Carseat Baby Kena Curi, Penyangak Dah Mula Buat Kerja Sejak Carseat Wajib 2020 Ini!

Bila dah diwajibkan penggunaan carseat 1 Januari 2020, ada pula pihak yang ambil kesempatan mencuri ya!

Sejak kes kemalangan jalan raya yang melibatkan kanak-kanak semakin tinggi, ramai yang mula mempersoalkan penggunaan carseat baby.

Atas sebab ini, pihak berkuasa mula merancang penguatkuasaan undang-undang baru bagi mengurangkan risiko kematian sekiranya berlaku kemalangan.

Bermula tahun 2020, kerajaan Malaysia akan mewajibkan penggunaan carseat baby di dalam kereta bagi setiap kanak-kanak yang bertinggian 135cm ke bawah. Walau bagaimanapun, pemilihan carseat baby juga perlu bersesuaian dengan ketinggian dan usia anak ya.

keselamatan kanak-kanak

Bagi yang tidak mematuhi undang-undang ini akan dikenakan sama RM300 bagi seorang kanak-kanak yang tidak mempunyai tempat duduk sendiri!

Carseat Baby Dicuri di Tempat Parkir

Hal ini sememangnya ada kebaikan, namun malangnya ada sesetengah pihak yang mula mengambil kesempatan.

Tidak diketahui sama ada kejadian babyseat baby dicuri ini disebabkan pelaku ingin menggunakan untuk diri sendiri atau ingin mengambil jalan mudah mengaut keuntungan dengan menjual dengan harga terpakai.

Nampaknya bukan laptop, radio atau beg tangan sahaja yang menjadi sasaran pencuri, barang kemudahan untuk kanak-kanak pun jadi target.

Kejadian yang berlaku di Aeon Bukit Indah, Johor Bahru sekaligus mencetuskan kebimbangan di kalangan netizen yang mempertikaikan sistem keselamatan di mall tersebut.

carseat baby

Menurut Anis Jasmani menerusi akaun twitternya, 

Sabar je lah . Sesiapa yang ada terjumpa orang yang tiba2 jual preloved car seat jenama chicco next fit, warna hitam kelabu, especially area jb, inform aku ye. Curi barang aku takpe, yg buat aku geram dia curi barang anak aku ni tempat duduk kereta

Tambah terkilan, mangsa tidak dapat melihat rakaman CCTV kerana pihak mall tidak menyediakan kelengkapan cctv di kawasan tersebut. Aduh, rasa-rasanya ini mesti berkaitan dengan kewajiban penggunaan carseat pada tahun hadapan.

Fakta Berkenaan Undang-Undang Kewajiban Penggunaan Carseat Di Malaysia

Memandangkan tahun 2020 semakin dekat, ibu ayah sebaik-baiknya merancang kewangan bagi mendapatkan carseat baby untuk anak. Yang penting, kena utamanya anak-anak yang lebih kecil dulu berbanding yang sudah besar ya!keselamatan anak, carseat baby

Seorang pengguna Facebook, Wana Abas berkongsi tentang ilmu penggunaan carseat yang didapati dalam satu taklimat yang dibarisi panel dari pengarah penguatkuasa JPJ, pegawai bahagian kelulusan komponen JPJ, wakil Miros dan wakil Kpdnhep.

Berikut sebahagian dari intipati penting yang disenaraikan:

