, ikan kod dan talapia. Selain makanan laut yang lain seperti kerang, tiram dan ketam yang merupakan pilihan terbaik.

#3. Campuran makanan

Ikan bagi anak

Apabila bercakap soal pemakanan untuk kanak-kanak, kepelbagaian pilihan boleh membantu mendapatkan semua nutrien yang diperlukan.

Begitulah juga semasa memberi anak makan ikan kerana ia boleh memberi manfaat pada kesihatan.

Terdapat beberapa bukti bahawa cara anda menyediakan ikan boleh menjejaskan jumlah bahan pencemar.

Oleh itu sesetengah bahan pencemar disimpan dalam lemak di bahagian kulit. Sebab itu, kalau anda masak ikan dengan cara membakar atau memanggang ia boleh membantu penyisihan bahan pencemar ini.

#4. Sushi untuk kanak-kanak, boleh ke?

Parasit kecil dalam makanan boleh menyebabkan keracunan tidak kira pada sesiapa pun.

Inilah sebabnya mengapa sesetengah orang tidak suka makan sushi kerana ia diperbuat dengan cara mentah dan tidak masak dengan sempurna.

Disebabkan penyediaan ikan ini tidak dimasak, jadi tukang masak sushi perlu mencari alternatif lain untuk membunuh parasit ini.

Mereka biasanya melakukan ini dengan membekukan ikan terlebih dahulu dan kaedah ini disyorkan oleh FDA untuk menyediakan apa sahaja makanan laut mentah.

Adalah lebih baik elakkan makanan mentah pada kanak-kanak dan hanya sajikan yang betul-betul dimasak sahaja.

Menurut penyelidik pada tahun 2018, ramai ibu bapa masih tidak tahu jenis ikan yang mereka berikan kepada anak-anak.

Sebab itu pada masa yang sama, ibu bapa perlu bertanyakan lebih banyak soalan tentang ikan tersebut misalnya daripada spesis apa dan bagaimana ia ditangkap.

Kesimpulannya, kalau nak memancing ikan sekalipun pilihlah tempat yang bebas dari bahan pencemaran yang berbahaya dan buat pilihan ikan yang tepat untuk anak-anak.

Semoga bermanfaat.

Keraplah Bagi Anak Makan Ikan, Biar Si Kecil Sihat & Jauh Dari Penyakit - Pakar Pemakanan

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Fatherly.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comresepi-ikan-untuk-anak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!