7 cara mengempiskan perut yang mudah dan praktikal menurut nasihat doktor

lead image

Dengan panduan cara mengempiskan perut yang kami kongsikan ini, anda pasti mampu untuk mengurangkan tahap boroi perut anda. Jom ketahui caranya dan amalkan!

Apabila perut sudah buncit, punyalah susah untuk kita mengecilkannya semula, kan? Tapi tidak mengapa, apa kata anda cuba pula 7 cara mengempiskan perut yang kami kongsikan di sini.

Ia bukan sebarang nasihat. Ia adalah nasihat cara mengempiskan perut yang dikongsikan oleh seorang doktor di laman FBnya, Dr. Rizal Abu Bakar.

Yang bestnya, tips ini mudah dan praktikal. Ia tidak menuntut pengorbanan fizikal yang memerlukan anda bersenam berjam-jam lamanya pun!

Cukup sekadar mempraktikkan apa yang dikongsikan, mempunyai disiplin dan mental yang kuat, impian anda untuk memiliki perut yang slim pasti menjadi kenyataan!

Jom kita tengok apa nasihatnya.

cara mengempiskan perut - dr rizal abu bakar

Kredit: FB Dr. Rizal Abu Bakar

Mengapa perut buncit tidak bagus untuk kesihatan?

Sebelum kami berkongsi bagaimana cara untuk mengempiskan perut anda, mari kita lihat mengapa perut buncit tidak bagus untuk kesihatan diri.

Menurut Dr. Rizal, perut buncit boleh menjadi punca penyakit. Jika diabaikan, ia akan mengganggu keadaan kesihatan diri kita yang lain.

Malah, menerusi kajian lanjut kami lagi, ia boleh membawa kepada beberapa komplikasi penyakit yang serius. Antaranya adalah seperti:

  • penyakit jantung
  • kencing manis
  • keradangan
  • kanser

Okay, sekarang anda sudah tahu bukan mengapa anda perlu membuang “tayar spare” di perut anda?

Jadi, mari memulakan langkah dengan belajar cara mengempiskan perut!

7 cara mengempiskan perut yang mudah dan praktikal

Perkongsian oleh Dr. Rizal Abu Bakar adalah hasil daripada rujukan kajian dan praktis klinikal. Jadi, cara mengempiskan perut ini amat berkesan dan praktikal untuk anda amalkan.

1. Ambil makanan kaya dengan protein

cara mengempiskan perut - protein

Kredit: Muscleandfitness.com

Menurut Dr. Rizal, mengambil hidangan menu yang tinggi protein adalah satu cara mengempiskan perut yang efektif.

Protein yang anda ambil akan melepaskan hormon PYY, iaitu hormon yang berkaitan dengan kelaparan dan kekenyangan.

Apa yang berlaku adalah hormon ini akan menghantar isyarat ke otak dan memaklumkan badan kita yang kita sudah kenyang.

Maka, anda akan cepat berasa penuh dan tidak perlu lagi memakan tanpa henti.

2. Urus stress dengan baik

Apa pula kaitan antara stress dengan perut? Menurut Dr. Rizal, apabila kita stress, ia akan menyebabkan hormon kortisol mengalir laju dalam sistem badan.

Hormon ini pula suka untuk mengumpulkan lemak. Jadi, semakin anda tertekan dan tidak menguruskannya dengan baik, maka semakin mudah untuk perut anda membuncit.

Tidak cukup dengan itu, stress juga akan meningkatkan selera makan. Jadi, anda akan mudah melahap dan akhirnya, perut semakin ke hadapan!

3. Hentikan pengambilan gula putih

cara mengempiskan perut - gula

Kredit: Howtostopeatingsugar.com

Antara cara mengempiskan perut yang paling mudah dan praktikal adalah anda perlu menghentikan pengambilan gula putih dalam makanan dan minuman.

Ada banyak kajian yang menunjukkan pengambilan gula berlebihan, yang selalunya melibatkan pengambilan fruktos yang banyak, akan membawa kepada pengumpulan lemak di perut.

Jadi, kalau anda tidak mahu perut boroi atau mahu mengempiskan perut, elakkan gula putih ya!

4. Lakukan 2 jenis senaman untuk mengempiskan perut

Rasanya ramai yang sudah tahu bahawa kalau ingin kurus atau perut slim, kita perlu bersenam.

Tapi, ada banyak jenis senaman di luar sana. Mana satu yang mampu menyegerakan misi mengempiskan perut?

Menurut Dr. Rizal, anda boleh melakukan 2 jenis senaman berikut kerana ia sangat membantu untuk mengurangkan lemak pada perut.

  • Senaman aerobik
  • Senaman mengangkat berat

5. Dapatkan tidur yang cukup

cara mengempiskan perut - tidur cukup

Kredit: Freepik.com

Kalau anda mahu perut cepat slim, anda perlu dapatkan tidur yang mencukupi antara 6 ke 7 jam sehari.

Menurut kajian yang telah dijalankan selama 16 tahun, wanita yang tidur kurang daripada 5 jam akan mengalami peningkatan lemak bahagian perut berbanding dengan wanita yang tidur 7 jam.

Itu adalah antara penerangan Dr. Rizal.

6. Ambil Omega 3 setiap hari

Dari segi pengambilan vitamin tambahan pula, anda digalakkan untuk mengambil lemak ikan setiap hari, atau Omega 3. 

Jumlah pengambilan yang terbaik adalah 2000mg sehari dan jika anda ingin membeli pil suplemen, pastikan anda memilih produk yang tiada merkuri dan anti refluks.

7. Ambil hidangan yang tinggi dengan serat

cara mengempiskan perut - sayuran

Kredit: Opencollege.info

Cara mengempiskan perut boroi yang seterusnya adalah ini: masukkan serat ke dalam pengambilan hidangan anda setiap hari.

Pilih sayur-sayuran dan buah-buahan yang tinggi dengan serat. Menurut Dr. Rizal, ia membantu  membentuk gel di saluran pencernaan dan menyebabkan makan bergerak lebih lambat.

Anda tidak akan berasa lapar dengan cepat dan kurang mempunyai rasa untuk makan. Ia seterusnya membantu untuk mengurangkan pengumpulan lemak di perut.

Cuba amalkan cara mengempiskan perut ini – ia dapat membantu anda tampil slim!

Sebenarnya, ada banyak cara lain lagi yang dapat membantu anda untuk menguruskan perut yang buncit.

Tapi, Dr. Rizal menasihatkan anda mencuba 7 cara ini dahulu. Ia sepatutnya sudah membantu!

Jadi, jom cuba dan jika ia berkesan, jangan lupa untuk berkongsi testimoninya dengan kami ya. Ia pasti dapat memotivasikan pembaca lain juga.

 

 

 

 

 

 

Sumber: WebMd, JCI.org, FB Dr. Rizal Abu Bakar

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

11 Cara Di Rumah Yang Boleh Kempiskan Perut Selepas Bersalin

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Noor

app info
get app banner