Bila Punggung Bayi Melecet Akibat Cirit-Birit, Ibu Elakkan Guna Tisu Basah Atau Sabun!

undefined

Cirit birit bayi atau diarrhea adalah keadaan di mana si manja membuang air besar dengan kerap sehingga menyebabkan punggung menjadi melecet serta kemerahan

Perkara yang paling seksa ketika bergelar ibu ayah adalah apabila anda terpaksa melihat si manja menangis kesakitan. Proses menjaga dan mengurus anak yang masih kecil tidak akan sunyi tanpa ujian seperti masalah selesema, demam dan cirit birit bayi.

Waktu inilah anda memerlukan lebih banyak kesabaran dan kerjasama daripada pasangan kerana bayi yang tidak selesa akan merengek sepanjang masa.

Baca juga: Nyaring Tangisan Bayi Bila Sakit Perut, Ibu Ayah Harus Peka Dengan Simptom & Cara Merawatnya

Tindakan yang perlu dilakukan jika berdepan masalah cirit birit bayi

punggung melecet cirit birit

credit to sources

Kebanyakn ibu mungkin pernah berdepan dengan bayi cirit-birit yang begitu teruk sehinggar perlu berulang kali menukar lampin pakai buang baru.

Apabila sudah banyak kali keluar najis, ia boleh menyebabkan bahagian punggung dan alat sulit si manja melecet kemerah-merahan. Bagi seorang ibu, anda mungkin berasa sedikit panik dan tertekan apabila melihat keadaan ini.

Sebenarnya, bayi menangis bukanlah disebabkan oleh masalah cirit-birit, tetapi punggungnya sudah melecet. Anda juga mendapati si manja akan meraung setiap kali buang air besar kerana bila sesuatu yang basah melekat, ia akan menjadi lebih sakit. 

Menurut Public Health Malaysia, ibu hendaklah memerhatikan permukaan kulit yang sudah membengkak dan kemerahan, ia adalah tanda kulit sudah melecet.

Bagi mencegah masalah ini, anda perlulah mengelakkan dari guna tisu basah (wipe tissue) dan bahan pencuci seperti sabun.

Cukuplah sekadar hanya mengalirkan sahaja air bersih dan kemudian tekap dengan lembut menggunakan kain lembut tanpa menggosoknya. Kemudian sapukan krim pelembab seperti drapoline, calamine cream dan zink oxide.

Cara lain bagi merawat bahagian punggung bayi yang melecet

cara merawat bayi cirit birit

credit to sources

#1. Gantikan lampin bayi setiap 2 atau 3 jam 

Untuk gantikan lampin bagi setiap 3 jam mungkin sedikit susah kerana ia melibatkan masa. Sebenarnya ibu boleh menganggarkan ikut kesesuaian situasi dan keadaan bayi.

Ada sesetengah anak kecil kurang kencing ketika tidur, manakala ada bayi lain sebaliknya. Ia bergantung kepada pengambilan susu, jika sebelum melelapkan mata si manja sudah minum dengan banyak, ada kebarangkalian lampin bayi perlu kerap ditukar.

Perkara yang ibu ayah perlu ingat adalah jangan tunggu lampin terlalu penuh baru tukar kerana ia boleh menyebabkan naik ruam.

#2. Tuam dan lalukan bahagian melecet dengan air suam

Biasakan guna air suam semasa mencuci najis bayi bagi membolehkan ia tanggal dengan cepat dan mudah. Jika punggung si manja anda sudah melecet, selepas cuci dengan air suam, bilaskan semual dengan air yang tidak terlalu sejuk.

Hal ini adalah untuk memastikan kawasan melecet dan pedih rasa lebih selesa serta bayi kurang menangis.

#3. Kekalkan suhu bilik yang sederhana

Ibu ayah hendaklah memastikan suhu tidak panas atau sejuk. Jika ia terlalu sejuk, badan bayi akan memproses air kencing yang lebih panas. Keadaan inilah yang menyebabkan kulit si manja melecet dan semakin sensitif.

Sedikit perubahan suhu sahaja sudah boleh menyebabkan kerengsaan kulit.

#4.  Beri minum susu atau air

bayi cirit birit

credit to sources

Bagi mengelakkan terjadinya masalah dehidrasi akibat masalah cirit-birit, anda perlulah memastikan si manja minum banyak cecair. Sekiranya bayi mengambil susu badan atau formula, teruskan rutin penyusuan seperti biasa.

Elak memberikan bayi minum jus buah, air glukos atau minuman berkarbonat kerana gula yang tidak diserap oleh tubuh akan menarik air ke dalam usus kecil sehingga membuatkan masalah cirit-birit semakin teruk.

#5. Pastikan saiz lampin  sesuai dengan perut dan punggung bayi

Biasanya ibu hanya menggunakan anggaran berat yang tertera di luar pek lampin bayi sebagai panduan. Namun anda perlu tahu bahawa ia adalah anggaran kasar semata-mata.

Berdasarkan pengalaman seorang ibu, pada umur 1 bulan bayi sudah menggunakan lampin saiz M. Justeru, keraplah memeriksa kawasan punggung, perut serta paha si manja.

Jika ada kesan lampin, ia mungkin tanda awal anda perlu menukar saiznya. Jika ada peruntukan lebih, kami mencadangkan anda menukar kepada lampin jenis pants kerana ia lebih memeri di bahagian perut serta membolehkan bayi selesa bergerak.

Sumber: Siputungu

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 7 Titik Urutan Kaki Bagi Menenangkan Bayi Yang Kerap Meragam Dengan Serta-Merta

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!