Ibu Ayah Amalkan Doa Ini Untuk Anak Mudah Dengar Kata, Pintar & Dijauhkan Zina

undefined

Setiap ibu ayah pasti ingin zuriat seorang yang berjaya. Amalkan beberapa doa ini agar anak bijak dan mudah mencapai setiap perkara yang diinginkan

Harapan setiap ibu ayah adalah ingin melihat anak-anaknya berjaya di dalam hidup. Selain menyediakan segala keperluan harian, anda sebenarnya perlu memohon pertolongan daripada Allah melalui beberapa doa anak bijak.

Doa Anak Bijak Mempengaruhi Kehidupan Anak 

Sedar ataupun tidak, setiap doa dari ibu memberikan pengaruh yang besar dalam kehidupan anak-anak. Disebabkan inilah anda dinasihat untuk mengungkapkan perkataan-perkataan baik ketika berdepan pelbagai karenah si manja.

Menurut perkongsian daripada Ustaz Dr. Kamilin Jamilin tentang panduan membentuk keluarga sejahtera dalam membesarkan anak-anak, dia bukanlah dilahirkan sebagai pelajar yang pintar.

Namun dengan setiap kejayaan dikecapi, ibulah rahsia dan kunci segalanya kerana sanggup meluangkan masa berpuluh-puluh minit untuk berdoa bersungguh-sungguh dan berpuasa setiap hari musim peperiksaan.

”Dari seorang anak yang moody dan panas baran yang mensia-siakan 6 tahun persekolahannya dengan kegagalan, sehingga menempuhi cabaran menuntut ilmu 10 tahun di luar negara kerana doa seorang ibu,”

”Dari seorang pembenci ilmu agama, menjadi pencintanya kerana doa ibu,” luahnya.

Ya. wanita yang menjadi rahsia kejayaan ini ialah insan teristimewa bergelar ibu dan telah banyak berkorban segalanya melalui pelbagai keperitan hidup demi kebahagian anak-anak.

10 Doa Agar Anak Mudah Dengar Kata Dan Berjaya Dunia Akhirat

Setiap ibu ayah pastinya akan menyayangi anak dan mahukan yang terbaik buat mereka. Benar, bahawa doa anda sangat mustajab untuk anak-anak. Justeru, kami ingin berkongsikan 10 doa anak bijak yang boleh diamalkan setiap hari iaitu:

1. Doa Agar Anak Dijauhkan Maksiat & Zina

Ibu ayah perlu bacakan ke atas anak ketika dia sedang tidur dengan meletakkan tangan anda di atas dadanya (anak lelaki) dan tempat yang sesuai bagi anak perempuan.

doa terbaik buat anak

Maksudnya: Ya Allah ampunilah dosanya, bersihkanlah hatinya dan pelihara kemaluannya.

2. Doa Agar Anak Pintar dan Cerdas

dia mustajab anak bijak

Maksud: Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.- Al Anbiya 21:79

3. Doa Agar Anak Diberikan Kefahaman Dalam Agama

Doa ini telah dibacakan oleh Rasulullah S.A.W kepada Ibnu Abbas RA sewaktu beliau berusia 6 tahun. Alhamdulillah, beliau menjadi genius dan menjaga solat. Bukan itu sahaja, beliau telah dilantik sebagai Mufti di Baghdad semasa berusia 13 tahun.

Ibu ayah boleh amalkan doa ini dengan meletakkan tangan pada ubun-ubun kepala anak dan membacanya.

rahsia doa anak bijak

Anak lelaki: Allahumma faqqihhu fiddin waallim hutaawil

Anak perempuan: Allahumma faqqihha fiddin waallim hataawil

Maksudnya: Ya Allah, berikanlah kepadanya kefahaman dalam agama dan ajarlah kepadanya tentang kefahaman al-quran.

4. Doa Agar Anak Dianugerahkan Hikmah dan Ilmu

Doa ini memohon hikmah dan ilmu, sesuai untuk anak-anak yang menuntut ilmu agar sentiasa diberi kefahaman dan kebijaksanaan dalam pelajaran.

رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku hikmah dan ajarkanlah aku ilmu yang berguna.” (Surah Yusuf, Ayat 101)

5. Doa Anak Mendapat Keberkatan Dari Langit dan Bumi

Doa ini meminta keberkatan dari Allah agar anak-anak mendapat rahmat dan dijauhkan daripada gangguan syaitan. Keberkatan ini meliputi kehidupan di dunia dan akhirat.

