Pasangan ini gagal dapat anak selama 4 tahun sebab SALAH cara buat seks!

Pelbagai cara nak buat anak telah dicuba pasangan ini, namun mereka masih gagal. Penemuan pakar membawa satu berita yang amat menggemparkan!

Sepasang suami isteri di China baru-baru ini keliru dan kecewa apabila mereka sudah mencuba pelbagai cara nak buat anak, namun masih gagal selepas empat tahun.

Mereka akhirnya pergi mendapatkan bantuan pakar. Pemeriksaan dari pakar walau bagaimanapun menemui sesuatu yang mengejutkan. 

Selaput dara isteri ini masih belum pecah dan dia masih dara! Alamak, bagaimana ia boleh terjadi Apa cara nak buat anak yang telah mereka lakukan selama ini??!!

Cara nak buat anak salah punca pasangan tiada cahaya mata

Kes yang mengejutkan ini berlaku di Guiyang, China dan pertama sekali dilaporkan oleh Guiyang Evening Post. 

Suami yang berusia 26 tahun dan isterinya, 24 tahun ini dikatakan amat risau mengapa mereka masih belum dikurniakan cahaya mata

cara nak buat anak, posisi seks untuk pengantin baru, cara buat anak, cara senggama, cara bersenggama, cara buat seks, cara buat seks dengan suami

Apa tidaknya, mereka telah mencuba pelbagai cara nak buat anak selama 4 tahun ini. Masakan mereka tidak boleh dapat anak!

Mereka takut memikirkan adakah mereka tidak subur? Si isteri juga sering mengadu yang dia rasa “amat sakit” setiap kali bersenggama dengan suaminya.

Sebab itu mereka mengambil keputusan untuk berjumpa pakar dan mendapatkan jawapan. 

Pakar pada mulanya menyangka pasangan ini tidak dapat mengandung kerana masalah ginekologi. Namun selepas pemeriksaan di kemaluan si isteri, doktor akhirnya terkejut!

Selaput dara si isteri masih utuh, dan tiada sebarang tanda penetrasi pernah berlaku. Mengesyaki sesuatu, doktor akhirnya memeriksa bahagian dubur si isteri pula. 

Alangkah terkejutnya pakar kali ini apabila mendapati dubur si isteri cukup besar sehingga boleh “memuatkan 3 jari!”!

Rupanya, cara nak buat anak pasangan ini salah selama ini…

cara nak buat anak, posisi seks untuk pengantin baru, cara buat anak, cara senggama, cara bersenggama, cara buat seks, cara buat seks dengan suami

Doktor pakar tersebut dipetik mengatakan – 

“Empat tahun berkahwin dan pasangan ini tidak tahu bagaimana cara untuk hamil. Mereka sebenarnya kurang pengetahuan tentang seks.  Ramai yang masih kurang pengetahuan tentang seksual ini.”

Selepas mengenalpasti punca mengapa pasangan suami isteri ini masih gagal mendapatkan anak, doktor akhirnya membantu seperti yang terdaya.

Kedua-dua pasangan diberi “garis panduan” berguna untuk melakukan seks sebelum mereka dihantar pulang ke rumah.

Kes ini sebenarnya berakhir dengan berita gembira. Si isteri kini telah hamil. Pasangan ini amat bersyukur kerana dikurniakan cahaya mata untuk menyerikan kehidupan rumah tangga mereka.

Kami di theAsianparent Malaysia mengucapkan ribuan tahniah pada kedua-dua suami isteri ini.

Ha… nampak tak apa yang terjadi kalau suami isteri sendiri kurang pengetahuan tentang seksual? Pendidikan seks bukan melibatkan gaya dan cara menyemarakkan hubungan di ranjang semata-mata.

Sebaliknya, ia turut mengajar tentang bagaimana proses pembiakan berlaku dan apa pilihan perancang keluarga yang ada. Semoga lebih ramai pasangan suami isteri mengambil tahu tentang pendidikan seksual demi kesejahteraan rumah tangga!

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Artikel ini ditulis oleh Jaya dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah.

Baca juga:

https://my.theasianparent.competua-dapat-anak-seks-ketika-tidur/

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!