Wabak COVID-19 : Individu Dengan Darah Jenis A, Lebih Berisiko Dijangkiti - Kajian
Berdasarkan penelitian yang dilakukan di China, pihak pengkaji mendapati darah jenis A lebih berisiko untuk terkena jangkitan Covid-19.
Penyelidikan di Wuhan dan Shenzen mendapati pesakit dengan kumpulan darah jenis A mempunyai kadar jangkitan yang lebih tinggi dan cenderung mendapat gejala yang lebih teruk.
Sementara itu, mereka yang mempunyai darah jenis O, memiliki risiko yang jauh lebih rendah untuk penyakit berjangkit berbanding dengan yang lain.
Berikut ini ulasan berkaitan penyelidikan yang dijalankan itu:
Darah jenis A lebih terdedah dengan jangkitan COVID-19
Individu yang memiliki darah jenis A mungkin lebih terdedah kepada jangkitan Corona Virus, sementara darah jenis O pula kelihatan lebih kuat.
Keputusan ini didapati susulan kajian yang dilakukan kepada pesakit di China yang menghidap penyakit dari wabak COVID-19 itu.
Penyelidik perubatan di China mengambil beberapa sampel kumpulan darah daripada 2,000 pesakit yang dijangkiti virus di Wuhan dan Shenzen sekaligus membuat perbandingan dengan populasi mereka.
Lantas pihak penyelidik mendapati, pesakit dengan jenis darah A menunjukkan kadar jangkitan yang lebih tinggi dan cenderung untuk mengembangkan gejala yang lebih teruk.
Walaubagaimanapun, penyelidik berkata kajian itu masih di peringkat awal dan banyak kerja perlu dilakukan bagi mengetahui kesahihannya.
Dalam masa yang sama, mereka turut menggesa pihak kerajaan agar menyediakan kemudahan perubatan dengan mempertimbangkan perbezaan jenis darah semasa merancang langkah-langkah merawat pesakit dengan virus
COVID-19 ini.
Menurut Ketua Penyelidik dari Hospital Zhongnam, Universiti Wuhan, Wang Xinghuan berkata, mereka yang datang dari Kumpulan Darah A mungkin memerlukan perlindungan peribadi yang lebih kuat untuk mengurangkan
peluang jangkitan.
Ini kerana, daripada 206 pesakit yang meninggal dunia akibat COVID-19 ini di Wuhan, 85 daripada mereka memiliki darah jenis A iaitu 63% lebih dari 52 orang dengan darah jenis O. Pola ini wujud dalam pelbagai usia dan
jantina.
Namun begitu, penyelidikan ini belum dikaji semula namun mengingatkan bahawa mungkin ada risiko yang terlibat dalam pengunaan kajian untuk membimbing amalan klinikal semasa.
Saiz kajian yang lebih besar
Seorang lagi penyelidik bernama Goa Yingdai berkata, walaupun saiz sampel 2,000 itu sudah cukup besar namun jumlah pesakit kini telah melebihi 180,000 di seluruh dunia.
Ini kerana, satu lagi batasan kajian adalah tidak memberikan penjelasan yang jelas tentang fenomena seperti interaksi molekul antara virus dan pelbagai jenis sel darah merah.
Buat pengetahuan, jenis darah ditentukan oleh antigen iaitu bahan di permukaan sel darah merah yang boleh mencetuskan tindak balas imun.
Ahli biologi Austria, Karl Landsteiner menemui kumpulan darah utama pada 1901 dan menamakan mereka jenis A,B,AB dan O.
Penemuan ini penting kerana boleh melakukan pemindahan darah yang selamat dengan memadankan jenis darah pada pesakit.
Dalam masa yang sama, perbezaan jenis darah ini telah diperhatikan dalam penyakit berjangkit lain termasuk virus Norwalk, hepatitis B dan sindrom pernafasan akut yang teruk (Sars) berdasarkan kajian terdahulu.
Rakyat tak perlu panik jika berdarah A
“Dengan kajian ini hanya untuk membantu pasukan profesional perubatan namun tidak boleh mengambil statistik itu terlalu serius.
” Sementara anda yang memiliki jenis darah A, tak perlu terlalu risau kerana itu bukan bermakna anda akan dijangkiti 100%,” katanya.
“Pada anda yang berdarah jenis O pula, itu bukan bermakna anda benar-benar selamat tapi apa yang pasti perlu mencuci tangan dengan kerap dan mengikut garis panduan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa,” tambahnya lagi.
2 Kematian dicatatkan Malaysia semalam dan pesakit selamat dikebumikan
Jenazah mangsa COVID-19 atau wabak coronavirus yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah selamat dikebumikan di sebuah tanah perkuburan Islam di Johor Bahru pada 9 malam tadi.
Kira-kira 10 lelaki dipercayai kakitangan hospital dan orang awam dilihat mendengar taklimat sebelum memakai peralatan perlindungan peribadi (PPE).
Mangsa yang meninggal itu dipercayai kes-178 yang pernah menghadiri Perhimpunan Ijtimak Tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling pada awal bulan ini.
Malah mangsa juga didapati mempunyai gejala demam sebelum mendapat rawatan di Hospital Permai Johor Bahru.
Kemudian dikesan positif COVID-19 dan keadaannya juga merosot hingga dimasukkan ke ICU. Sebelum disahkan meninggal dunia semalam.
Kami di theAsianparent Malaysia mengucapkan salam takziah kepada waris pesakit dan berharap rohnya dicucuri Rahmat, Al-Fatihah.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: South China Morning Post
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga