X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Bayi Lelaki Meninggal Dunia Di Miri Bukan Sebab Covid-19 Tapi Influenza Teruk

13 Mar, 2020
Bayi Lelaki Meninggal Dunia Di Miri Bukan Sebab Covid-19 Tapi Influenza Teruk

Ramai yang masih keliru dengan gejala covid 19 dan influenza kerana kedua-duanya mempunyai simptom yang seakan sama.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai supaya tidak berada di tempat awam dan sentiasa mengamalkan membasuh tangan supaya wabak corona virus dapat dicegah. Namun dalam masa yang sama sakit influenza masih dibimbangi oleh orang ramai terutama ia selalu menyerang anak kecil.

Dua hari yang lalu, Jabatan Kesihatan Sarawak mengesahkan seorang bayi lelaki berumur 11 tahun meninggal dunia di Hospital Miri kerana sakit influenza yang teruk dan bukannya Covid-19.

Bayi meninggal dunia kerana sakit influenza

sakit influenza

Menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan dari ibu pejabat Jabatan Kesihatan Sarawak itu, Pengarah Jabatan Dr Chin Zin berkata bayi lelaki tersebut meninggal dunia dalam unit rawatan intensif (ICU).

“Pihak kami ingin mengesahkan bayi lelaki itu meninggal disebabkan berpunca dari influenza A yang teruk dan bukannya Covid-19 yang digembar gemburkan oleh sesetengah pihak.

“Terdahulu, kanak-kanak itu dimasukkan dalam wad pada 8 Mac selepas mengalami suhu yang tinggi, muntah-muntah dan sukar untuk bernafas.

“Pada mulanya, bayi tersebut masuk ke ICU dan menjalani ujian untuk Covid-19.

“Walaubagaimanapun, pihak hospital mendapati memperoleh keputusan negatif untuk Covid-19. Tapi, kematiannya adalah berpunca disebabkan sakit influenza A yang serius,” katanya kepada media.

Seperti yang kita tahu, gejala Influenza A dan Covid-19 adalah sama. Berikut gejalanya yang perlu anda tahu.

Gejala influenza A

Buat pengetahuan anda, influenza ini boleh berlaku di seluruh dunia terutamanya di kawasan beriklim sederhana.

Malah influenza juga adalah penyakit bermusim yang berlaku pada musim sejuk iaitu antara November hingga Mac di Hemisfera Utara dan April hingga September di Hemisfere Selatan.

Sementara itu bagi kawasan Tropika pula, influenza boleh berlaku pada bila masa sahaja.

Cara jangkitan influenza ini boleh tersebar melalui bawaaan udara terutamanya di tempat sesak dan tertutup.

Antara gejalanya seperti demam secara tiba-tiba, sakit tekak, batuk, berasa seram sejuk, sakit kepala, koriza iaitu penyakit berjangkit akut yang melibatkan saluran pernafasan atas, mialgia dan keletihan dari segi fizikal serta mental.

Malah komplikasi pada influenza ini adalah pneumonia dan ia boleh membawa maut kepada pesakit.

Bagi merawat influenza, pesakit perlu minum air suam untuk melegakan sakit tekak dan batuk. Selain mengamalkan makan secara sihat dan mendapatkan tidur serta rehat yang mencukupi.

Selain itu, pesakit juga perlu mengelak dari stres kerana ia boleh melemahkan sistem pertahanan badan.

Jika tanda dan gejala semakin teruk, pesakit perlu mendapatkan rawatan dengan doktor dalam kadar yang segera sebelum sebarang kemungkinan terjadi.

Gejala covid-19

covid-19

Sementara itu bagi gejala Covid-19 pula pesakit akan mengalami keadaan seperti demam, batuk, selesema, gangguan pernafasan, sakit kerongong, letih dan kelesuan.

Bagi langkah pencegahan, orang ramai dinasihatkan sering mencuci tangan dengan memakai sabun yang sesuai, menggunakan mask apabila batuk, mengambil makanan yang seimbang dengan memperbanyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran, waspada semasa menguruskan haiwan ternakan, rajin berolahraga, tidak mengambil makanan yang kurang masak dan jika mengalami sesak nafas segera berjumpa doktor.

Cara melegakan influenza secara simptomatik

influenza

Ambil ubat tahan sakit atau ubat seperti paracetamol dengan dos yang dicadangkan adalah seperti berikut:

Dewasa : 500mg – 1000mg setiap 4 hingga 6 jam, maksimum 4g sehari

Kanak-kanak:

– Kanak-kanak sehingga 1 tahun : 60mg – 120mg/dos
– Kanak-kanak 1 hingga 5 tahun : 120mg – 240mg/dos
– Kanak-kanak 6 hingga 12 tahun : 240mg – 480mg/dos
*ulangi setiap 4 hingga 6 jam jika perlu, maksimum 4 dos dalam tempoh 24 jam

Terdapat dua jenis ubat antiviral yang boleh digunakan semasa merawat influenza seperti oseltamivir sebagai rawatan pertama dan seterusnya zanamivir sebagai alternatif.

Walaubagaimanapun, semua jenis ubat ini harus mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

Kegunaan ubat ini juga digunakan untuk mengurangkan tempoh simptom yang dialami pesakit seperti demam, sakit sendi, sakit kepala dan ketidakselesaan tekak.

Cara pengambilannya pula adalah sebelum atau selepas makan tetapi pengambilan bersama susu atau makan boleh mengurangkan risiko ketidakselesaan pada perut.

Namun begitu, ada beberapa kesan sampingan yang boleh dialami selepas mengambil ubat antiviral ini termasuklah sakit perut, sakit kepala, muntah dan loya. Apapun, segera berjumpa doktor semula jika mengalami kesan sampingan ini selepas mengambil ubat.

Bayi Lelaki Meninggal Dunia Di Miri Bukan Sebab Covid-19 Tapi Influenza Teruk

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber:  The Star 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comtanda-tanda-influenza

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Bayi Lelaki Meninggal Dunia Di Miri Bukan Sebab Covid-19 Tapi Influenza Teruk
Kongsikan:
  • Hati-Hati Influenza A Kini Melarat Ke Selangor, 22 Dijangkiti & 2 Dimasukkan Ke Hospital

    Hati-Hati Influenza A Kini Melarat Ke Selangor, 22 Dijangkiti & 2 Dimasukkan Ke Hospital

  • Risau Penularan Virus Influenza, Ini 5 Klinik Yang Menyediakan Vaksin Influenza Sekitar KL & Selangor

    Risau Penularan Virus Influenza, Ini 5 Klinik Yang Menyediakan Vaksin Influenza Sekitar KL & Selangor

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Hati-Hati Influenza A Kini Melarat Ke Selangor, 22 Dijangkiti & 2 Dimasukkan Ke Hospital

    Hati-Hati Influenza A Kini Melarat Ke Selangor, 22 Dijangkiti & 2 Dimasukkan Ke Hospital

  • Risau Penularan Virus Influenza, Ini 5 Klinik Yang Menyediakan Vaksin Influenza Sekitar KL & Selangor

    Risau Penularan Virus Influenza, Ini 5 Klinik Yang Menyediakan Vaksin Influenza Sekitar KL & Selangor

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.