Tidur Malam Asyik Terganggu Semasa Hamil, Ini Posisi Tidur Yang Betul Dari Trimester 1 Hingga 3

undefined

Pencerahan tentang posisi tidur ibu hamil yang sesuai mengikut trimester satu hingga tiga

Ke kiri rasa tak kena, ke kanan juga rasa tak selesa. Aduh, apakah cara mudah tidur yang betul bagi ibu di sepanjang kehamilan ini?

Manakan tidak semasa di awal kehamilan tidur ibu akan terganggu dek kerana sakit pinggang, kram perut, penat, muntah dan ganguan yang lain.

Malah ibu juga mungkin mengalami kerisauan dan kebimbangan tentang kehamilan mereka hingga menyebabkan gangguan semasa tidur.

Namun begitu, usah terlalu bimbang kerana ia boleh diatasi dengan cara mudah tidur mengikut trimester kehamilan anda.

Posisi dan cara mudah tidur  untuk Trimester Pertama

cara mudah tidur

Semasa di Trimester Pertama ibu hamil akan mengalami kegelisahan kerana gangguan kehamilan terutama ini adalah kali pertama anda mengandung.

Antara gangguan yang sering mengacau malam ibu seperti tidak dapat posisi yang nyaman untuk tidur nyenyak, kerap pergi ke tandas, muntah, sakit kepala, perut tak selesa dan sebagainya.

a) Tidur mengiring

– Ibu boleh mencuba tidur mengiring dalam posisi seperti huruf S semasa masuk ke usia kehamilan trimester pertama.
– Posisi ini dapat membuatkan tubuh ibu rasa lebih nyaman dan mengtasi rasa penat yang berlebihan.
– Memilih bantal yang lebih lembut supaya badan selesa.

b) Tidur mengiring ke kiri

– Tidur dalam posisi ini sangatlah disarankan untuk semua ibu hamil yang masuk ke trimester pertama.
– Ini kerana posisi tidur ini meningkatkan aliran darah yang lebih baik dari pembuluh vena di jantung dan menyalurkan oksigen serta nutrisi kepada janin.

c) Menggunakan banyak bantal

– Menempatkan banyak bantal juga dapat membantu ibu mendapatkan tidur yang selesa dan nyaman.
– Apapun, guna bantal yang lembut dan letakkan di bahagian kepala, punggung dan kaki. Dengan cara ini ibu akan rasa lebih nyaman sepanjang kehamilan.

Posisi dan cara mudah tidur  untuk Trimester Kedua

posisi tidur

Sekiranya ibu sudah masuk ke trimester kedua ini adalah masa yang paling nyaman untuk tidur ibu kerana masa ini kandungan sudah menunjukkan perkembangan yang pesat dan tidak menimbulkan gangguan pada ibu hamil.

Apatah lagi segala keluhan ibu semasa di trimester pertama sudah kian menghilang dan tak muncul lagi.

Ini posisi yang sesuai untuk trimester kedua:

a) Mengiring ke kiri

– Posisi tidur di sebelah kiri adalah yang paling terbaik semasa trimester kedua ini kerana ia memudahkan oksigen dan nutrisi mengalir terus kepada plasenta agar menjadi lebih lancar.

b) Jangan tidur terlentang

Jika sudah masuk ke trimester kedua jangan sesekali untuk tidur secara terlentang kerana posisi ini adalah sangat berbahaya.

Ini kerana ia boleh menyebabkan oksigen kepada janin tersekat dan menganggu kandungan.

Tips tidur trimeter kedua:
– Membiasakan rutin tidur yang baik selama 8 jam setiap hari.
– Hindari insomnia dengan elakkan menonton TV berlebihan.
– Elakkan mengambil makanan yang pedas kerana boleh menganggu tidur malam anda.

Posisi dan cara mudah tidur  untuk Trimester Ketiga

cara tidur

Semasa masuk ke usia kehamilan di Trimester Ketiga maka tidur malam ibu paling mendapat gangguan yang tinggi.

Ini kerana ibu akan mengalami rasa cemas kerana takut munculnya tanda-tanda bersalin kerana keadaan perut yang semakin besar.

Lantas dengan itu setiap posisi tidur ibu rasakan tidak nyaman lagi hingga berjaga setiap malam.

a) Letakkan satu bantal yang lembut di antara kaki supaya kaki atas dan bawah tidak terlalu letih dengan posisi tidur anda.

b) Jika rasa tak selesa tidur atas tilam, anda mungkin boleh tidur di atas sofa dengan memilih posisi yang baik dan selamat.

c) Hindari mengambil minuman di malam hari supaya dapat mengelak kekerapan untuk membuang air kecil.

d) Elakkan mengambil kopi yang menyebabkan rasa sakit yang berlebihan hingga menganggu tidur malam.

e) Jangan makan pedas hingga menganggu proses pencernaan dan membuatkan rasa mual sepanjang malam.

Walaubagaimanapun, pilihlah posisi tidur di sebelah kiri untuk rasa yang lebih nyaman dan selamat sepanjang kehamilan. Jika terdapat sebarang keraguan sila rujuk keadaan anda dengan doktor atau jururawat di klinik
kesihatan. Semoga bermanfaat.

Tidur Malam Asyik Terganggu Semasa Hamil, Ini Posisi Tidur Yang Betul Dari Trimester 1 Hingga 3

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Hamil.co.id 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.composisi-tidur-semasa-hamil-bayi-maut

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!