TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk / Daftar Masuk
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Wanita dikurung dan diseksa oleh suaminya!

3 Jul, 2013
Wanita dikurung dan diseksa oleh suaminya!

Berita mengenainya sudah lali kita baca. Kisah tentangnya sudah sering kita dengar. Namun keganasan rumahtangga seperti tiada penghujungnya. Ayuh bertindak membendung keganasan rumahtangga!

Wanita dikurung dan diseksa oleh suaminya

Wanita dikurung dan diseksa oleh suaminya!

Wanita dikurung dan diseksa oleh suaminya

Keganasan rumahtangga boleh berlaku melalui pelbagai cara. Dalam kes-kes yang ekstrem, mangsa kadang-kala didera dengan cara yang tidak masuk akal.

Di Cambridge, seorang wanita yang berkahwin dengan pilihan keluarganya telah dikurung di dalam kandang  dan diseksa dengan teruk oleh suaminya itu.

Beliau telah ‘dirogol’, dihantuk kepala ke dinding, ditendang dan dikelar lengannya.

Malah suaminya yang buas itu pernah memijak kakinya dengan begitu kuat sehingga kukunya tertanggal ketika cuba melarikan diri.

Bukan itu sahaja, mertua wanita malang itu juga selalu menggelarnya “gemuk” dan tidak membenarkan beliau keluar untuk bersenam.

Wanita dikurung dan diseksa oleh suaminya – Apa Itu Keganasan Rumahtangga

Tafsiran keganasan rumahtangga seperti yang dibuat oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengikut Seksyen 2 Akta Keganasan Rumahtangga 1994 (akta 521) adalah pelakuan yang berikut:

1. Secara bersenjata atau dengan disedarinya meletakkan, atau cuba meletakkan mangsa itu dalam keadaan ketakutan kecederaan fizikal;

2. Menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa itu dengan sesuatu perbuatan yang diketahui atau yang sepatutnya diketahui akan mengakibatkan kecederaan fizikal;

3. Memaksa mangsa itu dengan paksaan atau ancaman untuk melakukan apa-apa kelakuan atau perbuatan berbentuk seksual ataupun selainnya, yang mangsa itu berhak untuk tidak melakukan;

4. Mengurung atau menahan mangsa tanpa kerelaan mangsa itu; atau

5. Melakukan khianat atau kemusnahan atau kerosakan kepada harta dengan niat untuk menyebabkan atau dengan disedari bahawa ia berkemungkinan akan menyebabkan kesedihan atau kegusaran kepada mangsa itu oleh seseorang terhadap:-

– Isteri atau suaminya;

– Bekas isteri atau suaminya:

– Kanak-kanak;

– Orang dewasa yang tidak berkeupayaan;

– Mana-mana anggota lain keluarga

Keganasan rumahtangga boleh berlaku secara penderaan ke atas fizikal, mental, emosi, seksual dan spritual.

BERKAIT: Malaysian rapist to marry his 13-year-old victim

Tanda-tanda Keganasan Rumahtangga Telah Berlaku 

Sekiranya anda menjawab ‘Ya’ bagi mana-mana satu atau lebih daripada soalan-soalan berikut, keganasan rumahtangga mungkin telah berlaku dan anda perlu segera dapatkan bantuan:

– Adakah pasangan anda menghalang anda daripada berjumpa dengan ahli keluarga, keluar bekerja atau menyambung pelajaran?

– Pernahkah anda berasa takut terhadap pasangan anda?

– Adakah pasangan anda sentiasa memalukan anda di khalayak ramai?

– Pernahkah pasangan anda memaksa anda melakukan sesuatu yang anda tidak suka, termasuk secara seksual?

– Pernahkah pasangan anda sengaja membinasakan barangan anda atau menuduh anda mempunyai hubungan lain secara melulu?

