7 Tips Penting Untuk Mencegah Anak Keracunan Makanan, Kasihan Mereka!
Jangan ingat keracunan makanan hanya boleh berlaku jika anda makan di luar saja. Kalau anda tak lakukan 7 cara mengatasi keracunan makanan ini, bahaya!
Cara mengatasi keracunan makanan: Ia boleh bermula dari rumah, sebenarnya!
Ibu ayah, pasti anda sudah tahu keracunan makanan terjadi kerana kita termakan makanan yang ada bakteria, virus, atau bahan kimia, kan? Tapi, jangan ingat ia hanya boleh terjadi sebab kita makan di luar rumah!
Sebenarnya, anak-anak dan keluarga kita boleh juga kena keracunan makanan kerana makanan dalam rumah! Sebab itu, pentingnya untuk anda tahu cara mengatasi keracunan makanan ini.
Bakteria adalah punca utama anak dan keluarga keracunan. Oleh sebab bakteria tidak boleh dilihat atau dirasai, ia boleh ada di mana-mana saja.
Jom ikut 7 cara mengatasi keracunan makanan ini untuk mencegah penyebaran bakteria ke makanan kita!
7 cara mengatasi keracunan makanan, jom amalkan!
1. Bersihkan peralatan dapur dengan betul
Salah satu cara mengatasi keracunan makanan yang paling penting adalah dengan membasuh peralatan dapur anda dengan betul.
Kalau boleh, sentiasa lakukan pembasuhan dengan sabun pencuci yang kuat supaya segala bakteria boleh terhapus. Rendam peralatan dapur selama beberapa minit sebelum dibilas.
2. Semak cara anda mencuci sayur dan buah
Cara paling ideal untuk mencuci buah dan sayur-sayuran adalah di bawah air yang mengalir, tanpa sabun, sekurang-kurangnya selama 30 saat.
Perbuatan ini juga harus dibuat pada buah yang telah dikupas. Bakteria masih boleh melekat di kulit buah. Gosok keseluruhan permukaan buah yang keras seperti epal, timun dan sebagainya.
3. Asingkan beg plastik belanja anda
Jika ke pasaraya untuk beli barang dapur, asingkan plastik yang anda guna untuk letak daging mentah, ikan, dan telur dari barang-barang makanan kering.
Lepas balik rumah, cuci beg duit anda. Anda pasti terkejut jika dapat lihat berapa banyak bakteria ada di situ! Simpan ikan atau daging dalam beg plastik yang tertutup.
4. Sediakan dua pisau yang berbeza
Pisau untuk memotong ikan, daging, atau ayam jangan disamakan dengan pisau yang memotong sayur dan buah ya! Ini wajib.
5. Semak cara anda simpan makanan dalam peti aias
Satu lagi cara mengatasi keracunan makanan yang paling penting adalah menyemak cara anda simpan makanan dalam peti ais.
Pastikan bahan makanan yang disimpan terletak pada bahagian tertentu dan sentiasa tertutup. Makanan yang sudah siap boleh diletak di rak paling atas.
Sisa makanan yang tak habis semalam letak di rak ke dua. Ikan atau daging yang sudah cair (dan akan dimasak) letak di bawah kerana tak mahu airnya menitik.
6. Simpan ikan dan daging dalam peti ais dengan segera!
Selepas balik beli barang dapur, sila simpan ikan dan daging anda dengan segera dalam peti ais. Ini untuk mengelak penyebaran bakteria.
Jika anda marinate ayam, daging atau ikan, jangan biarkan ia di luar. Simpan dalam peti ais juga. Bakteria lebih cepat merebak jika kita letak bahan mentah di luar.
7. Bagaimana cara anda mencairkan bahan makanan dari peti ais?
Jika anda selalu mencairkan bahan mentah seperti daging dan ayam di luar peti ais, sila berhenti melakukannya! Ia bukan cara yang selamat.
Cara paling selamat untuk mengelak keracunan makanan akibat bakteria adalah dengan mencairkan bahan makanan yang beku dalam peti ais. Tapi letak ia di bahagian paling bawah.
Kalau anda nak mencairkan bahan tersebut dengan microwave atau masukkan air, anda kena segera memasaknya.
Semoga perkongsian cara mengatasi keracunan makanan ini dapat membantu anda untuk menjaga kesihatan keluarga di rumah. Selamat beramal!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Artikel ini mendapat kebenaran theAsianparent Indonesia untuk diterjemah
Kredit gambar: barfblog.com
Baca juga:
Ibu Jangan Cepat Panik Bila Anak Keracunan Makanan, Ini Cara Merawatnya Di Rumah