Suami, Jangan Kedekut Dengan Anak & Isteri, Nescaya Rezeki Anda Akan Berlipat Ganda

undefined

Ada banyak cara murah rezeki yang boleh dipraktiskan suami supaya rezeki yang diperoleh berlipat ganda misalnya sentiasa berbelanja untuk anak dan isteri.

Ada banyak cara murah rezeki yang suami boleh ikut supaya rumah tangga bersama isteri dan anak-anak bertambah bahagia sampai bila-bila.

Salah satunya adalah berbelanja untuk anak-anak tak kiralah apapun yang diminta, ibu ayah harus cuba untuk tunaikan. Cuba anda lihat wajah kecewa anak bila anda katakan ‘tidak’ pada permintaan mereka. Tak kasihan ke? 

Sebagai permulaan, kami senaraikan beberapa cara murah rezeki yang boleh diterapkan seharian sekaligus membuatkan anak bertambah bahagia. Jom sama-sama kita cuba!

8 Cara Murah Rezeki Dalam Rumah Tangga 

#1. Cara murah rezeki – Selalu belanja anak-anak makan 

cara murah rezeki, tips murah rezeki, murah rezeki, murahkan rezeki suami, murahkan rezeki anak-anak, rezeki anak, rezeki suami, rezeki isteri, rezeki suami isteri, rezeki, rezeki dalam rumahtangga, tips mencari rezeki, tips rezeki berlipat ganda

Kredit : Journey of my life

Pertamanya untuk murah rezeki adalah selalu belanja anak-anak makan di luar supaya mereka dapat makan yang sedap seperti mana orang lain. 

#2. Cara murah rezeki – Doa anak-anak 

Anak-anak ini seperti yang kita faham, tiada dosa jadi bila mereka mendoakan kedua-dua ibu bapa cepat sampai dan tiada halangan. 

#3. Cara murah rezeki – Belikan barang permintaan anak 

Ya, tak semua ibu bapa mampu untuk tunaikan permintaan anak, tapi anda boleh terangkan pada mereka dengan baik supaya dia tak rasa kecewa. 

Tapi bila ada rezeki lebih seperti bonus atau kenaikan gaji, cuba tunaikan permintaan anak sekaligus anda akan dimurahkan rezeki berlipat ganda. 

#4. Cara murah rezeki – Jangan sombong 

Jangan sombong dengan Allah SWT seperti tidak mengerjakan solat, tak berdoa dan sebagainya. Hal ini kerana, jika kita sombong, bila-bila masa saja Allah boleh tarik rezeki kita.

#5. Cara murah rezeki – Jangan takbur dengan anak 

cara murah rezeki, tips murah rezeki, murah rezeki, murahkan rezeki suami, murahkan rezeki anak-anak, rezeki anak, rezeki suami, rezeki isteri, rezeki suami isteri, rezeki, rezeki dalam rumahtangga, tips mencari rezeki, tips rezeki berlipat ganda

Kredit : hmetro

Setiap rezeki yang datang itu sebahagiannya ada untuk anak-anak. Sebab itu, anak adalah pembuka rezeki dan ia bukan datang dari usaha semata-mata. 

#6. Sediakan keperluan anak-anak 

Seterusnya adalah sentiasa menyediakan keperluan anak-anak yang terbaik dan prihatin dengan perkembangan mereka setiap hari.  

#7. Kawal emosi 

Kadang-kadang kita terlupa bila marahkan anak habis semua kata kesat dikeluarkan tanpa sedar. Jadi, sebaiknya anda jaga kata-kata supaya tidak mengguris hati dan perasaan anak. Selain cuba bernafas, istighfar dan berdiam untuk melawan rasa marah. 

#8. Bersyukur ada anak 

Masih ramai di luar sana yang mengimpikan zuriat. Jadi pada anda yang dikurniakan anak itu haruslah bersyukur dan hargai kurniaan yang tidak ternilai ini. 

Kesimpulannya, setiap rezeki itu sudah ditetapkan ada bahagian untuk anak sejak dari dalam kandungan lagi. 

Ingatlah, anak adalah magnet rezeki bagi suami isteri dan penyejuk hati sampai bila-bila. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Maryam Salleh 

Baca juga:

Suami jangan kedekut dengan isteri, beri semua gaji pada mereka, rezeki lebih banyak! – Luah suami ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!