X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Besarnya Manfaat Peluk Anak Setiap Hari, Mampu Buatkan Mereka Lebih Sihat & Bijak

4 min bacaan
Besarnya Manfaat Peluk Anak Setiap Hari, Mampu Buatkan Mereka Lebih Sihat & Bijak

Manfaat berpelukan dengan anak mampu membuatkan mereka menjadi lebih sihat, kurang tekanan dan merangsang proses perkembangan yang cepat

Jika anda salah seorang ibu ayah yang suka peluk anak, jangan berhenti melakukannya sekarang! Manfaat berpelukan dan mendukung anak itu terbukti lebih hebat dari yang dijangka.

Sebuah kajian dari University of British Columbia mendedahkan kaitan antara sentuhan ibu ayah dengan anak-anak yang mampu memberi kesan terhadap tahap molekul dalam tubuh mereka.

Manfaat berpelukan dengan anak, ia mampu mengubah DNA anak secara dalam diam

manfaat pelukan

Apabila sering memeluk dan mendukung anak, anda sebenarnya sedang menukar DNA mereka. Ya, DNA! Anda tidak salah baca.

Kajian ini mendapati kanak-kanak yang kurang sentuhan fizikal dari ibu bapa akan lebih mudah tertekan. Malah, sentuhan ini juga mengubah profil molekul mereka.

Akibatnya, mereka tidak berkembang dengan sehabis baik.

Manfaat berpelukan dengan anak, saintis saran ibu bapa lakukannya setiap hari

Untuk menjayakan kajian ini, saintis telah mengkaji hampir 94 bayi dalam masa 4 tahun. Ibu bapa dengan bayi yang dijadikan subjek kajian harus menyimpan jurnal yang mencatit segala perbuatan anak mereka, mengenalpasti corak serta perubahan terhadap pemakanan, tabiat tidur dan jenis tangisan bayi.

Selain itu, responden ini juga harus mencatit berapa kerap mereka memeluk dan mendukung bayi setiap hari.

Selepas cukup tempoh 4 tahun, saintis akan membuat pemeriksaan terhadap DNA bayi tersebut dengan mencalit pipinya. Ini dapat membantu pengkaji mengenalpasti satu pengubahsuaian biokimia yang dipanggil sebagai “melitasi DNA”.

Melitasi DNA adalah molekul yang mampu menjejaskan kematangan gen aktif. Hasil kajian ini sungguh mengejutkan ramai orang!

Peluk anak boleh buatkan mereka lebih cepat membesar

kelebihan memeluk anak

Kanak-kanak yang kurang menerima sentuhan fizikal dari ibu bapa mereka memiliki “umur epigenetik” yang lebih rendah. 

Hal ini bermaksud, kematangan molekul mereka lebih perlahan berbanding yang sepatutnya. Lalu, mereka menghadapi masalah kesihatan dari tahap sel.

Sarah Moore, penulis dan pengkaji utama dalam kajian itu menjelaskan –

“Dari kajian ini, kami dapat menekankan kepentingan hubungan fizikal antara ibu bapa dan anak. Hubungan fizikal ini termasuklah perbuatan memeluk, mendukung dan menenangkan anak yang menangis.

Ia boleh mengurangkan tekanan dan mengelak bayi daripada mengalami sebarang masalah kesihatan.”

5 sebab saintifik mengapa anda perlu kerap peluk anak

pelukan anak

Jika anda memerlukan peringatan dan sebab saintifik untuk membuktikan mengapa perbuatan peluk anak ini sungguh bermanfaat, sila rujuk senarai di bawah:

  • Sentuhan fizikal buat anak lebih bijak: Kajian dari Nationwide Children’s Hospital di AS menunjukkan sentuhan fizikal beri respon otak yang lebih kuat.
  • Pelukan bantu anak membesar: Kajian dari University of California mendapati pelukan merembeskan hormon oksitoksin (hormon gembira). Hormon ini menggalakkan pertumbesaran.
  • Pelukan buat anak lebih sihat: Kajian pada tahun 2013 mendapati pelukan buat bayi lebih sihat dan kuat. Hormon oksitoksin mengurangkan tahap plasma dan kortisol
  • Pelukan menghentikan tantrum: Pelukan boleh membantu ibu bapa mengawal tantrum anak kerana ia mengurangkan stres dan menenangkan.
  • Pelukan buat anak lebih dengar kata: Kajian mendedahkan kanak-kanak yang selalu tertekan dan kurang menerima sentuhan fizikal dari ibu bapa akan lebih mudah terkena penyakit. Pelukan boleh meningkatkan emosi dan sistem imun badan anak. Ia buat minda lebih berfungsi dan emosi lebih stabil. Maka, anak lebih mendengar kata.

Nampaknya, kajian ini membuktikan bahawa ibu bapa perlu lebih kerap memeluk dan mendukung anak lah, kan! Barulah anak lebih sihat dan kurang stres.

Kesimpulannya meskipun sesibuk mana anda dengan tugasan seharian, jangan mengabaikan waktu untuk bersama anak. Kasih sayang dan pelukan ini mampu mengeratkan hubungan dan membolehkan mereka membesar dengan baik.

Kredit foto: Google Images

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Dakapan Ibu Merangsang Perkembangan Bayi, Sebab Itu Si Comel Selesa Dalam Pelukan Ibu 

Baca juga: Bau Ibu Adalah Paling Harum Buat Bayi, Patutlah Si Manja Boleh Berhenti Menangis 

Baca juga: 12 Waktu Terbaik Untuk Peluk & Cium Anak, Biar Jiwanya Disirami Rasa Bahagia

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Besarnya Manfaat Peluk Anak Setiap Hari, Mampu Buatkan Mereka Lebih Sihat & Bijak
Kongsikan:
  • Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

    Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

  • Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

    Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

    Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

  • Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

    Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham