Checklist Barang Baby & Ibu Untuk Bawa Ke Hospital, Ini Senarainya!

undefined

Checklist barang baby, ini barang-barang keperluan ibu dan bayi yang perlu dibawa ke hospital ketika nak bersalin nanti, pack awal elak barang tertinggal!

Apabila kandungan dah mencecah 8 bulan, inilah waktunya untuk bakal ibu sediakan checklist barang baby dan ibu untuk dibawa ke hospital. 

Siap sedia seawal yang mungkin, ini dapat mengelak daripada tertinggal barang yang sangat diperlukan. 

Anda tidak perlu bawa sehingga satu luggage beg berisi pakaian bayi, nanti akhirnya banyak benda yang tidak digunakan. Jadi disebabkan itulah penting untuk anda sediakan checklist barang baby dan ibu. 

Menurut perkongsian seorang ibu yang bernama Nadyia Yaya di Facebook, dia menunjukkan cara packing yang cukup kemas untuk memudahkan ibu-ibu nanti.

Maklumlah dengan tenaga yang sudah hilang ketika bersalin, mana nak menguruskan pakaian bayi pula. Jadi bila dah packing siap-siap satu set lengkap dengan peralatan yang diperlukan, mudah saja, boleh pass terus ke jururawat yang bertugas. 

Tidak perlulah waktu nak bersalinkan bayi nanti baru nak tercari-cari. 

Checklist barang baby

checklist barang baby

Foto: Nadyia Yaya

  1. Barang bayi

Aku siap packing macam ni so senang tak payah nak meraba-raba dalam beg cari baju la, seluar la. Beg plastik ni beli dekat Ikea. Nanti boleh refill balik baju-baju yang dah kotor.

Setiap beg plastik ada :

– rompers panjang 2 helai/ baju lengan panjang n seluar 2 helai ( setiap beg plastik tu aku letak sepasang2 la, kan ada 4beg tu hehe).

  • mitten&booties
  • topi/beanie
  • bedung
  • lampin bayi
  • barut

2.Barang baby (ekstra)

Bertanda extra tu aku letak : ( in case tak cukup, boleh grab je dalam plastik extra ni)

  • baju lengan pendek 2 helai
  • lampin ekstra
  • mitten&booties ekstra
  • bedung ekstra
  • barut ekstra

Baca juga: Begini Cara Pack Barang Bayi Bila Keluar, Barulah Tak Berkecah

Barang keperluan lain

  • towel
  • selimut
  • Sapu tangan
  • baby care ( bedak, lotion, shampoo, minyak telon, baby oil, minyak yuuyee, cotton bud)
  • baby wipes
  • botol susu ( incase nk pakai nti, spare siap)
  1. Checklist barang ibu
  • baju 2 helai
  • kain batik
  • skirt
  •  towel
  • shawl/ tudung sarung
  • stocking
  • breast pad
  • maternity pad
  • toiletrities ( sabun, ubat gigi, berus gigi, coconut scrub tu WAJIB BAWAK bebas dri segala daki)
  • mommy care ( lotion, moisturizer, vaseline, barang makeup sikit)
  • minyak tyt
  • breast pump ( incase nk guna, spare saja)
  • nursing bra
  • disposable panties 
  • Seluar dalam tinggi (sekiranya kena czer)
  • nipple cream
  1. Dalam bakul
  • thermos
  • mug,pinggan, sudu
  • horlicks 3in1
  • biskut2
  • kurma & air zam zam ( xde dlm gmbr)
  1. Wajib bawa

  • kad pengenalan
  • buku pink
  • yasin
  • charger, powerbank
  • handphone
  • bahan bacaan ( aku rasa tak sempat nak baca pun, saja la aku nak bawak. Best buku nana ni semua benda dia cita dari cara nak push macam mana, breastfeeding, dalam pantang. Dah lama aku beli buku ni sebelum kawin lagi. Tak tahu la ada lagi ke tak. kalau nk pinjam boleh jer hehe)

6.Bakul berpantang

checklist barang baby

Yang ni pula bakul baju baby dan semua la sebab aku berpantang dekat rumah mak mertua, bawak 1 bakul ni jer. Semua boleh sumbat sebab besar. Berzip macam ni tak ada habuk masuk. Atas tepi boleh bukak. Beli dekat kaison Rm25 rasanya.

*Tak adalah panik nanti nak bawa barang apa kan? Buat persiapan awal!

Tip berjimat buat checklist barang baby

1) Jika melahirkan bayi sulung, elok sediakan barang dan keperluan baru seperti tujuh pakaian siang dan tujuh pakaian malam. 

2) Beli pakaian jenis unisex – iaitu tidak khas untuk bayi lelaki mahupun perempuan. Jadi, ia boleh dipakai untuk anak yang lain pula nanti (jika anda hamil kembali lepas bersalin). 

3) Beritahu rakan, saudara dan jiran yang isteri selamat bersalin dan sedang berpantang. Dalam masa itulah, mereka akan datang ziarah dan bawa hadiah untuk bayi. Jadi keperluan baby seperti losyen, tisu basah dan napkin akan bertambah. Di situ anda dapat berjimat. Tapi jangan terlalu berharap ya! 

4) Bayi cepat membesar jadi sebaiknya tidak beli pakaian newborn terlalu banyak. Lebih bagus beli saiz yang besar sedikit supaya dapat pakai lama. 

5) Beli pakaian bayi semasa jualan murah. Biasanya Lazada atau Shopee Malaysia selalu buat diskaun barang baby murah di website mereka. Inilah masa untuk rebut! 

6) Selain itu, dapatkan keperluan bayi ketika jualan gudang atau terus beli dari kilang. Biasa yang buat jualan gudang seperti Tolly Joy dan Pureen. 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/LiveAbout.jpg 3 tempat ibu boleh beli baju baby murah, sangat berbaloi baloi ha!

7) Pinjam daripada adik beradik atau sanak saudara. Contoh yang boleh pinjam seperti breast pump, bakul baby dan banyak lagi. 

8) Beli pakaian dan barangan bayi “preloved item” di Facebook. Sekarang memang trend orang jual barang terpakai di sosial media. 

9) Jika anda hamil anak nombor dua atau ketiga, si adik itu dapatlah guna pakaian lama abang dan kakaknya semula.  Sebab itu penting basuh dan simpan dengan elok pakaian lama.

10) Ya, lampin bayi adalah keperluan utama tapi anda boleh beli secara pukal sebab ia lebih murah dan jimat. 

11) Kalau nak lagi jimat, guna lampin kain sebab bayi kecil kerap membuang jadi nak jimat inilah caranya. Cuma anda kena rajin basuh.

12) Barangan bayi yang lain seperti buaian, stroller, car seat baby, baby walker dan lain-lain boleh dibeli secara preloved atau pinjam daripada ahli keluarga lain yang tidak menggunakannya lagi.

Sumber: Nadyia Yaya

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!