Memberi kopi pada anak hampir menjadi hal pantang larang. Namun tahukah anda, kandungan kafein tidak hanya terdapat pada kopi, tapi juga ada dalam produk-produk soft drink atau minuman bersoda yang biasa digemari kanak-kanak? Ramai yang tidak percaya, malah benarkan anak-anak minum tanpa menghiraukan kesan buruk kafein terhadap perkembangan mereka.
Di Kanada, tahap keselamatan kanak-kanak untuk mengambil kandungan kafein adalah 45 miligram kafein dalam sehari. Itu sama saja dengan 355 mililiter soda sehari.
Di Malaysia sendiri, belum ada garis panduan kesihatan rasmi untuk mengawal dos kafein di kalangan kanak-kanak. Sama seperti orang dewasa, mengambil makanan atau minuman yang mengandungi kafein di luar batas amat tidak bagus untuk kesihatan.
8 kesan buruk kafein terhadap perkembangan dan pertumbuhan anak
Kredit: Shutterstock
Antara kesan yang ibu bapa perlu ambil berat seperti dikutip dalam laman Kids health adalah:
1. Obesiti
Anak yang mengambil soft drink atau minuman berkarbonat yang mengandungi kafein mempunyai risiko 60% mengalami obesiti daripada yang tidak mengambilnya.
2. Kekurangan Kalsium
Makanan yang mengandungi kafein seringkali tidak memiliki kalori berkhasiat yang diperlukan untuk perkembangan anak.
Selain itu, kesan buruk kafein terutamanya pengambilan soft drink juga dapat mengurangkan kalsium yang diperlukan untuk pertumbuhan gigi dan tulangnya.
3. Rongga
Minum kafein di atas batas yang wajar akan meningkatkan risiko karies atau rongga gigi. Ini kerana, 355 mililiter soda non diet setara dengan 15 sendok teh gula.
4. Dehidrasi
Pengambilan soda yang mengandungi kafein dapat menyebabkan dehidrasi. Di samping itu, kanak-kanak lebih cenderung untuk rasa letih jika harus melakukan aktiviti-aktiviti sekolah apabila cuaca panas terik.
5. Ketagihan
Berhenti meminum kopi dapat menyebabkan kemurungan, otot melemah, sakit kepala, iritasi, terutama sekali jika sudah terlalu sering mengambilnya.
6. Masalah jantung
Kafein dapat menyebabkan risiko masalah jantung dan menyebabkan anak-anak lebih gementar dari biasanya.
7. Kehilangan selera
Kredit: Cincinnati Magazine
Anak boleh kehilangan selera makan. Padahal, masa pertumbuhan membuat mereka memerlukan lebih banyak protein. Selain itu, nutrisi yang ada di dalam tubuh anak-anak juga dapat berkurang.
8. Hiperaktif
Kafein dianggap sebagai salah satu yang menyebabkan anak-anak lebih hiperaktif. Kesan ini akan terus dirasakan oleh anak berjam-jam setelah mengambil kafein.
Biasanya, anak dapat mendengar arahan guru dengan tenang, tapi jika mengambil terlalu banyak kafein, dia malah ingin bergerak kerana kelebihan tenaga. Perkara ini juga dapat menyebabkan anak kehilangan tumpuan.
Semoga maklumat ini bermanfaat!
Demikian seperti dikutip dalam laman Live Strong.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Kajian: Minuman Bergas Boleh Menyebabkan Gadis Datang Haid Lebih Awal
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!