Cemburu Tanda Sayang? Jangan Cepat Percaya, Kerana Ini Sebenarnya Bahaya Cemburu
Betul ke cemburu tanda sayang? Jangan cepat percaya sangat dengan kata-kata ini. Hakikatnya, ada bahaya jika cemburu itu tidak terkawal!
Cemburu tanda sayang? Pasti anda selalu dengar kata-kata ini, bukan? Sebenarnya, memiliki rasa cemburu pada pasangan memang wajar dan normal.
Malah, ada juga yang percaya jika pasangan tak rasa cemburu, pasti ada sesuatu yang “tidak kena” dalam hubungan tersebut.
Tapi sejauh manakah kebenarannya tentang cemburu tanda sayang?
Percaya atau tidak. cemburu sebenarnya bukanlah tanda rasa sayang daripada pasangan. Bahkan, banyak suami isteri yang bercerai hanya kerana nafsu cemburu.
Itu tidak termasuk kes-kes yang lebih dahsyat hingga membawa kepada pembunuhan, hanya gara-gara cemburu! Jadi anda fikir, betulkah cemburu tanda sayang?
Cemburu Tanda Sayang: Cemburu Berlebihan Bermaksud Keperibadian Yang Tak Seimbang
Psikoterapi dan pensyarah sekaligus Pengarah The Valley Counseling Center di Glendale, California, Amerika Syarikat, Alan Loy McGinnis mengatakan, cemburu menunjukkan keperibadian yang tidak seimbang.
Contohnya jika isteri terlalu cemburu apabila nampak suami rapat dengan kawan berlainan jantina yang lain, termasuk juga dari rakan sepejabatnya!
“Ramai isteri ingin “mengikat” suami mereka kerana takut suami dirampas, atau mungkin isteri tidak puas dengan perhatian dari suami.”
Cemburu Tanda Sayang: Jika Cemburu Tapi Memang Bermaksud Sayang Bagaimana?
Namun McGinnis juga tidak menafikan yang ada juga cemburu tanda sayang yang betul. Tapi cemburu itu haruslah mempunyai batas.
Dua orang yang saling mencintai tidak seharusnya memiliki sikap cemburu buta, dingin, dan acuh tidak acuh apabila melihat pasangan rapat dengan “seseorang”.
Jadi, tiada salah jika kita mahukan kasih sayang yang lebih lagi dari pasangan. Apapun, cinta dan perhatian itu adalah hak suami isteri.
Malah menurut Psychology Today juga, cemburu ini sebenarnya boleh merapatkan lagi hubungan suami isteri!
Sifat Yang Muncul Saat Cemburu Buta
Saat seseorang cemburu, akan ada reaksi tertentu yang terjadi dalam tubuhnya. Ia kemudiannya menerbitkan sifat-sifat ini:
- Rasa keyakinan diri yang rendah
- Neuroticism: kecenderungan umum untuk moody, cemas dan tidak stabil secara emosional
- Rasa tidak selesa dan posesif
- Terlalu bergantung kepada pasangan
- Perasaan “tidak cukup baik” untuk rumah tangga
- Cemas dengan pasangan
Nampaknya jika kita terlalu cemburu, lebih banyak rasa negatif yang lahir. Jadi, ada baiknya jika kita mengawal nafsu cemburu ini.
Memang tak ramai yang mahu mengaku mereka cemburu. Tapi hakikatnya, cemburu itu terjadi kerana kita kurang keyakinan diri.
Apapun, ia wajar dalam hubungan. Akan tetapi, janganlah sampai cemburu buta ya!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
Rasa Cemburu & Sakit Hati Terhadap Masa Lalu Pasangan, Adakah Anda Salah Berfikiran Demikian?