Elakkan Posisi Tidur Terlentang, Ia Mendatangkan Risiko Kematian Bayi Dalam Kandungan!

undefined

Tahukah anda bahawa cara tidur yang betul amat penting ketika tempoh kehamilan? Ia penting untuk mengelakkan risiko kematian bayi dalam kandungan!

Setiap wanita yang melalui perjalanan kehamilan sering dinasihatkan untuk sentiasa menjaga kesihatan diri dan bayi dalam kandungan, termasuklah cara tidur yang betul.

Jika sebelum ini anda menjalani kehidupan normal tanpa sebarang masalah, mungkin setelah berbadan dua, semua perkara akan mengalami perubahan seperti mood yang tidak tentu, hilang selera makan serta gejala morning sickness.

Mempraktikkan cara tidur yang betul

cara tidur yang betul untuk ibu hamil

foto: the healthy mummy

Menurut kajian dalam mengenal pasti hubungan antara cara tidur yang betul dan risiko bayi mati dalam kandungan oleh International Journal of Obstetrics and Gynecology, para ibu berhadapan kehilangan bayi ketika selepas usia kehamilan 28 minggu adalah 2-3 kali ganda disebabkan posisi tidur secara terlentang berbanding mengiring.

Sebenarnya, posisi tidur secara berpaling ke sebelah kanan atau kiri membantu mengurangkan tekanan hati dan buah pinggang.

Ia sekaligus membolehkannya berfungsi lebih baik memproses bahan dan cecair yang tidak diperlukan oleh badan, mengurangkan masalah bengkak kaki, buku lali dan tangan.

Meskipun kajian mengatakan posisi tidur mengiring pada kedua-dua bahagian adalah baik, namun terdapat beberapa alasan tertentu menyarankan tidur berpaling sebelah kiri adalah lebih baik.

Dalam posisi ini, ia dianggap sempurna kerana membolehkan aliran darah secara optimum dari inferior vena cava (IVC), iaitu urat besar selari dengan tulang belakang yang membawa darah ke hati dan bayi anda.

Petua menjadikan tidur secara mengiring sesuai untuk anda

Bagi ibu yang sebelum ini sudah terbiasa lena secara terlentang, pastinya mengubah tabiat tidur ini adalah sedikit sukar dan mendatangkan ketidakselesaan.

Berikut adalah petua untuk membantu anda tidur dengan cara yang betul dan memberikan keselesaan tidak kira sama ada untuk tempoh 7 jam setiap hari ketika malam atau siang.

Tidur mengiring semasa mengandung: Bantal kehamilan

posisi tidur yang betul ketika mengandung

credit to sources

Penggunaan bantal kehamilan boleh menjadi sahabat karib anda dan mungkin boleh menggantikan pasangan dengan menyediakan akses yang luas, selesa dan berpelukan sehingga tidur ketika mengandung.

Justeru, selalu meletakkan beberapa bantal tambahan di atas katil agar waktu tidur anda lebih berkualiti dan dapat melepaskan penat seharian dengan baik.

Kebiasaannya, bantal kehamilan yang dijual dalam pasaran didatangkan dengan pelbagai bentuk dan saiz. Ada yang mengikut potongan bentuk badan seperti saiz besar U dan C. Reka bentuk bantal ini mampu membantu tidur secara mengiring anda lebih selesa dengan kedudukan punggung dan tangan anda memeluknya.

Terdapat juga bantal baji (wedge pillow) yang boleh anda gunakan di bawah perut untuk mendapatkan sokongan tambahan dan mengelakkan badan dari meluncur ke belakang.

Ibu juga boleh meletakkannya di bawah lutut untuk membantu mengurangkan tekanan dari kaki. Bahkan ada juga bantal kehamilan berbentuk khusus untuk memastikan ibu-ibu kekal tidur secara posisi mengiring sepanjang malam.

Bukan itu sahaja, kelebihan menempatkan bantal di antara kaki dapat membantu memantapkan posisi tidur sisi yang lebih selesa dengan keadaan kaki kekal rata.

Ibu hamil biasanya akan sering mengadu rasa kurang tidur secara mengiring, bahkan kaki di atas sering memberi tekanan lebih kuat pada bahagian kaki bawah. Dengan sering menggunakan bantal kehamilan dapat mengatasi masalah ini dan memudahkan anda melalui pengalaman tidur lebih baik.

Selain itu, anda juga disarankan menggunakan bantal tambahan untuk menaikkan kedudukan kepala bagi membantu proses pernafasan dan mencegah aliran asid perut serta mengurangkan rasa pedih ulu hati.

Tips memupuk tidur malam yang berkualiti

cara tidur yang betul ketika mengandung

credit to sources

#1. Bersenam setiap hari mengikut nasihat doktor. Tabiat ini dapat membantu anda mendapatkan kualiti tidur yang lebih baik. Cara paling mudah adalah dengan berjalan kaki selama 30 minit atau menyertai kelas kehamilan secara atas talian. Di samping itu, pastikan senaman yang dilakukan lebih awal dan elakkan aktiviti lasak kerana ia dapat menaikkan kadar degupan jantung.

#2. Rutin malam yang santai. Ibu hamil boleh mengamalkan urutan atau mandian air hangat, senaman pernafasan dalam dan melakukan yoga kehamilan untuk menjadikan badan lebih tenang sebelum tidur.

#3. Regangan kaki. Aktiviti ini dilakukan untuk memberikan regangan kaki dan betis untuk mengelakkan masalah kekejangan pada waktu malam yang boleh menganggu waktu tidur.

#4. Mengehadkan pengambilan cecair. Ibu hamil perlu berhenti minum air sekurang-kurangnya 2 hingga 3 jam sebelum waktu tidur. Hal ini adalah untuk mengelakkan anda terjaga dan bangun membuang air kecil.

#5. Menjaga suhu dalam bilik. Kebiasaannya, ibu mengandung akan berasa lebih hangat. Justeru, pastikan anda membersihkan diri sebelum tidur dan memasang kipas pada tahap yang diperlukan.

Sumber: Penulis asal Shabnam Muzzamil. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapura untuk diterjemah.

Kredit foto: Sumber

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Elakkan Posisi Tidur Terlentang, Ia Mendatangkan Risiko Kematian Bayi Dalam Kandungan!

Baca juga:

https://my.theasianparent.composisi-tidur-selepas-bersalin-pembedahan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!