Mengapa Orang Tua Selalu Bandingkan Cucu? Ini Sebab & Cara Mengatasi
Anak kita yakni cucu-cucu orang tua kita asyik dibandingkan. Adakah ini antara ciri orang tua pilih kasih? Adakah ia memberi efek kepad emosi anak?
Pernah tak apabila anda pulang ke rumah ibu bapa sendiri atau ke rumah mentua, mesti ada insiden yang kurang menyenangkan ini? Anak kita yakni cucu-cucu mereka asyik dibandingkan. Adakah ini antara ciri orang tua pilih kasih?
“Eh, dah setahun tak boleh jalan lagi? Anak kakak kamu 9 bulan dah boleh jalan,” “tak suka makan sayur, anak abang kamu tu pandai makan sayur,” kata orang tua kamu. Biasa tak dengan situasi sebegini?
Kalau biasa, mesti selalu tertanya-tanya mengapa mereka buat begitu? Saja nak mengguris hati kamu? Atau mereka tak bermaksud apa-apa?
Mengikut pakar psikiatri, Dr Karen Phillips menyatakan bahawa ia adalah normal. Dan terdapat beberapa sebab dan ciri orang tua pilih kasih atau suka membandingkan cucu-cucu mereka.
Mengapa atuk & nenek membandingkan cucu?
Setiap apa yang dilakukan anak-anak kamu memang menjadi perhatian bukan saja kamu sebagai ibu bapa namun juga atuk dan neneknya. Jadi ada beberapa sebab mengapa orang tua kita kadanga-kadang membandingkan cucu-cucu mereka, ini antara sebab mengikut relevannya pemikiran orang tua dan ini antara ciri orang tua pilih kasih.
#1. Mengaitkan perkembangan sesama cucu (memori)
Cucu-cucu ini ibarat penyeri bagi ibu bapa kita, buat pengubat rindu tingkah laku anak-anaknya masa kecil dulu. Jadi setiap perbuatan cucu dan perkembangan mereka akan diingatinya. Sebab itu mereka suka katakan perkembangan cucu sesama cucu. Bukanlah niat mereka nak membandingkan sebenarnya. Ia lebih kepada penekanan yang mengaitkan memori mereka kepada cucu yang sebelum ini.
#2. Rasa tanggungjawab
Percaya tak sebenarnya ibu bapa kita juga punyai rasa tanggungjawab dalam perkembangan anak-anak kita? Ya,sebab itu kadang-kadang mereka menyatakan perkembangan anak orang lain sebagai perbezaan dengan anak kita. Bukanlah mereka semata nak membeza-bezakan tanpa sebab. Mereka concern sebenarnya. Bagus tau kalau anak anda dapat atuk dan nenek yang concern ni mereka dapat memberitahu apa yang sepatutnya anak anda kecapi pada usia tertentu. Tapi kalau tak setuju tu janganlah ambil hati. Boleh terangkan dengan lembut kepada mereka.
#3. Saja nak berbual
Ya, ini memang selalu. Kadang-kadang orang tua hanya ingin berbual ringan. Jadi bila nampak anak kita buat sesuatu mereka terus menyatakan benda yang ketara. Contoh seperti perkembangan cucu-cucu merekalah. Jadi layankan saja bila mereka mula berbicara mengenai anak anda.
Cara mengatasi
Kalau anda rasakan ia memberi efek yang tidak baik kepada anak dan untuk anda juga yang asyik rasa terganggu ini antara apa yang anda boleh lakukan.
#1. Jangan ikut emosi
Percayalah mereka tak berniat buruk pun, kadang-kadangan perkara ini sangat normal. Jadi selagi ia tak memberi efek yang buruk untuk anak dan juga anda sebagai ibu bapa buah tak endah sajalah, mereka bukan sengaja.
#2. Bercakap dengan lembut
Setiap kali anda alami situasi anak anda dibezakan, cepat-cepatlah anda perbetulkan keadaan dengan bercakap lembut kepada ibu bapa anda. Janganlah menengking. Katakan seperti “tak apa setiap kanak-kanak kan berbeza perkembangannya.”
#3. Beri perhatian kepada anak
Sekiranya anda perhatikan bahawa anak anda agak terkesan dengan perbandingan daripada atuk dan neneknya, anda segeralah memberi perhatian kepada anak-anak. Alih perhatian mereka, jangan biarkan mereka rasa terguris. Pujuk anak dengan memberi kata-kata semangat atau jelaskan perkara yang berlaku. Jangan memburukkan pula ibu bapa anda pada mereka, jangan sesekali ya. Jelaskan yang atuk dan nenek mereka sayang, sebab tu mereka concern.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
"Mak/Ayah, jangan bandingkanku dengan anak lain.": Fahami psikologi kanak-kanak