Selalu Dukung Bayi Boleh Buat Bayi Jadi Manja? Betul Ke? Ini Penjelasannya
Dukung bayi itu memang rutin harian bila timang bayi, tapi katanya boleh buat bayi jadi manja? Sebenarnya bayi masih kecil, tidak tahu pun untuk jadi manja.
Sementara si manja masih kecil, inilah peluang kita untuk dukung bayi. Tetapi, adakah ia tabiat tidak bagus kerana mereka akan menjadi terlalu manja? Ketahui punca si manja akan membesar menjadi manja dan bagaimana ia akan mempengaruhi tumbesaran mereka.
Apabila si manja masih sedang membesar, tentulah mereka sentiasa memerlukan perhatian kita dan waktu mereka sedang membesar ini jugalah waktu yang terbaik untuk kita menjalin hubungan yang kuat antara ibu bapa dan anak supaya mereka akan sentiasa rapat dengan kita apabila menjangkau dewasa.
Semasa anak masih kecil ini jugalah kita mendapat peluang untuk sentiasa mendukung mereka dan membawa mereka kehulu-kehilir di dalam dakapan kita. Ya lah, ibu bapa mana yang tidak sayangkan anak? Tentulah sentiasa hendak melekat sahaja!
Tetapi, adakah tabiat sentiasa mendukung bayi ini tidak bagus dan adakah ia akan melahirkan anak yang terlalu manja hingga merasakan mereka berhak ke atas perhatian, bukan sahaja dari anda, tetapi dari orang sekeliling juga?
Perlukah saya kurang dukung bayi?
Menurut laman WebMD, tiada istilah anda tidak boleh dukung bayi selalu! Ia tidak akan menjadikan anak yang terlalu manja sehingga menjadi degil dan sebagainya. Secara dasarnya, ia hanyalah sebuah mitos yang mungkin telah diwujudkan oleh ibu bapa yang tidak suka mendukung anak mereka sendiri. Cemburu, mungkin?
Oleh itu, anda tidak perlu risau anak akan menjadi terlalu manja apabila mereka membesar. Anak menjadi manja atau tidak terpulang kepada kanak-kanak itu sendiri.
Jadi, dukunglah si manja anda sepuas hati anda sebelum mereka membesar dan anda tidak lagi larat hendak mendakap mereka di dalam tangan anda dan pedulikan apa orang di luar sana hendak katakan tentang tabiat selalu mendukung anak ini. Helo, itu kan anak anda!
Dukung bayi dengan kerap tidak akan menjadi manja
Secara amnya, si manja anda masih terlalu kecil untuk memahami apakah itu “manja berlebihan”. Yang mereka tahu adalah anda ialah ibu bapa mereka, dan jika mereka memerlukan bantuan, anda adalah orang pertama yang mereka boleh harapkan.
Jadi, jika si manja anda menangis, ia bukan bermakna mereka manja dan saja hendak mengada-ngada, tetapi mereka memerlukan perhatian anda disebabkan mereka berasa tidak selesa, sakit, panas atau lain-lain lagi. Ya, bayi anda masih terlalu suci untuk mengetahui istilah “attention-seeker” dalam naratif yang teruk.
Tambahan pula, seorang bayi tentulah memerlukan sentuhan dan dakapan dari ibu atau bapa mereka kerana ia memang sifat semulajadi untuk si anak mendapat perlindungan dari ibu bapa yang tugasnya ialah melindung.
Disebabkan itu, apabila dukung bayi sebenarnya akan membesar menjadi lebih berdikari kerana mereka sudah tahu bahawa ibu ayah adalah tempat perlindungan mereka, jadi mereka lebih mudah untuk meneroka benda baru!
Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa perkara yang akan menyebabkan anak anda membesar menjadi manja atau lebih teruk lagi, entitled.
Apakah Punca-punca Anak Menjadi Terlalu Manja?
Walaupun terdapat banyak punca mengapa seseorang kanak-kanak itu boleh menjadi terlalu manja, kami akan kupaskan dua punca paling terkenal yang kita semua dapat lihat!
- Tidak menetapkan denda
Sebelum kita menjadi ibu bapa, pasti ramai di antara kita yang tidak mahu membesarkan anak dengan cara mendenda mereka kerana tidak mahu mereka berkecil hati atau memnyimpan trauma. Tetapi, ibu dan ayah, percayalah bahawa mendenda anak sekali-sekala itu adalah perlu!
Anda tidak perlu mendenda teruk-teruk pun. Cukuplah sekadar menyuruh mereka berdiri di suatu penjuru di rumah sehingga mereka menunjukkan perangai yang baik. Selalunya, orang Barat menyatakan denda ini sebagai timeout.
- Berkata ya apabila anak menangis
Anak anda pasti pernah meminta sesuatu dari anda, kan? Ia mungkin makanan manis, mainan baru atau mereka hendak membuat aktiviti yang bukan-bukan. Tentulah anda juga pernah berkata tidak, kan? Tapi, berapa lamakah “tidak” anda itu bertahan? Adakah sehingga anak baru menitiskan setitik air mata, terus anda berlembut hati dan biarkan sahaja si manja mendapat apa yang dia mahu?
Itulah silap ibu bapa zaman sekarang! Kami faham, anda tidak sampai hati melihat anak menangis hendakkan sesuatu, tetapi si manja juga perlu belajar bahawa mereka tidak boleh dapat semua yang mereka nak. Dikhuatiri mereka membesar dengan merasa entitled atau berhak pula.
Sebab anak menjadi manja
- Jangan hanya cakap kosong
Setelah beberapa kali diugut tanpa sebarang aksi, si manja juga pasti sudah lali dan mengetahui bahawa anda tidak bermaksud pun apa yang anda sendiri katakan. Jadi, mengapa dia perlu takut?
Maksud ugut kami disini ialah anda mengugut untuk mendenda si manja jika mereka melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya, tetapi akhirnya anda tidak denda pun. Jangan salah faham pula ya! Kami tidak menyokong penderaan.
- Terlalu melindungi mereka
Sekiranya si manja anda sentiasa terlibat dalam perkara yang boleh mendatangkan masalah bagi mereka seperti sentiasa lewat ke sekolah atau tidak menyiapkan kerja sekolah, biarkan sahaja mereka! Kalau kita sentiasa melindungi mereka dan membenarkan perbuatan ini dengan membuat alasan bagi mereka, si manja tidak akan belajar bahawa perbuatan mereka mempunyai akibat dan pengajaran.
- Tidak memanjakan anak dengan barangan
Si manja mungkin sentiasa meminta-minta walaupun mereka telah membuat perangai, dan walaupun kami faham bahawa ibu bapa tidak sampai hati untuk menolak permintaan anak, ibu dan ayah perlulah berkeras sedikit untuk tidak sentiasa memberi apa yang anak mahu lagi-lagi apabila mereka tidak menunjukkan perangai yang baik.
Jadi percayalah, dukung bayi tiada kaitan dengan anak menjadi manja. Ia semua terserah kepada stail keibubapaan setiap keluarga. Jadi bila bayi menangis dan ingin didukung ia adalah kerana merek
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Parents, Parenting from The Heart
Gambar: Huggies
Baca juga: Stress Bila Bayi Asyik Nak Berdukung, Ini Cara Untuk Anda Hadapinya!