Suami Sumbat Handle Motor Dalam Vagina Isteri, Tiada Laporan Dibuat Atas Penderaan Ini!

Ramai wanita takut untuk melaporkan perbuatan pasangan jika didera gara-gara sayang. Tapi kenapa perlu takut jika undang-undang boleh melindungi anda?

Tahukah anda, Pertubuhan Kesihatan Sedua (WHO) menganggarkan, lebih kurang 35% wanita di seluruh dunia pernah mengalami keganasan rumah tangga, sama ada didera secara fizikal mahupun emosi? Anda tahu apa itu definisi keganasan rumah tangga? 

Ini bermakna hampir 1 daripada 3 orang wanita pernah jadi mangsa penderaan!

Namun, akibat tidak tahu definisi keganasan rumah tangga, malah alasan menyayangi pasangan dan tidak mahu anak terkena tempias, maka ramai isteri tidak mahu melaporkan sebarang keganasan yang terjadi pada mereka!

Ramai Wanita Tidak Sedar Definisi Keganasan Rumah Tangga

Itulah yang terjadi dalam kisah di India ini. Seorang wanita baru-baru ini selamat menjalani pembedahan mengeluarkan handle motosikal dari rahimnya!

Beliau dikejarkan ke hospital apabila mengadu sakit perut melampau sejak 2 hari lalu. Doktor kemudiannya melakukan ujian imbasan dan terkejut mendapati terdapat objek besar dalam rahimnya!

definisi keganasan rumah tangga, keganasan rumah tangga, kesan rumah tangga, punca rumah tangga, maksud keganasan rumah tangga, keganasan rumah tangga dalam islam, keganasan rumah tangga pdf, hukuman akta keganasan rumah tangga, akta keganasan rumah tangga, kes keganasan rumah tangga, kes keganasan terhadap wanita, maksud keganasan domestik, agensi keganasan rumah tangga,

Imbasan CT itu kemudiannya mengesahkan objek terbabit adalah handle motor! Ia berada di dalam rahim, usus kecil dan pundi kencing mangsa. 

Wanita ini terus diarah menjalani pembedahan dengan segera, yang melibatkan hampir 19 orang doktor untuk kendali pembedahan selama 4 jam!

Dr Sonia Moses, salah satu doktor yang mengendalikan pembedahan memberitahu, wanita itu mengaku objek tersebut dimasukkan ke dalam kemaluannya ketika suaminya mabuk.

“Suami itu kemudiannya memberi amaran kepada mangsa untuk tidak memberitahu sesiapa tentang hal ini. Objek itu telah berada dalam rahim mangsa sejak 2 tahun lalu, dan ia menjejaskan beberapa organ dalamannya. Rahimnya terhakis dan terpaksa dibuang. Nasib baiklah kami berjaya menyelamatkan pundi kencingnya.”

definisi keganasan rumah tangga, keganasan rumah tangga, kesan rumah tangga, punca rumah tangga, maksud keganasan rumah tangga, keganasan rumah tangga dalam islam, keganasan rumah tangga pdf, hukuman akta keganasan rumah tangga, akta keganasan rumah tangga, kes keganasan rumah tangga, kes keganasan terhadap wanita, maksud keganasan domestik, agensi keganasan rumah tangga,

Mangsa kini masih ditempatkan di ICU, tetapi sudah sedarkan diri. Suami mangsa kini ditahan polis.

Terkejut dengan kisah ini? Hakikatnya, masih ramai wanita dan isteri di luar sana yang tidak tahu definisi keganasan rumah tangga yang sebenar, dan tidak berani untuk melaporkan isu ini pada pihak berkuasa.

Apakah definisi keganasan rumah tangga?

Akta 521 (Akta Keganasan Rumah Tangga 1994) telah menulis berikut merupakan skop dan definisi keganasan rumah tangga:

  • Apabila si pelaku mengakibatkan kecederaan fizikal, emosi dan mental kepada mangsa
  • Si pelaku sengaja membuatkan mangsa berasa takut dicederakan secara fizikal
  • Mangsa dipaksa atau diancam untuk melakukan sebarang perbuatan seksual
  • Mangsa dikurung dan tidak dapat bergerak bebas secara paksaan
  • Si pelaku sengaja melakukan khianat dengan merosakkan atau memusnahkan harta benda

Akta Keganasan Rumah Tangga Yang Melindungi Mangsa

Mangsa keganasan rumah tangga tidak seharusnya takut untuk melaporkan isu keganasan rumah tangga, kerana anda dilindungi oleh Akta ini.

Menurut Akta, mangsa keganasan rumahtangga boleh memohon kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan polis untuk mendapatkan perintah-perintah berikut:                             

  • Perintah Perlindungan Interim (IPO)
  • Perintah Perlindungan (PO)
  • Perintah sampingan yang meliputi:
  1. memberi mangsa hak penghunian eksklusif di kediaman bersama dan mengarahkan pendera meninggalkan rumah tersebut walaupun rumah itu milik pendera ataupun rumah sewa yang dibayar pendera
  2. memberi mangsa kemudahan memasuki kediaman untuk mengambil barang kepunyaannya dengan ditemani pihak polis atau Pegawai Kebajikan Masyarakat
  3. menghalang pendera daripada menghubungi mangsa secara bertulis dan menelefon mangsa
  4. mengarahkan pendera menyerahkan kenderaaan yang selama ini digunakan oleh mangsa
  5. pampasan yang setimpal dengan kecederaan atau sebarang kerosakan atau kerugian yang dialami mangsa

Bagaimana Ingin Melaporkan Keganasan Rumah Tangga?

Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan banyak lagi pertubuhan sentiasa sanggup membantu mangsa keganasan rumah tangga, selain bantuan dari segi undang-undang.

Apa yang boleh mangsa buat jika menjadi mangsa keganasan rumah tangga adalah dengan melaporkan kejadian itu pada:

  1. Balai Polis yang berhampiran atau pengaduan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan
  2. Masyarakat Daerah / Jajahan yang berhampiran
  3. Menghubungi Talian Kasih 15999
  4. Merujuk terus ke hospital yang berhampiran sekiranya dicederakan Bantuan undang-undang juga disediakan seperti Perintah Perlindungan Kecemasan (Emergency Protection Order) (EPO).

Anda tidak bersendirian dalam kes ini, dan anda sentiasa disokong oleh undang-undang. Apa yang penting, simpan atau kemukakan bukti penderaan. 

Semoga mangsa-mangsa keganasan rumah tangga di luar sana lebih berani dan tidak takut untuk melaporkan isu parah ini. Semakin ia disimpan, semakin ia berlarutan, percayalah!

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Sumber rujukan: Utusan, Mstar, My Health, Iluminasi

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga 

Sebab-Sebab Keganasan Rumah Tangga Dan Cara Untuk Melaporkannya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!