Selain itu, sekiranya anda mempunyai rakan-rakan atau mengenali sesiapa yang mempunyai tanda-tanda seperti lebam, luka atau bengkak di badan dengan alasan “kemalangan”, murung dan kerap menangis, hilang tumpuan dan prestasi kerja merosot, atau kerap menyisihkan diri, orang itu mungkin telah menjadi mangsa keganasan rumahtangga.

Stories Rakan Kongsi
3 Easy Indoor Activities to Keep The Kids Entertained
3 Easy Indoor Activities to Keep The Kids Entertained
Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!
Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!
Penting Memastikan Rumah Bebas Virus! Ini 5 Cara Sanitasi Seluruh Rumah Agar Bebas Virus
Penting Memastikan Rumah Bebas Virus! Ini 5 Cara Sanitasi Seluruh Rumah Agar Bebas Virus
The moment I realised that my son is not breathing right and what I did afterwards changed his life
The moment I realised that my son is not breathing right and what I did afterwards changed his life

BERKAIT:Pregnant woman torched alive by husband

Keprihatinan

Sekiranya anda mengesyaki seseorang telah menjadi mangsa keganasan rumahtangga, mulakan langkah pertama dengan bertanya akan masalahnya. Jangan tunggu hingga dia datang mengadu kepada anda.

Tunjukkan yang anda prihatin terhadap masalahnya tanpa prejudis.

Banyakkan mendengar dan cuba sahkan apa yang diceritakannya itu benar.

Tawarkan bantuan yang sesuai dengan kesulitan yang dialaminya itu. Sekiranya anda pasti yang rakan anda itu telah pun didera, memberi nasihat bukanlah langkah yang bijak ketika itu. Rakan anda perlu keluar daripada keadaan yang menyiksakan itu dan sebagai rakan, fikirkan bantuan-bantuan yang boleh membawanya keluar daripada ‘neraka’ itu dan bukannya sekadar menasihati.

Apa sahaja keputusan yang diambil oleh rakan anda itu, sokonglah dia. Jangan letakkan sebarang syarat seperti berkata “Saya sokong apa sahaja keputusan awak tetapi dengan syarat awak jangan bercerai dengan dia”.

 BERKAIT:High-earning wives abuse husbands

Perlindungan Undang-undang

Mangsa keganasan rumahtangga adalah dilindungi oleh Akta Keganasan Rumahtangga 1994 seperti yang dinyatakan di atas.  Segera buat laporan polis jika didera di samping mendapatkan rawatan doktor jika mengalami kecederaan. Laporkan juga kepada Jabatan Kebajikan masyarakat untuk mendapatkan Perintah Perlindungan Interim (IPO) atau Perintah Perlindungan (PO).

Ini bagi membolehkan si pelaku ditangkap dan dihalang daripada terus melakukan keganasan.

Selain itu, si isteri yang didera suami boleh membuat permohonan fasakh di Mahkamah Syariah untuk membubarkan perkahwinan.

Untuk makluman, di dalam Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 dan Enakmen Keluarga Islam Negeri Melaka 2002 terdapat peruntukan fasakh akibat daripada keganasan rumahtangga.

Oleh itu, jangan takut untuk tampil ke hadapan membuat laporan kerana tindakan anda itu amat signifikan dalam membendung keganasan rumahtangga daripada terus berleluasa.

 BERKAIT:Nigella Lawson dikasari suami

Talian untuk dihubungi

TELENITA: 03-7877 0224

Women’s Aid Organization: 03-79563488

TaLian NUR: 15999

Malaysian Crime Prevention Foundation: 03-2260 1954

Pusat Perlindungan Wanita baitul Ehsan MAIS: 03-3216 1286

Teledera: 1800 88 3040

 

Rujukan:

Signs of Abuse and Abusive Relationships

Wife in an arranged marriage ‘was kept in a cage and raped by husband who told her “you deserve it” as he slashed the inside of her arm

Peguam Syarie Menulis: Perlindungan mangsa dera rumah tangga

 

 

 

 

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Faradibah Sudari

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Wanita dikurung dan diseksa oleh suaminya!
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham