Ini Sebabnya Penting Detail Scan Masa Trimester Ke-2 Kandungan, Ibu WAJIB Ambil Tahu!
Pernah dengar tentang detail scan? Ramai yang tidak tahu tentang kepentingan detail scan terhadap bayi dalam kandungan. Baca artikel untuk info lanjut.
Ramai ibu bapa teruja mahu scan kandungan bayi terutama untuk melihat wajah bayi dengan scan 3D/4D. Hakikatnya, ramai yang tidak tahu tentang detail scan yang sangat penting bukan sahaja bagi mengetahui perkembangan bayi, malah boleh mengesan sekiranya ada keabnormalan!
Scan ini juga dikenali sebagai fetal anomaly scan, dilakukan pada trimester kedua kehamilan.
Waktu paling ideal melakukannya ialah antara minggu ke 18 hingga minggu ke 24 kehamilan, iaitu ketika bayi berada dalam saiz yang sesuai untuk meneliti keseluruhan kepala dan badannya.
Ibu Kongsi Pengalaman Melakukan Detail Scan @ Anatomy Scan
Setelah berhadapan pengalaman anaknya disahkan mempunyai kebocoran pada jantung, seorang ibu berkongsi kisah mengenai betapa pentingnya membuat satu lagi scan penting iaitu anatomy scan untuk ibu hamil.
Jom baca pengalaman ibu ini.
Tujuan Melakukan Perkhidmatan Ini
Ia berupa 2D, ia kelihatan sama seperti scan biasa yang dilakukan semasa awal kandungan. Namun begitu, ia sebenarnya lebih terperinci yang dilakukan bagi mendapat tahu beberapa perkara seperti di bawah:
- Memeriksa tumbesaran keseluruhan bayi
- Memeriksa struktur, anggota dan organ baby
- Menentukan kedudukan uri
- Menilai jumlah air ketuban
- Melihat jantina bayi
- Sekiranya anggota atau organ bayi didapati tidak sempurna atau bermasalah seperti masalah jantung, ibu akan dirujuk kepada pakar berkaitan untuk pengurusan seterusnya seperti menentukan cara rawatan dan hospital yang sesuai untuk melahirkan bayi.
Ia Lebih Terperinci Untuk Melihat Struktur Anak
Pemerhatian terperinci menggunakan 2D ultrasound dilakukan oleh sonographer terlatih dan bertauliah terhadap setiap struktur berikut:
- Kepala – bentuk tengkorak dan struktur otak.
- Muka – profil muka, soket dank anta mata, hidung, mulut dan lelangit.
- Jantung – kedudukan jantung, saiz, “bilik-bilik” jantung, “dinding” jantung, injap, beberapa salur darah utama.
- Diaphragm – otot di antara bahagian dada dan abdomen
- Abdomen – perut, hati, buah pinggang dan pundi kencing
- Tulang belakang
- Tangan dan kaki – setiap tulang termasuk jari jemari.
- Jantina baby
- Tali pusat
- Keadaan serviks ibu
- Kedudukan uri perlu diperhati samada normal atau uri rendah.
- Amaun amniotic fluid diukur untuk memastikan ianya mencukupi menampung tumbesaran baby sepanjang dalam rahim.
Contoh Ketidaknormalan Bayi Yang Boleh Dikesan
Abnormality | Definisi | Kebarangkalian dapat dikesan |
Anencephaly | Tiada tempurung kepala | 99% |
Spina bifida | Kecacatan tulang belakang, saraf tunjang dan bahagian belakang otak | 90% |
Exomphalus dan gastrochisis | Dinding abdomen tidak sempurna menyebabkan sebahagian/semua organ abdomen diluar badan baby | 90% |
Kecacatan tangan dan kaki serius | Ketiadaan tulang tangan atau kaki atau bentuk tulang yang bengkok dan sangat pendek | 90% |
Major kidney problem | Ketiadaan atau kecacatan buah pinggang | 85% |
Hydrocephalus | Pengumpulan abnormal cecair didalam otak | 60% |
Diaphragmatic hernnia | Lubang pada diapragm menyebabkan organ abdomen “berpindah” ke bahagian dada | 60% |
Down’s Sindrome | Sekiranya terdapat keabnormalan ketara terhadap jantung dan system penghadaman | 40% |
Major congenital heart defect | Masalah jantung serius | 25% |
Cerebral palsy | Kelumpuhan otak | Tidak dapat dikesan |
Autism | Gangguan melibatkan saraf otak | Tidak dapat dikesan |
Sumber : Royal College of Obstetricians and Gynaecologist (2000)
Jika anda ingin mendapatkan khidmat ini, anda boleh merujuk kepada doktor anda sekiranya perkhidmatan ini disediakan.
Tidak semua klinik/hospital menyediakan perkhidmatan ini, malah harga perkhidmatan ini juga berbeza.
Semoga bermanfaat.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Scan Melalui Faraj @ TVS Semasa Hamil Amat Penting, Ini Prosedur Perlu Ibu Tahu!