Utamakan Buku Pink & IC Bila Nak Bersalin, Anggap Macam Nyawa Sendiri! Ini Sebabnya...
Kenapa ibu diwajibkan bawa buku pink sepanjang masa semasa hamil?
Ibu ayah sudah bersedia dengan checklist bersalin?
Menjelang tarikh bersalin, ibu ayah kena bersedia dengan persiapan bersalin seperti barangan untuk dibawa ke hospital seawal 30 minggu. Buat pengetahuan anda, antara keperluan checklist bersalin yang penting adalah buku pink dan kad pengenalan.
Ayah Dakwa Bayi Meninggal Akibat Isteri Lambat Dirawat
Di Facebook baru-baru ini, seorang ayah telah meluahkan rasa tidak puas hati tentang layanan yang diterima di hospital.
Biasalah bila sudah kelam kabut, banyak barangan yang tertinggal termasuklah barangan penting yang diperlukan untuk bersalin.
Ikuti perkongsian Kelana Jagat di bawah:
Pada tarikh 8 Disember 2019, kejadian berlaku di Hospital Besar Kuala Terengganu(Hospital Sultananh Nur Zahirah, Kuala Terengganu) Pada tarikh tersebut, pada jam lebih kurang 8 pagi, saya telah tiba di perkarangan kecemasan hospital bersalin dengan keadaan isteri saya yang sudah pecah air ketuban dan bayi telah keluar separuh badan di mana bahagian pusat sehingga ke atas masih tersekat di pintu rahim(bayi songsang dengan keadaan kaki keluar dahulu). Setibanya saya di sana telah disambut oleh seorang wanita berpakaian biru dengan menunjukkan di mana letaknya kerusi roda untuk menyorong isteri saya. Setelah menolak isteri saya ke katil di bahagian kecemasan, soalan pertama yang keluar dari wanita tersebut adalah berkenaan kad pengenalan(i/c) isteri saya dan bukannya keadaan kandungan isteri saya. Saya menyatakan yang i/c isteri saya telah tertinggal dan hanya ada ic saya sahaja. Untuk makluman pihak tuan, perjalanan dari rumah saya menuju ke hospital telah mengambil masa lebih kurang 15-20 minit. Dalam keadaan isteri yang telah pecah air ketuban sehingga melimpah di rumah dan di dalam kereta, mana mungkin saya sempat untuk memikirkan hal lain kecuali keselamatan isteri dan kandungannya sahaja. Dari waktu tersebut, saya hanya ditekankan supaya balik semula ke rumah untuk mendapatkan ic isteri saya. Malah ada staff yang berkata kepada saya, “Baliklah sekejap, sempat lagi ambil ic isteri awak ni…” Kemudiannya saya telah diminta oleh seorang staff supaya mendaftarkan dulu isteri saya di kaunter pendaftaran di bahagian depan hospital bersalin.
Dalam keadaan tertekan, pastinya sesiapa sahaja akan berasa kusut apabila berlaku keadaan sebegini. Walau bagaimanapun, pihak hospital telah menjalankan rawatan terhadap isterinya namun si kecil tidak dapat diselamatkan.
Takziah daripada pihak theAsianparent.
Checklist Bersalin Penting Disediakan Sebelum Ke Hospital
Mungkin ia kelihatan remeh, tetapi buku pink diperlukan bagi pihak hospital mengenalpasti sejarah kehamilan ibu dan sebarang komplikasi yang ada.
Ini merupakan benda yang paling penting dibawa semasa waktu bersalin bagi mengelakkan masalah lain seperti:
- risiko jangkitan sekiranya tidak diketahui ibu menghidap penyakit berbahaya seperti HIV
- mengenalpasti masalah kehamilan seperti kedudukan bayi songsang atau uri rendah
- sejarah kehamilan berisiko tinggi
Dalam keadaan terdesak, sebarang pemeriksaan lain akan mengambil lebih masa jadi buku pink akan lebih membantu kerana mempunyai maklumat yang lengkap. Berikut merupakan maklumat yang terdapat dalam buku pink:
- Data pengenalan diri ibu
- Data pengenalan suami
- Perihal kandungan lalu
- Ujian saringan antenatal
- Riwayat kesihatan ibu dan keluarga
- Status imunisasi
- Perihal kandungan semasa
- Borang kebenaran untuk pengambilan darah bagi saringan antenatal
- Panduan sistem kod warna penjagaan antenatal
- Senarai semak pengendalian ibu hamil
- Carta pemantauan Hb
- Carta pemantauan tekanan darah
- Pemantauan tekanan darah dan tanda simptom preeklampsia
- Senarai semak kriteria pengambilan ujian MGTT
- Pemantauan kawalan glukos dalam darah (BSP)
- Keputusan Pemeriksaan Ultrasound
- Carta tumbesaran janin
- Carta pergerakan janin
- Pemeriksaan kandungan semasa
- Maklumat kemasukan ke hospital
- Perihal kelahiran
- Rekod kelahiran bayi
- Perihal postnatal – Ibu – Bayi
- Senarai semak Pengendalian Postnatal
- Senarai semak jaundis neonatal
- Pemantauan kejadian jaundis neonatal
- Senarai semak penyusuan susu ibu
- Jagaan postnatal di klinik
- Pendidikan Kesihatan
Buat ibu ayah, pastikan kad pengenalan dan buku pink sentiasa sedia dalam beg yang sama apabila dekat tarikh bersalin ya. Pastikan checklist bersalin sudah siap lebih awal bagi mengelakkan sebarang masalah di hospital kelak.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.compersiapan-menyambut-kelahiran-bayi