Semua kanak-kanak suka minuman coklat. Tapi tahu tak ibu-ibu semua, yang susu atau air coklat sebenarnya memberi banyak juga manfaat untuk anak-anak? Malah ia mampu bekalkan tenaga dan bantu perkembangan anak! Dan yang lebih menarik, kita boleh menyediakan resepi air coklat yang sedap lagi murah dengan hanya menggunakan Milo, Ovaltine dan Horlicks saja!
Macam balik ke zaman kanak-kanak, bukan? Mari kita tengok 5 resipi minuman coklat yang pasti menjadi kegemaran seisi keluarga.
5 resepi air coklat tangkap leleh
1# Resepi air coklat: Smoothie pisang, avokado dan Ovaltine
Kredit: asianfoodnetwork.com
Kalau anak gemar Ovaltine, ini adalah resipi minuman coklat di mana ibu boleh curi-curi masukkan kebaikkan buah-buahan untuk anak sambil anak menikmati minuman coklat kegemarannya.
Bahan-bahan
- 1 biji avokado (dikupas dan dibuang benih di tengah-tengah)
- 1 pisang
- 2 sudu besar serbuk Ovaltine (atau mengikut citarasa sendiri)
- Air / susu
- 1 cawan ais
- 2 sudu teh gula (tidak wajib)
Cara buat:
- Masukkan semua bahan ke dalam mesin pemproses atau pengisar.
- Kisar sehingga licin.
- Hidangkan dalam gelas atau cawan yang tinggi. Resipi ini menghasilkan kira-kira 16 oz.
Baca juga: Khasiat Buah Avocado Semasa Hamil – Bakal Ibu WAJIB Cuba Buah Kaya Dengan Pelbagai Manfaat Ini
2# Resepi air coklat: Ovaltine dengan caramel
Cuba resipi ini pula kalau teringin nak resipi minuman coklat yang panas. Hanya dengan menambahkah sedikit serbuk kopi segera, ini boleh menaikkan rasa coklat dalam minuman – suami pasti suka.
Jika ibu-ibu ingin membuat minuman yang sama untuk anak, jangan bimbang, serbuk kopi segera dalam resipi tidak wajib. Tanpa kopi di dalamnya sedap juga!
Bahan-bahan
- 4 sudu besar tepung Ovaltine
- ½ cawan susu segar
- ½ cawan air panas
- ¼ tsp kopi segera
- 1 sudu sos karamel
- 1 sudu gula
Cara buat:
- Masukkan sos karamel dalam gelas dan letakkan dalam peti sejuk selama 20 minit.
- Campurkan Ovaltine, kopi segera, dan gula ke dalam air panas sehingga sebati kemudian tambahkan susu segar.
- Tuangkan campuran tadi ke dalam gelas dengan sos karamel. Hiaskan dengan krim, karamel dan serbuk Ovaltine di atas sebelum dihidangkan.
3# Resepi air coklat: Mousse coklat Horlicks dengan hanya 3 bahan!
Kredit: livewellbakedoften.com
Resepi air coklat ini kepunyaan wartawan bebas dan blogger Helen Best-Shaw. Cara membuat mousse coklat sangat senang dan hanya memerlukan 3 bahan sahaja!
Paling best kalau dihidangkan sejuk dalam cawan-cawan kecil semasa majlis makan bersama rakan-rakan.
Bahan-bahan
- 300 ml Double Krim
- 4 sudu kecil Horlicks perisa ori
- 75g coklat yang dipotong kecil-kecil
Cara buat:
- Tuang 200ml krim ke dalam periuk kecil dan panaskan secara perlahan-lahan dengan api kecil. Ketepikan 100ml yang tinggal tadi untuk kemudian.
- Tambahkan 4 sudu teh Horlicks dan campur hingga sebati.
- Apabila krim itu mula mendidih, matikan api dan masukkan coklat dan kacau sehingga ia cair.
- Tuangkan krim coklat ke dalam 4 cawan kecil dan biarkan ia sejuk sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Paling lama untuk 3 hari.
