2 perkara yang amat membimbangkan apabila datuk nenek jaga cucu!

undefined

Kajian mendedahkan "pemberian makanan yang berlebihan serta makanan yang tidak sihat" adalah masalah yang sering berlaku apabila datuk dan nenek menjaga cucu.

Semua ibu bapa tahu apabila datuk dan nenek menjaga cucu, mereka pasti akan manjakan anak kita.

Tetapi kini pakar berpendapat ibu bapa perlu berjaga-jaga, kerana kadang-kadang perbuatan datuk nenek boleh memudaratkan anak walaupun secara tidak sengaja.

Risiko apabila datuk dan nenek menjaga cucu

Hasil tinjauan yang berdasarkan 56 kajian dari seluruh dunia mendapati, ini bukan hanya soal jumlah gula-gula, coklat, keropok dan makanan lain yang menggemukkan sengaja mereka beri pada anak kita.

Sesetengah datuk nenek akan memberi apa saja yang cucu ingin makan, dan membiar cucu mereka bermain video game atau menonton TV sepanjang hari tanpa keluar dari rumah.

Bagaimana pula dengan datuk nenek yang sudah biasa merokok di rumah? Lebih-lebih lagi jika mereka berpendapat tiada salahnya untuk merokok depan anak dan mendedahkan paru-paru muda mereka pada asap rokok?

datuk dan nenek menjaga cucu

Apabila datuk dan nenek menjaga cucu, mereka sebenarnya tidak berniat jahat, dan pakar berpendapat kebanyakkan perkara-perkara yang mereka lakukan bukan secara sengaja.

Sebenarnya jawapannya senang saja: ibu bapa serta datuk nenek boleh mengurangkan risiko memudaratkan anak dengan berkomunikasi.

Berkomunikasi apabila datuk dan nenek menjaga cucu

Dr. Stephanie Chambers dari Unit Sains Kesihatan Awam University of Glasgow di Scotland berkata:

Walaupun hasil tinjauan menunjukkan perbuatan seperti mendedahkan asap rokok dan memberi gula-gula kepada kanak-kanak boleh meningkatkan risiko kanser apabila kanak-kanak itu dewasa, adalah jelas perbuatan itu tidak disengajakan.” “Buat masa ini datuk dan nenek yang menjaga cucu tidak diajar kesedaran kesihatan awam, dan mungkin ini adalah sesuatu yang perlu diubah memandangkan mereka juga memainkam peranan penting dalam kehidupan anak.”

Selain daripada pemakanan yang tidak seimbang, kanak-kanak obes kerana kekurangan aktivti fizikal serta pendedahan kepada asap rokok.

Kajian turut mendedahkan “pemberian makanan yang berlebihan” adalah masalah yang sering berlaku apabila datuk dan nenek menjaga anak.

datuk dan nenek menjaga cucu

Kredit: Daily Mirror

Gula-gula dan makanan ringan yang manis dan dalam kuantiti yang banyak sering diberi sebagai ganjaran atau tanda kasih sayang.

Malah ada juga datuk nenek yang berpendapat anak yang gemuk adalah tanda anak itu sihat!

Jangan hanya salahkan datuk dan nenek menjaga cucu

Kita tidak boleh hanya menyalahkan datuk nenek yang rela menjaga cucu mereka!

Sebenarnya banyak lagi yang perlu dipertimbangkan seperti faktor sosio-ekonomi. Kini terdapat lebih ramai wanita yang kembali berkerja selepas bersalin.

Kos pengasuh dan taska juga semakin tinggi dan jangan lupa cabaran menjadi ibu bapa tunggal.

Lebih ramai ibu bapa terpaksa mendapat pertolongan dari datuk nenek untuk menjaga anak mereka, kerana merekalah orang terdekat yang boleh dipercayai. 

 Walau bagaimanapun, penulis kajian menegaskan kajian mereka tidak mengambil kira manfaat positif yang boleh didapati apabila anak di bawah jagaan datuk dan nenek.
 
Sebenarnya banyak juga faedahnya apabila anak meluangkan banyak masa bersama datuk dan nenek.

2 perkara yang amat membimbangkan apabila datuk nenek jaga cucu!

Kesimpulannya

Profesor Linda Bauld, seorang ahli amal Kajian Kanser di UK dan juga salah satu dari pembiaya kajian berkata:

Kesihatan kanak-kanak boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor, tapi kajian ini telah memperkuatkan kepentingan kerjasama dari ibu bapa serta datuk dan nenek memandangkan masalah merokok dan obesiti adalah 2 penyebab utama kanser di UK.

Ingat ibu bapa, komunikasi yang baik adalah kuncinya. Ini kerana kadang-kadang perbuatan datuk nenek itu bukannya sengaja.

Jika anda rasa kurang selesa dengan cara mereka menjaga anak anda, bawalah berbincang dengan tenang. Kita semua ingin yang terbaik untuk anak kita.

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Petua Tradisional Untuk Jaga Anak Dari Datuk Nenek Tak Semestinya Betul!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!