Para Ibu WAJIB Tunaikan Solat Walaupun Mengalami Sakit Kontraksi & Turun Tanda Bersalin

undefined

Cara solat perempuan ketika menahan sakit kontraksi boleh dilakukan secara duduk di atas kerusi atau katil. Hukumnya wajib meskipun air ketuban telah keluar

Ketika proses melahirkan bayi, setiap wanita berdepan sakit kontraksi teramat sehingga ada yang ‘terlupa’ akan kewajipan menunaikan solat. Namun tahukah anda cara solat perempuan hendaklah mengikut kemampuan diri sendiri?

Wanita mengandung yang mengalami sakit bersalin dan sudah keluar tanda-tanda melahirkan bayi, wajib berusaha menyempurnakan ibadat solat.

Cara solat perempuan ketika menahan sakit bersalin

cara solat wanita bersalin

credit to sources

Menurut perkongsian pengalaman oleh doktor, Muhammad Izzat, bukaan jalan seorang ibu sudah 5 sentimeter dan dia juga sudah bersedia untuk dihantar ke bilik bersalin. Sakit juga terasa sangat kuat.

Terpandang jam yang ada dekat wad. Ia menunjukkan pukul 8.45 malam.

”Eh jap, puan sudah solat Isyak ke?”

”Err. dah keluar tanda ni boleh solat lagi ke doktor?” soal pesakit.

”Selagi tidak bersalin, selagi itulah boleh solat. Nak solat dulu tak? Lepas solat barulah saya suruh misi hantar ke bilik bersalin. Okay?”

”Tapi saya macam dah tak larat sangat untuk ambil wudhuk doktor.” Mukanya berkerut menahan sakit kontraksi.

”Kak misi, kita ada spray wudhuk kan? Bagi dia kain bersih supaya dia boleh solat dahulu.” ujar saya kepada misi.

”Puan nanti solat atas katil sahaja. Kalau tidak larat nak berdiri. Ambil wudhu nanti kak misi ini tolong spraykan. Insyaallah boleh.”

”Lepas solat tu, doa banyak-banyak. Awak nak pergi berjuang ni.”

Mengalir air mata pesakit. Bila dihulurkan tisu, lagi lebat hujan malam tu.

Cara solat perempuan yang bakal melahirkan bayi

solat ketika sakit kontraksi

credit to sources

Berdasarkan penjelasan oleh seorang pendakwah, Shadiya Abbas, berkata air ketuban atau darah yang keluar melalui kemaluan dikira sebagai darah fasad. Ia adalah darah rosak dan bakal ibu hanya perlu membersihkannya sebelum menunaikan solat seperti biasa.

Berkata Imam al-Nawawi: ”Dan darah yang kelihatan (keluar) kerana al-thalaq (sakit beranak) itu bukanlah darah nifas dan bukan juga darah haid mengikut pendapat yang sahih.

Darah fasad tergolong dalam kategori darah yang keluar daripada kemaluan wanita selain haid, nifas dan istihadah (penyakit). Biasanya, ia keluar disebabkan oleh sakit kontraksi kerana berlaku ketegangan vagina.

Ia juga boleh berlaku kerana penyakit tertentu termasuklah kanser sehingga menyebabkan pendarahan terjadi.

Bagi darah haid dan darah istihadah, ada tempoh tertentu bagi mengenal pastinya. Namun darah fasad ini boleh berlaku bila-bila masa termasuklah kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun ke bawah yang belum baligh.

Panduan solat ibu mengandung dan bakal bersalin

Menurut Ustazah Shadiya Abbas, dalam situasi ibu yang hendak melahirkan anak sekiranya keluar darah fasad, masih boleh solat seperti biasa. Hal ini kerana sakit kontraksi biasanya agak lama dan berlaku dalam kekerapan berbeza.

Terdapat kelonggaran yang diberikan Islam kepada wanita yang bakal bersalin agar mampu menunaikan solat dan ilmu ini perlu diketahui oleh para suami.

”Bila sudah turun tanda seperti air ketuban pecah, suami perlu bantu isteri membersihkan diri serta membantunya memakai tuala wanita, baju yang bersih dan sesuai untuk solat.”

Antara perkara yang perlu dilakukan sebelum solat:

  • Membasuh faraj
  • Menyumbat faraj dengan kapas atau seumpamanya supaya darah tidak menitis keluar
  • Wajib membalut faraj dengan kain atau seumpamanya yang boleh menahan darah daripada mengalir kueluar
  • Bersuci dengan wudhuk atau tayammum

”Bagi posisi solat, jika ibu tidak mampu berdiri. Anda dibenarkan duduk dengan badan menegak. Jika tidak mampu kerana sakit pinggang, kita dibenarkan mengiring dengan dada mengadap kiblat.” jelasnya.

Bukan itu sahaja, dalam keadaan lebih serius termasuk sukar mengangkat tangan, dibenarkan menggantikan anggota solat dengan menggerakkan kepala sahaja.

Berikut panduan solat duduk di kerusi:

cara solat sebelum bersalin

Panduan solat duduk di atas katil:

cara solat ibu mengandung

Kesimpulannya, air ketuban yang keluar dari kemaluan wanita adalah najis dan anda hendaklah bersuci terlebih dahulu sebelum mengambil wudhuk. Di sisi mazhab Syafie, darah yang keluar sebelum bersalin adalah darah fasad.

Para ibu hendaklah menunaikan solat kerana kewajipannya tidak gugur kerana bayi masih belum dilahirkan.

Sumber: Berita Harian, Mufti wp

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Panduan Solat Sambil Dukung Anak Yang Betul Dari JAKIM, Ibu Ayah Tidak Perlu Was-Was Lagi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!