- Campur baki krim tadi dengan satu sudu teh Horlicks dan putar sehingga krim itu lembut dan kembang. Masukkan sedikit krim itu dalam setiap cawan berisi mousse coklat. Hias dengan cebisan coklat di atas.
- Masukkan mousse yang siap dihias ke dalam peti sejuk semula selama 2 jam sebelum menghidangkan.
4# Milo Shake
Kredit: inammaskitchen.com
Jika anda sekeluarga sudah penat bersukan atau beriadah ini adalah resipi minuman coklat yang akan memberi anda tenaga. Ianya penuh dengan buah pisang, buah ceri dan strawberi yang bukan hanya sedap tetapi baik untuk anda juga!
Bahan-bahan
- 3 biji pisang, dihiris
- 1 cawan susu rendah lemak
- 2 sudu besar mentega kacang
- 2 bungkus Milo 22g
- 4 biji ceri, buangkan batangnya
- 2 sudu besar jem strawberi (cuba beli yang dibuat dari buah stawberi)
- 2 cawan ais
Cara membuat:
- Campurkan pisang, susu, mentega kacang, Milo, ceri dan strawberi ke dalam mesin pengisar.
- Kisarkan sehingga tidak berketul-ketul lagi.
- Masukkan ais dan kisar lagi.
- Hidangkan dalam gelas yang tinggi.
Resipi air coklat bonus! Aiskrim Milo!
5# Aiskrim Milo
Kredit: honestcooking.com
Siapa tak suka aiskrim?!
Bahan-bahan
- 2 cawan heavy cream
- 1 cawan susu
- 3 kuning telur
- 1 cawan gula perang
- 150g coklat susu, dicincang
- 4 sudu besar Milo
- 1 sudu kecil garam
Cara membuat:
- Dalam periuk besar yang besar, panaskan dengan api kecil susu, krim dan garam. Kacau sekali-sekala sehingga krim itu panas tetapi tidak mendidih. Alihkan dari dapur gas dan biarkan ia sejuk selama 5 minit.
- Dalam mangkuk besar, pukul kuning telur dan gula sehingga sebati. Dengan perlahan-lahan tuangkan campuran krim tadi ke dalam campuran kuning telur sambil memukul campuran itu secara berterusan.
- Kembalikan gabungan kedua-dua campuran tadi ke periuk dan panaskan dengan api sederhana.
- Masak selama kira-kira 3 minit, dan jangan berhenti mengacau campuran itu dengan sudu. Pastikan anda kacau bahagian bawah periuk untuk memastikan campuran itu tidak lekat pada periuk.
- Selepas 3 minit campuran itu akan mula menebal dan menghasilkan kastard.
- Keluarkan custard dari periuk yang panas dan ketepikan.
- Kalau ada mesin pengadun inilah masa yang baik untuk menggunakannya kalau tidak memang penat tangan nanti.
- Masukkan coklat, susu, Milo, dan kastard panas tadi kemudian pukul sehingga campuran itu ringan dan halus. Kalau rajin, ibu-ibu boleh tapiskan supaya tiada ketul-ketulan di dalam campuran itu. Tapiskan ke dalam bekas kedap udara dan ratakan.
- Masukkan campuran dalam bekas tadi ke dalam peti sejuk semalaman (ataupun sekurang-kurangnya sejam). Apabila sejuk, alihkan ke mesin pembuat ais krim anda dan ikut arahan pengeluar.
- Kalau tak ada mesin pembuat aiskrim pun tak apa. Selepas satu jam, keluarkan campuran tadi pukul semula dengan mesin pengadun.
- Lakukan ini setiap jam sekurang-kurangnya 4 kali, kemudian biarkan di dalam peti sejuk sehingga tiba masa untuk menikmatinya. Cuba habiskan aiskrim ini dalam seminggu ya!
Pastikan anda mencuba resipi minuman coklat di atas dan beritahu kami di ruang komen, mana satu resipi kegemaran anak!
Untuk ibu-ibu yang bertekad untuk kurus tahun ini, tolong jangan kira jumlah kalori minuman-minuman ini ya!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 10 Minuman Sihat & Menyegarkan Ketika Hamil, Boleh Kurangkan Morning Sickness Juga!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!