وَلَوْ بَارَكْنَا لَكُمْ فِي الأَرْضِ وَنَسْتَخْلِصْنَاكُمْ مِنَ السَّيْطَانِ

Maksudnya: “Dan kami memberkati kamu di bumi dan Kami selamatkan kamu daripada bencana syaitan.”(Surah Saba’, Ayat 39)

6. Doa Anak Mudah Menerima Ilmu

Kita sering mengamalkan bacaan doa ini sebelum belajar untuk penerang hati. Tidak salah untuk diamalkan untuk memohon kelapangan hati dan minda dalam menerima ilmu serta kemudahan dalam segala urusan pembelajaran mereka.

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah urusanku.”

7. Doa Anak Diberi Kebijaksanaan dan Kefahaman

Doa ringkas ini memohon agar Allah menambahkan ilmu pengetahuan. Ia boleh dibacakan oleh ibu bapa atau anak-anak sendiri sebagai permintaan untuk kebijaksanaan dalam menuntut ilmu.

رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا

Maksud: “Ya Tuhanku, tambahkanlah ilmuku.”

8.Doa Untuk Perlindungan Anak Dari Syaitan

Doa ini adalah dari ibu Maryam, Hannah, yang memohon perlindungan dari syaitan untuk anaknya. Ia sangat baik untuk diamalkan oleh ibu bapa untuk memohon perlindungan anak-anak daripada godaan syaitan.

وَإِنِّي أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

Maksudnya: “Dan aku mohon perlindungan untuknya dan keturunannya kepada-Mu daripada (gangguan) syaitan yang terkutuk.”(Surah Ali Imran, Ayat 36)

9. Doa Anak Jadi Penolong Agama

Doa ini memohon ampunan dan rahmat Allah agar anak-anak menjadi penolong dalam menegakkan agama serta sentiasa berada di bawah perlindungan-Nya.

رَبَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا وَأَنتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ

Maksud: “Wahai Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunkanlah kami, rahmatilah kami, kerana Engkaulah sebaik-baik Pemberi rahmat.”

10. Doa Anak Bijak & Beramal Soleh

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Maksud: “Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang yang bertakwa.”

Penjelasan:

Kisah Zaman Rasulullah SAW Mengenai Kehebatan Doa Ibu

 

kehebatan doa ibu bapa

credit to sources

 

Dalam Sahih Muslim, kisah seorang lelaki, Juraij yang begitu kuat beribadah kepada Allah. Hari-harinya diisi dengan melakukan solat sunat dan beliau mempunyai tempat khas untuk solat iaitu sebuah pondok kecil yang agak tinggi tempatnya.

Pada suatu hari, ibunya datang menziarahi dan sambil mendongakkan kepala, dia memanggil anaknya. Pada ketika khusyuk beribadah dan berkata dalam hati, ”Ya Allah, aku utamakan solat atau ibuku?”

Juraij memilih meneruskan ibadahnya, ibunya penat berteriak dan akhirnya meninggalkan tempat berkenaan. Keesokan harinya dia datang dan memanggil Juraij, tetapi masih tidak diendahkan dan terus beribadah.

Ibunya pulang ke rumah dengan hampa dan marah dalam hati. Saat itulah dia berdoa: ”Ya allah Juraij itu adalah anakku, aku mahu bercakap dengannya tetapi dia menolak. Jangan engkau matikan dia kecuali Engkau tunjukkan padanya akan pelacur.”

Kemudian, ada gembala kambing sentiasa berada di sekitar pondok Juraij. Dia terserempak dengan ‘bunga desa’ yang cantik, mereka berasmara sehingga wanita itu hamil dan melahirkan anak. Namun, gembala itu menghilangkan diri.

Semasa ditanya orang kampung, wanita berkenaan menunding jari ke arah pondok Juraij. Orang kampung datang memarahinya dan menuduh Juraij berzina.

Juraij bertanya di mana bayi berkenaan. Mereka membawa bayi itu menghadapnya. Juraij berkata: ‘Tinggalkan aku untuk solat dan berdoa.”

Sesudah itu, Juraij menepuk perut bayi dan bertanya siapakah bapanya. Dengan izin Allah, bayi itu menjawab: ”Bapaku ialah gembala kambing di kampung ini.”

Penduduk kampung terkejut dan malu kerana telah merobohkan pondok Juraij kerana tertipu oleh wanita berkenaan. Rasulullah menyatakan kisah Juraij ini menunjukkan betapa kuatnya doa seorang ibu, apatah lagi disakiti oleh anaknya.

Sumber: Keluarga, Sistem guru online

Photo: credit to sources

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Terasa Rezeki Sempit Dan Tertekan? Cuba Amalkan Doa Dhuha Ini Setiap Hari, Mudahan Pintu Rezeki Terluas Tak Disangka, Jiwa Tenang

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!