Doa Tahnik Bayi Yang Mudah & Ringkas Berserta Cara Tahnik Ikut Ustaz Don

Mentahnik bayi merupakan amalan sunat dilakukan ke atas bayi sebaik sahaja mereka dilahirkan diiringi dengan bacaan doa tahnik bayi.

Amalan tahnik dilakukan dengan cara menyuapkan mulut bayi dengan kurma yang dikunyah kemudian disapukan pada lelangit bayi sambil membacakan doa tahnik bayi. Moga menjadi anak yang soleh.

Doa Tahnik Bayi Yang Mudah & Ringkas

doa tahnik bayi

Maksudnya: "Ya Allah! Besarkanlah dia dengan pembesaran yang soleh, hidupkanlah dia dengan kehidupan yang baik, bahagiakanlah dia dengan kebahagiaan yang baik, jadikanlah dia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya tanpa menderhaka, jadikanlah dia dari kalangan orang-orang soleh yang arifin serta beramal dengan ilmunya.

Lindungilah dia daripada kejahatan orang yang memandang dengan kejahatan tukang sihir dan orang yang hasad, lindungilah dia daripada kejahatan sekalian makhlukMu, janganlah Engkau mengkehendakinya melainkan untuk mendapatkan keredhaanMu yang Mulia, ampunilah kedua ibu bapanya dan sekalian orang yang hadir, wahai Tuhan Pentadbir sekalian alam!"

Jika bayi perempuan, pada perkataan yang berbaris gantikan “Hu” dengan “Ha”.

Cara Tahnik Bayi Step By Step Ikut Ustaz Don

Berikut merupakan 10 langkah yang diajarkan oleh Ustaz Don yang boleh dilakukan oleh ibu ayah itu sendiri sekiranya tiada orang-orang yang dianggap soleh seperti imam atau mereka yang berpengalaman.

  1. Sediakan kurma dan air zamzam.
  2. Mulakan dengan beristighfar.
  3. Baca Al-Fatihah
  4. Baca Ayat Kursi, Selawat Syifa, Selawat Kamilah.
  5. Baca 3 Qul (Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas)
  6. Ambil kurma dan kunyah sehingga hancur. Ambil jari dan guna jari telunjuk atau jari kelingking.
  7. Masukkan ke dalam mulut bayi.
  8. Sambil jari dalam mulut, bacakan ayat 33-37 Surah Ali Imran
  9. Keluarkan jari, titiskan air zamzam  sambil baca doa tahnik bayi.
  10. Baca doa yang sesuai dan niat yang ikhlas seorang bapa kepada anaknya.

Rujuk video seperti di bawah:

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Tahnik Bayi & Hukumnya, Ini Perkara Ibu Bapa Perlu Tahu Sebelum Melakukannya

Baca juga: 7 Doa Bayi Baru Lahir Yang Ringkas Agar Terhindar Gangguan & Membesar Dengan Sihat

Baca juga: 7 Amalan Doa Buat Anak Yang Mustajab Agar Mereka Menjadi Soleh & Solehah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!