X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Rasa Cemburu & Sakit Hati Terhadap Masa Lalu Pasangan, Adakah Anda Salah Berfikiran Demikian?

4 min bacaan
Rasa Cemburu & Sakit Hati Terhadap Masa Lalu Pasangan, Adakah Anda Salah Berfikiran Demikian?

Sakitnya hati dan cemburu meluap-luap bila tahu masa lalu pasangan. Tapi, tahukah anda apa hukumnya mengungkit masa lalu menurut Islam? Ini jawapannya.

Ada sesetengah suami isteri memang tak ambil tahu tentang masa lalu pasangannya. Tapi, ada juga yang ingin tahu masa lalu pasangan dan akhirnya cemburu malah sakit hati apabila mengetahui “semua perkara”. Namun tahukah anda apakah hukum mengungkit masa lalu menurut Islam?

Bila sakit hati dan cemburu itu, mulalah kita pun rasa nak mengungkit dan memerli-merli pasangan. Ada sahaja semua benda yang dia buat rasa serba tidak kena. 

Hati pasti rasa lagi perit apabila kita mendapat tahu mereka juga masih berbaik di laman sosial walaupun masing-masing sudah mempunyai keluarga sendiri. Ya, kami faham akan perasaan cemburu anda tapi ia haruslah bertempat dan bermunasabah!

Hukum mengungkit masa lalu menurut Islam

mengungkit masa lalu menurut Islam

Sesungguhnya, Islam amat melarang jika sepasang suami isteri mengungkit masa lalu, terutamanya yang berkaitan kemaksiatan. Suami isteri tidak perlu menjelaskan masa lalu masing-masing.

Malah, Allah SWT itu sendiri melindungi dan menjaga setiap aib dan dosa umatnya, terbukti dengan sabda Rasulullah SAW yang berbunyi:

مَنْ أَصَابَ مِنْ هَذِهِ الْقَاذُورَاتِ شَيْئًا فَلْيَسْتَتِرْ بِسِتْرِ اللَّهِ

“Siapa yang tertimpa musibah maksiat dengan melakukan perbuatan semacam ini (perbuatan zina), hendaknya dia menyembunyikannya, dengan kerahasiaan yang Allah berikan.” (HR. Malik dalam Al-Muwatha’, no. 1508).

Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda:

كُلُّ أُمَّتِى مُعَافًى إِلاَّ الْمُجَاهِرِينَ ، وَإِنَّ مِنَ الإِجْهَارِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلاً ، ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ ، فَيَقُولَ يَا فُلاَنُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا ، وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللَّهِ عَنْهُ (Semua umatku akan diampuni, kecuali orang yang terang-terangan melakukan maksiat. Termasuk bentuk terang-terangan maksiat, seseorang melakukan maksiat di malam hari, Allah tutupi sehingga tidak ada yang tahu, namun di pagi hari dia bercerita, ‘Hai Fulan, tadi malam saya melakukan perbuatan maksiat seperti ini..’ Malam hari Allah tutupi kemaksiatanya, pagi harinya dia singkap tabir Allah yang menutupi maksiatnya. (HR. Bukhari 6069 & Muslim 7676))

Malah, jika difikirkan dengan baik-baik, apakah faedahnya jika kita mengungkit masa lalu pasangan? Ia hanya akan membuatkan pergaduhan dan boleh terjadinya penceraian.

5 sebab kenapa anda tak patut mengungkit masa lalu menurut Islam

mengungkit masa lalu menurut Islam

Kredit: Redaksi

Memang bukan senang nak kendali masa lalu pasangan jika anda sudah mengetahuinya. Namun, benda itu sudah lepas dan ini antara 5 sebab kenapa anda tak patut mengungkit masa lalu menurut Islam:

#1 Perkara yang lepas tidak boleh diubah

Walaupun anda tidak menyukai masa lalu pasangan, tiada apa yang anda boleh buat kini sebab masa lalu tidak boleh diubah. Namun, pasangan anda itu telah berubah sekarang!

Jadi, kenapa masih berpegang pada masa lepasnya?

#2 Mereka tidak kenal anda semasa ia berlaku

Anda tidak sewajarnya berasa sakit hati dan cemburu dengan masa lalu pasangan kerana ia tiada kaitan dengan anda. Bukannya mereka kenal anda pun lagi masa itu! 

#3 Hubungan anda sekarang ini lagi penting

Masa lalu dan masa hadapan bukanlah di bawah ketentuan kita. Namun apa yang kita ada sekarang hanyalah masa sekarang ini.

Jadi, gunakannya dengan sebaik-baik. Hargailah bagaimana pasangan melayan anda kini. Mereka telah berubah dan melupakan masa lalu mereka. Kenapa tidak anda?

#4 Kejujuran mereka itu lebih penting

Jika mereka yang menceritakan kisah lalu mereka kepada anda, itu maknanya mereka amat mempercayai anda. Kejujuran adalah landas hubungan komunikasi yang sihat.

#5 Cemburu itu nafsu yang berat

Tak salah untuk rasa cemburu. Anda boleh cemburu jika pasangan anda kini rapat dengan mana-mana kawan yang anda tidak berapa suka (mungkin sebab kaki goda atau gatal).

Tapi cemburu pada bekas kekasih mereka tiada faedahnya! Lainlah kalau mereka masih berhubungan dengan bekas kekasih itu, ops!

Cintailah pasangan dengan sepenuh hati

Rasa Cemburu & Sakit Hati Terhadap Masa Lalu Pasangan, Adakah Anda Salah Berfikiran Demikian?

Kredit: Redaksi

Jika anda kenal dan percaya dengan pasangan anda, pasti anda tidak akan risau masa lalu pasangan akan menjejaskan kebahagiaan anda kini. 

Stories Rakan Kongsi
Take our quiz and test your knowledge of what to look out for in your child’s poop!
Take our quiz and test your knowledge of what to look out for in your child’s poop!
Why Knowing Where Your Milk Comes From Is So Important
Why Knowing Where Your Milk Comes From Is So Important
Experience Is The Best Teacher, Just Ask A Freestyler
Experience Is The Best Teacher, Just Ask A Freestyler
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah

Jangan “bina” alasan yang hanya akan merenggangkan kalian berdua. Apa yang penting adalah cinta pada masa kini – yakni cinta mereka pada anda. 

Cintailah mereka dengan sepenuh hati. Jadi sebahagian daripada mereka tanpa mengira masa silam lalu. 

Artikel ini asalnya ditulis oleh Paul dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Suami, Check Ada Tak 7 Kesalahan Ini Anda Pernah Buat Hingga Isteri Sedih & Berjauh Hati

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Suami & Isteri
  • /
  • Rasa Cemburu & Sakit Hati Terhadap Masa Lalu Pasangan, Adakah Anda Salah Berfikiran Demikian?
Kongsikan:
  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

  • Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

    Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

  • Cara Nak Buat Anak Dalam Bilik Tidur Dengan Betul Untuk Tingkatkan Peluang Kehamilan

    Cara Nak Buat Anak Dalam Bilik Tidur Dengan Betul Untuk Tingkatkan Peluang Kehamilan

  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

  • Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

    Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

  • Cara Nak Buat Anak Dalam Bilik Tidur Dengan Betul Untuk Tingkatkan Peluang Kehamilan

    Cara Nak Buat Anak Dalam Bilik Tidur Dengan Betul Untuk Tingkatkan Peluang Kehamilan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham