Ibu Hamil Perlu Sentiasa Bahagia Jika Ingin Mudah Bersalin Dan Anak Sihat

undefined

Menempuhi fasa kehamilan adalah sesuatu yang akan diingati sampai bila-bila. Praktikkan cara untuk bahagia pada setiap hari bagi memudahkan proses bersalin!

Bagi anda yang baru pertama kali bakal menjadi seorang ibu, fasa kehamilan pastinya ditempuhi dengan pelbagai perasaan suka dan duka. Namun bagaimana cara untuk bahagia menghadapinya?

Tidak dinafikan, anugerah zuriat di dalam kandungan merupakan kenangan yang paling indah.

Bukan itu sahaja, seorang wanita berasakan dirinya cukup sempurna sekiranya berjaya melahirkan dengan selamat bayi untuk suami tercinta.

Cara untuk bahagia ketika hamil

Pastinya semua orang tidak sabar menantikan kehadiran orang baru dalam keluarga. Hal ini sedikit sebanyak membuatkan anda berasa sedikit bimbang untuk berhadapan dengan proses melahirkan kelak.

Justeru, apa yang perlu diutamakan adalah kesejahteraan emosi anda yang boleh mempengaruhi perkembangan neurologi  dan psikologi bayi.

Kajian menunjukkan bahawa wanita hamil yang sering berasa bahagia mampu melahirkan seorang bayi sihat dengan mudah.

Antara cara untuk bahagia ketika mengandung adalah:

#1. Menjadi diri sendiri

Fasa kehamilan adalah cukup istimewa kerana ia boleh menyebabkan ketidakseimbangan emosi anda. Justeru, usah pedulikan kata-kata yang membuatkan anda berasa lemah dan perkara yang paling penting adalah menjadi diri sendiri.

Sekiranya anda berhadapan dengan situasi yang tegang, tumpukan perhatian terhadap kesihatan kandungan dan selesaikan masalah dengan berkesan.

#2. Mengekalkan gaya hidup sihat

cara untuk gembira

credit to sources

Gaya hidup memberikan impak yang besar terhadap cara anda melalui perjalanan kehidupan dalam seharian.

Pastikan anda membiasakan diri dengan gaya hidup yang aktif melalui aktiviti ringan yang boleh mengeluarkan peluh atau pemakanan yang berkhasiat.

Sebenarnya, rutin seharian turut berpotensi memberikan kesan terhadap bayi di dalam kandungan. Sekiranya anda minda anda kekal positif, janin turut akan merasakan yang sama.

Elakkan dari menjalani kehidupan seharian dengan memfokuskan terhadap tekanan yang dihadapi, sekiranya perlu ambil sedikit masa untuk anda keluar bersiar-siar bagi mendapatkan angin segar.

#3. Menjauhkan diri dari orang negatif

Sesetengah orang dan keadaan boleh dilabel sebagai ‘toksik’ kerana cara mereka membuatkan anda terasa hati.

Dalam hal ini, anda perlu mengindarkan diri dari mereka yang sering negatif dalam kata-kata mahupun tindakan kerana ia boleh memberikan kesan terhadap kandungan.

Pastikan anda menjauhi tekanan dengan berada dalam kelompok manusia yang baik dan sentiasa mengeluarkan perkataan yang baik ketika berkomunikasi.

#4. Melakukan senaman

Aktiviti senaman bukan sekadar mampu mengeluarkan toksin yang tidak diperlukan badan, malahan ia turut membantu memudahkan proses melahirkan bayi.

Bukan itu sahaja, senaman menjadi terapi berkesan yang membuatkan anda berasa lebih sihat dan bahagia. 

Pastikan anda melakukan teknik senaman yang sesuai untuk ibu mengandung selama 30 minit setiap hari dan rasai sendiri perubahannya!

#5. Merakam setiap kenangan

cara untuk bahagia ketika mengandung

foto: pinimg

Perkara yang paling menarik adalah anda menyimpan segala memori yang anda lalui semasa fasa kehamilan.

Kenangan yang dirakam dalam bentuk gambar mahupun video akan menjadi kenangan terindah sepanjang hidup kerana fasa kehamilan setiap anak tidak akan sama.

Sekiranya ibu adalah seorang suri rumah, anda juga boleh menulis catatan diari dari pengalaman pertama merasai tendangan pertama, sakit kontraksi dan majlis kesyukuran bayi.

Abadikan setiap perjalanan ini kerana mungkin ia akan menjadi tatapan anak-anak setelah mereka dewasa nanti.

#6. Melayan orang dengan baik

Perubahan emosi yang dihadapi kadang-kadang membuatkan anda sukar untuk melayan mereka yang berada di sekeliling dengan baik.

Perkara yang normal akan terjadi adalah hati anda mungkin mudah tersentuh dan sering emosi sekiranya perkara berlaku tidak seperti yang anda inginkan.

Bukan itu sahaja, pastikan anda mengawal perasaan marah kerana ia hanya membuatkan anda berasa tidak bahagia dan lebih stres.

#7. Menikmati setiap persediaan

Sebelum meraikan kedatangan cahaya mata, anda dan suami akan sibuk menyiapkan segala keperluan bayi.

Dalam hal ini, pastikan anda menyenaraikan terlebih dahulu setiap keperluan bayi dengan lengkap bagi mengelakkan perkara penting tercicir.

Membeli-belah barangan bayi pasti membuatkan anda berasa bahagia kerana ditemani oleh orang yang paling anda cintai.

#8. Memanjakan diri

tips ibu hamil gembira

Kredit foto: The Woman Life

Luangkan sedikit masa untuk anda berehat dari semua kebimbangan setelah hampir mendekati tarikh bersalin.

Caranya adalah dengan mendapatkan pakej spa ataupun urutan badan bagi mengembalikan semula tenaga badan dan membuatkan anda berasa lebih tenang.

#9. Membahagikan tugasan 

Pastikan anda tidak terlalu melakukan segala kerja rumah seorang diri kerana ia boleh membuatkan fizikal anda terbeban dan menjejaskan kandungan.

Cara yang paling mudah adalah bahagikan tugasan berat kepada suami seperti mengangkat barangan atau mencuci tandas.

Hal yang perlu diingatkan adalah anda jangan malu untuk meminta pertolongan dari orang sekeliling.

#10. Teknik bernafas

Tarik nafas sedalam-dalamnya boleh membuatkan fikiran yang bercelaru menjadi lebih tenang. Jika anda mempelajari teknik pernafasan yang betul secara lebih awal, ia membantu proses melahirkan bayi menjadi lebih mudah.

Sumber: Mom Junction

Kredit foto: Sumber

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Ibu Hamil Perlu Sentiasa Bahagia Jika Ingin Mudah Bersalin Dan Anak Sihat

Baca juga:

https://my.theasianparent.commakan-kacang-merah-semasa-hamil

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!