9 Cara Co-Sleeping Sebenarnya Boleh Mempengaruhi Perangai Anak Anda

undefined

Co-sleeping atau amalan anak-anak tidur sekali dengan ibu bapa sebenarnya boleh mempengaruhi tingkahlaku dan perangai anak dalam 9 cara ini!

Co-sleeping, amalan anak tidur dengan ibu bapa

Co-sleeping adalah amalan di mana bayi atau kanak-kanak kecil tidur bersama ibu bapa mereka.

Di kalangan ibu bapa, terdapat dua pendirian mengenai amalan ini: ada yang tidak setuju anak tidur dalam katil yang sama dan ada pula yang tidur bersama anak mereka setiap malam. 

Sebenarnya, ramai sudah tahu co-sleeping melonjakkan risiko SIDS atau ada juga berlaku kes ibu terhempap anak.

Tapi, untuk tidur bersama anak dengan selamat, ada caranya.

Satu lagi faktor yang menimbulkan rasa bimbang antara ibu bapa ialah bagaimanakah perangai anak jika mereka mengamalkan co-sleeping

Adakah anak akan menjadi terlalu lekat dan tidak berdikari jika mereka selalu tidur bersama? 

Menurut artikel dalam Psychology Today oleh ahli psikologi klinikal dan pakar gangguan tidur Michael J Breus, kajian 2011 menunjukkan berkongsi katil tak akan memberi kesan negatif kepada perkembangan kognitif atau tingkah laku anak.

Malah, co-sleeping boleh mempengaruhi perangai anak anda dalam 9 cara ini:

#1 Mereka akan mempunyai harga diri yang lebih tinggi

Menurut Healthy Child, kajian mendapati anak lelaki yang tidur bersama dengan ibu bapa mereka sejak lahir hingga ke usia 5 tahun, mempunyai harga diri yang lebih tinggi.

#2 Mereka akan bersikap lebih terbuka terhadap kasih sayang

co-sleeping

Sumber gambar: Pezibear/Pixabay

Kanak-kanak yang mengamalkan co-sleeping mungkin sebab utama mereka menjadi orang yang suka berpeluk apabila sudah dewasa nanti.

Kajian yang sama juga mendapati kanak-kanak yang tidur co-sleeping akan rasa lebih selesa dengan hubungan fizikal dan kasih sayang sebagai orang dewasa.

#3 Mereka lebih cepat berdikari

Ramai ibu bapa bimbang co-sleeping akan menyebabkan anak bergantung kepada mereka dalam tempoh yang lebih lama.

Walaubagaimanapun, menurut University of Notre Dame’s Mother-Baby Behavioral Sleep Lab, apabila anak tidur bersama ibu bapanya, ini akan menghasilkan sikap berdikari dan kemampuan diri.

Psychology Today juga berkata co-sleeping tidak akan mempengaruhi perkembangan anak untuk berdikari dan belajar tabiat tidur yang baik.

#4 Mereka akan berkelakuan baik di sekolah

9 Cara Co-Sleeping Sebenarnya Boleh Mempengaruhi Perangai Anak Anda

Sumber gambar: ludi/Pixabay

Menurut Dr Sears, kelakuan kanak-kanak di sekolah didapati lebih baik berbanding dengan kanak-kanak yang tidur bersendirian.

Sebuah kajian oleh J.F Forbes juga mencatatkan: kanak-kanak yang mengamalkan co-sleeping telah menerima penilaian yang lebih tinggi dari guru mereka.

#5 Mereka kurang masalah mental

Dr. Sears mendapati kanak-kanak ini juga menunjukkan kurang masalah psikologi.

Kanak-kanak dengan masalah mental yang dikaji didapati tidak tidur bersama ibu bapa mereka dengan kerap.

#6 Mereka lebih bersikap positif

9 Cara Co-Sleeping Sebenarnya Boleh Mempengaruhi Perangai Anak Anda

Sumber gambar: tebielyc / Pixabay

Kanak-kanak co-sleeping akan tidur dengan lebih cepat dan rasa lebih selamat apabila berdekatan dengan ibu bapa mereka. 

Kanak-kanak yang cukup tidur dan tidur dengan baik akan mempunyai sikap yang lebih positif daripada kanak-kanak kurang tidur sepanjang malam.

#7 Mereka lebih gembira

University of Notre Dame mencatat kajian yang dilakukan oleh P. Heron yang menunjukkan kanak-kanak yang tidak pernah tidur di katil ibu bapa mereka kurang bahagia, selalu buat perangai, dan berasa lebih takut berbanding dengan kanak-kanak co-sleeping!

#8 Co-sleeping boleh mengurangkan kebimbangan

9 Cara Co-Sleeping Sebenarnya Boleh Mempengaruhi Perangai Anak Anda

Sumber gambar: skimpton007 / Pixabay

Apabila tidur bersama ibu bapa, ini akan membuat mereka berasa kurang bimbang atau takut.

Kanak-kanak co-sleeping juga jarang menunjukkan masalah tidur jangka masa panjang, menurut Dr. Sears. 

#9 Mereka berasa lebih diterima

Menurut Healthy Child, kanak-kanak yang tidur bersama berasa lebih diterima kerana berasa seolah-olah ibu bapa faham keperluan mereka.

Ini akan menolong mengeratkan lagi hubungan positif antara ibu bapa dan anak.

Sumber: Romper

Kredit gambar: Motherhood The Truth

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga

Panduan Seks Berguna Untuk Ibu Bapa Yang Tidur Bersama Anak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!