Bayi Kurang Sihat & Mudah Sakit- Ini Sebab Orang Luar Tak Boleh Sesuka Hati Menciumnya!

undefined

Sesiapa sahaja pasti akan berasa geram pada kecomelan bayi sehingga melakukan ciuman mulut pada wajahnya. Namun, tahukah anda bahawa ia sangat berbahaya?

Setiap bayi yang dilahirkan pastinya akan menerima kunjungan ramai tetamu. Pernahkah ibu ayah melihat mereka melakukan ciuman mulut pada wajah bayi kerana ‘jatuh hati’ dengan kecomelan anak kecil anda yang berbau harum seperti syurga?

Pastinya jika hendak menghalang orang luar dari mencium bayi, anda dilanda rasa serba salah dan berasa risau kerana sistem ketahanan tubuh bayi masih belum kuat untuk melawan sebarang jenis serangan penyakit.

Bahaya ciuman mulut orang luar 

ciuman bibir pada bayi

Bagi anda yang memiliki bayi, adalah penting untuk tidak membiarkan sesiapa sahaja melakukan ciuman mulut di mana-mana bahagian tubuh bayi selama 3 bulan pertama selepas kelahiran.

Mungkin anda boleh ‘cover line’ dengan meletakkan bayi di atas riba anda atau memberikan alasan ingin memberikan susu kepadanya. Pastinya jika anda menghalang sesiapa daripada mencium bayi, anda mungkin dianggap begitu sombong atau terlalu menjaga anak.

Menurut seorang doktor dari Indonesia, Dr. Dyah Novita Anggraini, golongan dewasa perlu mengelakkan dari mencium bayi di kawasan mulut kerana akan berlaku pertukaran bakteria di mulut anda ke tubuh bayi.

Hal yang lebih menakutkan ialah peralihan bakteria ini akan membuatkan bayi mudah jatuh sakit kerana percikan air liur juga mampu bertahan di dalam udara. Antara risiko bahayanya ialah:

#1. Boleh terkena ruam kulit

Ruam kulit boleh terjadi kepada bayi kerana sifatnya yang begitu sensitif terhadap persekitaran, lebih-lebih lagi jika bayi pramatang atau mengalami masalah eczema.

Sekiranya ibu ayah membenarkan orang luar sesuka hati mencium anak kecil anda, ia akan menyebabkan infeksi mononukleosis yang umumnya sering disebut sebagai kissing disease. Ia adalah virus yang ditularkan melalui air liur dan gejalanya ialah ruam kulit, demam, sakit kepala dan radang tekak.

#2. ‘Menjemput’ kuman batuk, selesema dan demam

bahaya ciuman bibir terhadap bayi

Ketika orang sekeliling mencium bayi anda yang baru lahir, kuman seperti batuk, selesema dan demam boleh berpindah dari air liur ke pipi atau bibir si manja. Kebiasaannya bayi belum memiliki sistem ketahanan tubuh yang kuat seperti orang dewasa, maka mereka menjadi mudah diserang pelbagai penyakit.

Bukan itu sahaja, tetamu yang sakit tidak disarankan datang melawat bayi baru lahir kerana jika dia terbersin atau batuk dan mendekati si kecil anda, kuman boleh disebarkan dengan mudah tanpa disedarinya.

#3. Masalah alergi makanan

Kebanyakan bayi mengalami masalah alergi terhadap makanan tertentu. Tidak hanya makanan, ia boleh juga sensitif terhadap debu ataupun gincu.

Ramai orang tidak menyedari bahawa gluten juga hadir di dalam gincu. Ia menyebabkan respon autoimun dalam tubuh sehingga anak berisiko terkena kanser atau gangguan penyakit lain.

Di samping itu, sisa makanan yang masih melekat pada bibir seseorang akibat tidak membersihkan mulut dengan baik boleh mendatangkan bahaya kepada bayi anda.

#4. Menyebabkan bayi sakit perut, muntah dan diare

kesan mencium bayi

Ciuman dari orang dewasa akan menyebabkan penyebaran virus yang menyebabkan bayi menjadi sakit perut, muntah dan diare.

Ibu ayah perlu sedar bahawa bakeria di dalam usus bayi memerlukan masa yang  untuk melalui setiap tahap perkembangan. Sistem kekebalan tubuh bayi juga tidak sama seperti orang dewasa.

Justeru, setiap tetamu yang ingin mendekati anak kecil anda perlulah mencuci tangan dengan baik dan tidak memiliki sebarang tanda-tanda penyakit.

#5. Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD)

Menurut Dr. Alberta Jesslyn Gunardi, penyakit kaki, tangan dan mulut biasanya menyerang bayi dan kanak-kanak yang berusia bawah 5 tahun.

”Anak akan berasa letih, sakit tekak, demam dan situasi inilah menyebabkan bayi anda kerap meragam. Oleh itu, ibu ayah perlu memastikan orang dewasa tidak sesuka hati menyentuh bayi dan menciumnya tanpa kebenaran anda,” jelasnya.

Kesimpulannya, bahagian wajah bayi yang baru lahir adalah amat sensitif. Penyebaran virus boleh berlaku melalui hidung atau mulutnya. Sememangnya anda berasa malu untuk melarang tetamu mencium bayi. Tetapi mencegah adalah lebih baik daripada merawat.

Bila bayi jatuh sakit, ibu ayahlah yang tidak dapat tidur seharian! Oleh itu, ibu ayah memiliki hak sepenuhnya untuk memastikan keselamatan serta kesihatan bayi yang baik.

Sumber: Klik Dokter

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Bayi Kurang Sihat & Mudah Sakit- Ini Sebab Orang Luar Tak Boleh Sesuka Hati Menciumnya!

Baca juga:

https://my.theasianparent.commelawat-bayi-baru-lahir-2

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!