Masalah Speech Delay Pada Anak, Ini 6 Mainan HEBAT Untuk Bantu Pertuturan Si Kecil
Bimbang anak belum tahu bercakap? Ini 6 permainan hebat untuk mereka!
Ibu mana yang tak risau bila melihat anak belum pandai menyebut mana-mana perkataan lagi malah dia menunjukkan ciri-ciri speech delay atau lewat pertuturan. Jadi, apakah cara mengatasi speech delay ini?
Namun kini, ibu tidak perlu terlalu risau kerana ada banyak cara yang boleh mengasah anak untuk cepat bercakap dengan pelbagai kaedah dan terapi yang bermanfaat.
Jadi ibu perlu bersabar dan memberikan sokongan penuh kepada si kecil untuk terus belajar bercakap dan buat sedikit nota tentang perkataan apa yang mereka sudah boleh sebut.
Nak tahu anak speech delay atau tidak, lihat sama ada mereka mengalami perkembangan ini atau tidak.
1 tahun ke atas : Anak sudah mampu menyebut beberapa perkataan seperti mama, ibu, baba, ayah dan sebagainya.
2 tahun ke atas: Sudah boleh menggabungkan dua patah perkataan seperti nak makan, nak mandi, dah habis.
3 tahun ke atas : Sudah mampu menggabungkan tiga ke empat patah perkataan seperti ” Ibu saya nak makan”, Ibu saya nak kencing dan lain-lain.
Kemahiran asas dan cara mengatasi speech delay anak
#1. Melalui eye contact – Bila ibu atau ayah sedang bercakap dengan mereka. Pasti dia akan memandang ke arah mulut dan mata kita.
#2. Mengambil giliran – Boleh membaling bola dan pasing dengan baik.
#3. Meniru – Kemahiran paling susah bagi anak speech delay adalah susah nak tiru apa yang orang cakap.
#4. Daya tumpuan anak
#5. Boleh menyesuaikan setiap gambar
6 Mainan sebagai cara mengatasi speech delay kanak-kanak
Di bawah ini adalah beberapa jenis mainan yang sesuai diperkenalkan untuk kanak-kanak yang mengalami lambat pertuturan.
Maklumat ini dikongsi oleh Puan Nurul Izana Abdul Rahman, Speech Therapist atau Terapis Pertuturan Bahasa.
#1. Knob Puzzle
Bagi anak yang mengalami speech delay, sebaiknya anda tidak memberi mereka puzzle ABC, nombor atau aliff ba ta.
Tapi ia boleh diberikan semasa anak sudah menginjak ke usia empat tahun dan ke atas.
Dengan pemilihan knob puzzle ini dapat melatih anak untuk meminta, membina perkembangan motor halus, melatih anak mengenal gambar dan meniru bunyi.
#2. Kitchen roleplay suitcase
Dengan main masak-masak juga dapat menggalakkan anak untuk bercakap. Minta si kecil ambil order dengan ibu dan ayahnya. Contohnya ibu nak air oren.
Kemudian minta dia sebut beberapa perkataan seperti oren, buah, sirap, nasi dan sebagainya.
#3. Wood cutting fruit and vegetable
Mainan ini bertujuan untuk anak menyamakan objek, kenalpasti bentuk objek dan warna objek tersebut.
#4. Lacing bead
Bagi mainan lacing bead ini pula tujuannya untuk anak belajar meminta dan mengenal sesuatu objek.
Kemudian anda boleh juga latih perkembangan motor halus anak dengan memasukkan tali dalam lubang objek tersebut.
#5. Genius button art/mushroom nail
Mainan ini bertujuan supaya anak mengenal warna dengan cepat sekaligus mereka dapat memberikan tumpuan dengan lebih baik.
Malah ini juga bagi melatih anak mengambil giliran contohnya bila ibu letak bead kemudian anak mengambil alih dengan meletak bead lain.
Sekiranya si kecil mencabut semula bead tersebut, ini bermaksud dia belum mencapai tahap menunggu giliran ini.
#6. Buku-buku cerita
Bagi kanak-kanak seawal usia setahun ke atas, seeloknya memberikan mereka buku board yang tebal supaya dapat memudahkan mereka membelek helaian buku tersebut.
Apapun, buku tersebut tidak boleh melebihi 10 karakter kerana ia mungkin menyukarkan si kecil yang mempunyai speech delay.
Selain itu, jalan cerita buku juga perlulah mudah dan ringkas.
Manakala latar belakang buku atau gambar yang ada tidak terlalu serabut kerana anak tidak berminat untuk membelek buku tersebut nanti.
Mula-mula kenalkan dulu anak dengan setiap gambar yang ada pada helaian buku dan kemudian pada perkataannya pula.
Justeru, apapun yang berlaku tetap sokong dan sayangi anak anda. Kemudian bermohonlah pada Allah SWT agar urusan anak dipermudahkan kelak.
Malah ibu dan ayah juga perlu turut serta sama-sama bantu si kecil untuk bercakap dengan bermain bersama mereka. Sekaligus, ia menggalakkan anak untuk terus bercakap.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Ibudoakan
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga