X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Doktor Belasah Bekas Isteri & Bapa Mentua Hingga Cedera Parah, Ini 4 Tips Nak Kenali Si Panas Baran!

4 min bacaan
Doktor Belasah Bekas Isteri & Bapa Mentua Hingga Cedera Parah, Ini 4 Tips Nak Kenali Si Panas Baran!

Seorang lelaki yang berada dalam keadaan tidak terkawal sanggup tumbuk dan belasah bekas isteri serta bapa mentuanya hingga menerima tiga jahitan di kepala.

Baru-baru ini, Facebook digemparkan dengan penularan sebuah video konflik rumah tangga antara pasangan suami isteri di mana kelihatan seorang lelaki bertindak ganas dengan membelasah bekas isteri dan bapa mentuanya di Jalan Utarid Sungai Buloh.

Kejadian konflik rumah tangga ini berlaku pada 12.15 tengah hari pada 4 September yang lalu namun tular selepas kisah mereka dikongsi keluarga dan rakan-rakan mangsa.

Konflik rumah tangga, lelaki sanggup belasah bekas isteri dan bapa mentua

masalah rumah tangga

Menurut sumber, mangsa yang berumur 35 tahun bersama bapanya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menyelesaikan urusan mahkamah di Shah Alam sebelum menyedari tayar kereta miliknya seperti ditoreh.

Kemudian, mangsa berhentikan kereta di bahu jalan berdekatan dengan sebuah kedai tayar namun tiba-tiba sebuah kereta yang dipandu bekas suaminya turut berhenti berhampiran.

Suspek dilihat keluar dari kereta lalu bertindak menghentak kepala bapa mentua dan bergelut dengan bekas isteri di permukaan jalan.

Orang awam yang menyaksikan kejadian cuba meleraikan pergelutan itu. Kemudian mangsa dan bapanya bergegas ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan. Mangsa hanya cedera ringan manakala bapanya menerima tiga jahitan di kepala.

Kes belasah bekas isteri diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya

masalah perkahwinan

Dalam pada itu, kertas siasatan kes telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dan disahkan oleh Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa’aton Abu Bakar di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, pihak pengurusan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memaklumkan suspek bukan lagi kakitangan hospital berkenaan selepas meletak jawatan pada April lalu.

Terdahulu, media ada melaporkan polis telah menahan suspek pada 9 September lalu semasa memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Sungai Buloh. Walau bagaimanapun, suspek dibebaskan dengan jaminan polis atas masalah kesihatan yang berkaitan dengan kemurungan.

Apa yang pasti, lelaki berkenaan masih menganggu bekas isterinya dan mengugut ingin saman mangsa serta keluarganya kerana menganggap mereka telah memfitnahnya.

Apapun diharap kes ini dapat di selesaikan dengan cara yang baik.

Tips nak kesan suami kaki pukul sebelum berkahwin 

suami panas baran

Adalah lebih baik seseorang wanita itu mengenali pasangannya sebelum berkahwin sama ada si dia memiliki sikap panas baran atau tidak.

Ini kerana jika mereka ada karakter begini, tentu ia boleh mengugat keharmonian dalam perkahwinan. Berikut cara nak mengenali golongan panas baran ini.

#1. Biarkan dia menunggu

Untuk membezakan sama ada lelaki itu panas baran atau tidak adalah bergantung pada raut wajahnya. Apa yang boleh dibuat adalah minta dia tunggu anda buat seketika dan perhatikan raut wajahnya sama ada dia berapi-api marah, menuturkan kata-kata yang kurang sopan, bertindak agresif dan sebagainya. Jika ya, sebaiknya anda berhati-hati dengan lelaki begini.

#2. Minta dia ajar sesuatu

Bagi mencari kesabaran lelaki, cuba perhatikan sama ada dia mudah mengajar atau tidak. Jika dia mengeluarkan kata-kata yang pedas dan buat sakit telinga, ini bermaksud dia seorang yang panas baran dan sukar untuk dibawa berbincang.

Lelaki penyabar akan ajar dengan penuh sabar sehingga anda pandai tapi lelaki panas baran mudah melenting jika anda tidak berjaya mengikut apa yang diingini. 

#3. Lihat caranya melayan budak kecil

Seperti yang kita sedia maklum kanak-kanak memang banyak kerenah. Jadi kalau nak uji sikap penyabar pasangan anda boleh lakukan dengan cara meninggalkan kanak-kanak dengan mereka dan lihat bagaimana dia menanganinya.

#4. Lihat sama ada dia punya sikap cemburu

Kalau nak tahu lelaki panas baran ini memang seorang yang kuat cemburu dan kadang kala sikap mereka ini ada yang tak masuk akal. 

Stories Rakan Kongsi
10 mistakes you make that will turn your kid into a monstrous brat
10 mistakes you make that will turn your kid into a monstrous brat
Is Your Child Your Copycat?
Is Your Child Your Copycat?
#DudukDiRumah dan Bergembira bersama Kempen Friso® Gold x Lazada 11.11 Mission Moo-Possible
#DudukDiRumah dan Bergembira bersama Kempen Friso® Gold x Lazada 11.11 Mission Moo-Possible
Securing Financial Independence Through Good Work Ethics And Savings
Securing Financial Independence Through Good Work Ethics And Savings

Namun begitu, ada juga kita sukar nak melihat sikap mereka yang sebenar sebelum berkahwin tapi selepas tinggal satu bumbung baru nampak tembelang masing-masing.

Apa yang anda boleh buat tanyakan pada sahabat atau kenalan mereka tentang sikap pasangan yang sebenar, mungkin dari situ anda temui jawapannya.

Walau apa yang berlaku, ingatlah wahai lelaki anda adalah ketua dalam rumah tangga maka tunjuklah sikap yang baik dan terpuji pada isteri serta anak-anak.

Semoga kisah ini menjadi teladan buat kita semua.

Doktor Belasah Bekas Isteri & Bapa Mentua Hingga Cedera Parah, Ini 4 Tips Nak Kenali Si Panas Baran!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Harian Metro, Xtra

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

Sebab-Sebab Keganasan Rumah Tangga Dan Cara Untuk Melaporkannya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Suami & Isteri
  • /
  • Doktor Belasah Bekas Isteri & Bapa Mentua Hingga Cedera Parah, Ini 4 Tips Nak Kenali Si Panas Baran!
Kongsikan:
  • Siapa Kata Suami Tak Kuat Membebel? Ini Antara 7 Benda Suami Selalu "Bagi" Komen

    Siapa Kata Suami Tak Kuat Membebel? Ini Antara 7 Benda Suami Selalu "Bagi" Komen

  • Walaupun Dilayan Buruk Suami, Ramai Isteri Tidak Sanggup Bercerai Kerana Alasan Anak-Anak

    Walaupun Dilayan Buruk Suami, Ramai Isteri Tidak Sanggup Bercerai Kerana Alasan Anak-Anak

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Siapa Kata Suami Tak Kuat Membebel? Ini Antara 7 Benda Suami Selalu "Bagi" Komen

    Siapa Kata Suami Tak Kuat Membebel? Ini Antara 7 Benda Suami Selalu "Bagi" Komen

  • Walaupun Dilayan Buruk Suami, Ramai Isteri Tidak Sanggup Bercerai Kerana Alasan Anak-Anak

    Walaupun Dilayan Buruk Suami, Ramai Isteri Tidak Sanggup Bercerai Kerana Alasan Anak-Anak

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.