theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #MoneyParenting
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • Beli-Belah

Pasangan Dengan 13 Anak Lelaki Ini Nak Terus Cuba Sampai Dapat Anak Perempuan!

3 min bacaan
Kongsikan:
•••
Pasangan Dengan 13 Anak Lelaki Ini Nak Terus Cuba Sampai Dapat Anak Perempuan!

Adakah anda sanggup bersalin sebanyak 13 kali seperti pasangan ini semata-mata kerana mahu anak perempuan?

Pasangan yang ingin anak perempuan

Apabila Ireneu Cruz, dan isterinya Jucicleide Silva berkahwin mereka telah membuat perjanjian: Ireneu akan menamakan semua anak lelaki, dan Jucicleide akan menamakan semua anak perempuan.

Tapi setelah berkahwin selama 20 tahun, Jucicleide belum lagi dapat peluang itu kerana kesemua 13 anak mereka adalah anak lelaki.

Pasangan dari Brazil ini baru saja meraikan kelahiran bayi terbaru mereka, iaitu seorang anak lelaki lagi!

Pasangan Dengan 13 Anak Lelaki Ini Nak Terus Cuba Sampai Dapat Anak Perempuan!

Sumber: Gambar YouTube | nollygrio

Menamakan semua 13 anak dengan nama pemain bola sepak terkenal Amerika Selatan

Ireneu ketika disoal tentang nama semua 13 anak lelakinya menjawab – 

“Apabila Jucicleide hamil dengan anak pertama, kami setuju yang dia boleh memilih nama anak perempuan dan saya akan memilih nama anak lelaki. 

Saya selalu mengagumi pemain bola sepak terkenal seperti Rivaldo, Roberto Carlos, Ronaldinho dan Robinho.

Nampaknya hampir semua pemain sepak bola terbaik di dunia mempunyai nama yang bermula dengan abjad R.

Memandangkan kami dianugerahkan anak lelaki setiap kali, saya telah memutuskan untuk menamakan semua anak saya mengikut pemain yang saya minat.”

Pasangan Dengan 13 Anak Lelaki Ini Nak Terus Cuba Sampai Dapat Anak Perempuan!

Mereka mengharapkan anak perempuan kali ini, tetapi Tuhan anugerahkan anak lelaki lagi. Sumber: Gambar YouTube | nollygrio

Ireneu telah menamakan anak lelaki terbarunya dengan nama Ronaldo. 

Pasangan tersebut berikrar untuk terus mencuba hingga mereka dapatkan anak perempuan.

Wow!

3 risiko jika jarak kehamilan terlalu rapat

Walaupun teringin sangat untuk dapat anak perempuan, ataupun anak lelaki, ibu mengandung perlu tahu risiko apabila hamil tanpa perancangan yang baik atau dengan jarak kehamilan yang terlalu dekat.

Pasangan Dengan 13 Anak Lelaki Ini Nak Terus Cuba Sampai Dapat Anak Perempuan!

Sesetengah pasangan akan melakukan segalanya untuk mendapatkan anak perempuan

Berikut adalah 3 risiko yang boleh dihadapi oleh si ibu:

1 – Masalah rahim terjatuh

Salah satu punca rahim terjatuh adalah kerana kelahiran terlalu kerap dan terlalu ramai. 

Wanita disarankan untuk menggunakan kaedah perancang keluarga supaya tidak kerap hamil atau mengandung pada jarak yang rapat antara setiap kelahiran untuk mengelakkan ini.

Selepas melahirkan anak, otot-otot rahim luka dan mengalami trauma.

Ia memerlukan masa untuk pulih. Walaupun teringin sangat untuk menimang anak, tunggu dulu sehingga sembuh sepenuhnya.

2 – Masalah rahim pecah

Ini sering berlaku pada ibu-ibu yang melahirkan anak melalui pembedahan.

Rahim yang dipotong memerlukan masa yang lebih lama untuk pulih.

Jika ibu hamil semula sebelum rahim sempat pulih, rahim ibu itu berisiko untuk pecah.

Walaupun keadaan ini jarang berlaku, terdapat kes terpencil di mana ibu mengandung telah meninggal dunia akibat rahim pecah.

3 – Risiko bayi pramatang dan bayi kurang berat badan

Menurut Babycenter, dari segi kesihatan, adalah lebih baik jika seorang wanita itu sembuh sepenuhnya daripada kehamilan dan proses bersalin sebelum hamil semula.

Beberapa kajian menunjukkan kehamilan yang terlalu dekat mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk kelahiran pramatang, berat kelahiran rendah, dan saiz bayi yang kecil. 

Jika rahim ibu masih lemah dan belum sembuh, akibatnya rahim akan kekal lemah sepanjang kehamilan baru.

Tambahan pula, ibu senang mendapat anemia jika jarak antara kehamilan terlalu dekat. Ini akan menyebabkan bayi kekurangan zat dan nutrien semasa di dalam kandungan.

Sumber: NDT.Tv, Iluminasi dan Babycenter

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

my.theasianparent.comperancangan-keluarga-fakta-tentang-jarak-kehamilan/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Pasangan Dengan 13 Anak Lelaki Ini Nak Terus Cuba Sampai Dapat Anak Perempuan!
Kongsikan:
•••
Artikel(Cerita)
  • Ibu Dan Bayi Nyaris Maut Lepas Rahim Pecah Hingga Kaki Bayi Terlunjur Keluar

    Ibu Dan Bayi Nyaris Maut Lepas Rahim Pecah Hingga Kaki Bayi Terlunjur Keluar

  • Pintu kaca pecah berderai timpa kanak-kanak ini! Bagaimana boleh jadi?!!

    Pintu kaca pecah berderai timpa kanak-kanak ini! Bagaimana boleh jadi?!!

  • Perkembangan Bayi 0-3 Bulan Adalah Paling Penting, Ibu Ayah WAJIB Tahu

    Perkembangan Bayi 0-3 Bulan Adalah Paling Penting, Ibu Ayah WAJIB Tahu

  • Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean

    Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean

app info
get app banner
  • Ibu Dan Bayi Nyaris Maut Lepas Rahim Pecah Hingga Kaki Bayi Terlunjur Keluar

    Ibu Dan Bayi Nyaris Maut Lepas Rahim Pecah Hingga Kaki Bayi Terlunjur Keluar

  • Pintu kaca pecah berderai timpa kanak-kanak ini! Bagaimana boleh jadi?!!

    Pintu kaca pecah berderai timpa kanak-kanak ini! Bagaimana boleh jadi?!!

  • Perkembangan Bayi 0-3 Bulan Adalah Paling Penting, Ibu Ayah WAJIB Tahu

    Perkembangan Bayi 0-3 Bulan Adalah Paling Penting, Ibu Ayah WAJIB Tahu

  • Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean

    Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean

  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore
  • Thailand
  • Indonesia
  • Philippines
  • Malaysia
  • Sri Lanka
  • India
  • Vietnam
  • Australia
  • Japan
  • Nigeria
  • Kenya
Jenama Rakan Kongsi
Mama's Choice Partner Brand Logo
© Copyright theAsianparent 2021. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat
  • Komuniti
  • Menjadi ibu bapa
  • Perkembangan & Umur Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan

Download aplikasi kami

google play store
Appstore
  • Beriklan Dengan Kami
  • Tentang Kami
  • Team Kami
  • Hubungi Kami
  • Terma dan Syarat
  • Jadi Penyumbang Kami
Buka di aplikasi