1. Jpj akan menggunakan 2 punca kuasa untuk kuatkuasa arahan “wajib menggunakan child carseat bagi kanak kanak” iaitu kaedah jpj seperti sekatan jalan raya/saman dan kaedah perintah kastam iaitu menahan kemasukan child carseat tak lulus spesifikasi di pelabuhan dan lapangan terbang. 2. Maksudnya bermula 1 Januari, semua child carseat yang tiada surat kelulusan komponen (CTA) daripada JPJ akan ditahan di pintu airport dan pelabuhan Malaysia. 3. Tugas JPJ adalah memastikan child carseat yang masuk lulus piawai keselamatan dengan keluarkan kelulusan CTA. Jadi kurang isu child carseat tak lulus piawai selepas ini. 4. Bagi child carseat yang masuk sebelum 1 Januari 2020 tak perlukan kelulusan CTA. Sama macam masa lulus tali pinggang belakang, kereta yang sebelum 1995 tiada tali pinggang belakang tak perlu tambah dan tak kena saman. Jadi kalau pakai child carseat sebelum 1 januari tiada kelulusan CTA tidak akan di saman. 5. Akta child carseat ini adalah sangat sama dengan helmet. Terdapat 3 kesalahan utama iaitu 
a. tidak memakai helmet, 
b. pakai helmet tapi tidak ikat 
c. kesalahan memakai helmet yang tak lulus spesifikasi. 
Jadi untuk carseat akan dimulakan dengan yang pertama iaitu tidak memakai carseat. Tidaklah JPJ nak tahan tengok carseat ada lulus CTA ke tiada ke. Janji anak duduk atas carseat. 6. Pegawai kuatkuasa JPJ kata tanggungjawab kedai adalah pastikan pelanggan beli dan pakai carseat sebab kena saman RM300. Carseat dalam RM300 juga. Baiklah beli carseat dari kena saman. 7. Kerajaan kena juga kuatkuasa peraturan ini kerana kemalangan jalan raya adalah pembunuh no 1 kanak kanak di Malaysia selepas tercekik dan lemas.

Pada pendapat saya, perjuangan kesedaran penggunaan carseat sama macam pejuangan penyusuan di Malaysia. Kempen dan kuatkuasa perlu dimulakan sekarang kerana ambil masa lama untuk didik dan kesan kesedaran akan nampak 10 tahun akan datang. baby carseat Ini antara soalan biasa didengar. Kenapa kena pakai child carseat?
Kerusi kereta sekarang memang tidak dicipta untuk membawa bayi. Bayi perlukan kerusi istimewa jika nak naik kereta. Macam letak bayi dalam roller coster. Memang tak selamat. Bagaimana dengan mereka anak ramai? 
Cadangan ialah utamakan yang paling kecil dahulu. Sebab posisi bayi paling bahaya adalah atas riba ibu kerana terlalu banyak kes bila kemalangan baby tercampak keluar manakala ibu dan ayah selamat. Buat apa pakai carseat, kalau dah ajal anak akan mati juga? 
Dalam Islam Nabi Muhammad pun suruh ikat unta bukan biar je unta tu lepas kerana ikat unta itu juga ikhtiar. Ikat anak ke carseat itu satu ikhtiar. Bagaimana dengan mereka yang miskin dan tiada duit? 
Ada program kutu carseat RM50 sebulan oleh CPSM, dan kos carseat hanya RM0.29 sen sehari. Bakal ada juga program charity selepas ini. Tunggu je la. Kita letak tepi dulu isu golongan B40, ada ramai lagi golongan M40 dan T20 yang tak pakai dan tak peduli nak pakai walaupun mampu. Baju mak berjenama RM700 tapi selfie letak anak atas riba. Ayah pula spotrim kereta RM2000, tapi child carseat kata tak mampu beli. Tak cerita lagi bab telefon yang model sentiasa upgrade dan koleksi tupperware kat dapur tapi bab CRS berkira. Ada yang kata agenda ni saja nak untungkan peniaga. Percayalah jual carseat tak besar untung pun. Pertama saiz carseat besar, makan ruang untuk simpan dan kos pengangkutan mahal. Kedua terlalu banyak saingan dan buang harga menyebabkan untung tersangat kecil. Belum kira faktor sewa dan gaji pekerja. Ketiga kos melatih staf untuk pandai carseat amat mahal mencecah ribuan ringgit. Nak kaya, untung banyak kena jual baju bukan carseat. Jual carseat ni macam khidmat masyarakat je. Anak saya langsung tak nak duduk dalam carseat, macamana?
Anak kami masa umur setahun tak nak duduk carseat dan masih menyusu badan. Tapi memang paksa ikat dan tahan telinga. Anak menangis lagi baik dari anak tak bernyawa. Selepas setahun, sekarang naik kereta dia sendiri tunjuk dan nak duduk carseat. Kesemua 4 anak begitu. Tiada yang lahir terus diam pandai duduk carseat. Ada banyak tips dan trick untuk ajar mereka duduk carseat. Belajarlah.

Apapun, pastikan carseat dipakai dengan sempurna dan mengikut piawaian ya! Semoga bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Carseat Baby Kena Curi, Penyangak Dah Mula Buat Kerja Sejak Carseat Wajib 2020 Ini!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: mypt3.com

Baca juga:

https://my.theasianparent.comcar-seat-untuk-bayi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!