Kate Middleton Dedah Pernah Berhadapan Kecelaruan Emosi Selepas Lahirkan Bayi Sulung

undefined

Masalah kemurungan tidak mengenal pangkat dan darjat kerana Kate Middleton juga pernah mengalami gangguan emosi selepas melahirkan putera sulungnya.

Emosi ibu hamil sama ada sebelum atau semasa berpantang memang perlu dijaga dengan sangat baik supaya dapat mengelak kemurungan, meroyan, gangguan jiwa dan sebagainya.

Emosi ibu hamil, Kate Middleton turut mengalami gangguan emosi

Malah keadaan dan emosi ibu hamil ini tidak mengenal pangkat dan harta kerana isteri Putera William, Kate Middleton turut mengalami gangguan emosi semasa hamil anak sulungnya, Prince George.

Kate Middleton, 38 berkongsi perasaannya dengan rakyat tentang bagaimana keadaannya yang cukup menganggu dirinya semasa hamilkan anak sulung namun kejadian itu tak akan pernah dilupakan.

“Ya keadaan itu cukup menakutkan dan saya tidak berbohong,” ujar Kate semasa ditemuramah dalam majlis Happy Mum, Happy Baby pada 15 Februari yang lalu.

Beliau turut mengatakan, mestikan keadaannya ketika itu boleh dikatakan teruk, namun dia sangat bersyukur kerana sentiasa mendapat sokongan dari suami tercinta dan rakyat jelata yang sentiasa ingin mengetahui
perkembangan dirinya juga keluarga Diraja Itu.

Hal ini kerana, semasa itu adalah pengalaman pertamanya melahirkan seorang bayi, malah tiada pengalaman sebagai ibu dan ayah serta tidak pasti dengan apa yang berlaku dengan sekelilingnya.

Boleh dikatakan semua emosinya seolah bercampur baur.

Kate mengalami masalah emosi hampir bertahun-tahun

emosi ibu hamil

Walaubagaimanapun, Kate bersyukur apa yang dilalui pada masa lalu mengajarnya hingga kini untuk menjadi seorang ibu yang bertanggungjawab demi menjaga anak-anaknya yang kini telah masuk tiga orang iaitu Prince
George, Princess Charlotte dan Prince Louis.

Pengalaman mengasuh anak sulung

masalah kemurungan

Menurut Kate lagi, perasaan bergelar ibu itu adalah sangat hebat dan luar biasa serta terfikir bagaimana tubuh manusia boleh melakukan semua itu.

Dalam masa yang sama dia seronok pabila melihat Prince George membesar dengan sihat dan gembira.

Malah pada hari pertama bergelar ibu, dia tidak dapat tidur dengan secukupnya dan berasa mahu pulang segera ke rumah.

Meskipun itu, Kate sentiasa mendapat sokongan daripada suaminya William selepas mengetahui jantina bayi mereka adalah lelaki.

Kate Middleton mengalami kemurungan

emosi

Kate Middleton mengalami kemurungan selepas melahirkan anaknya Putera George memang mendapat liputan meluas di seluruh dunia.

Namun, pasangan ini tetap berusaha bersungguh-sungguh untuk mengatasinya dengan baik.

Disebabkan kemurungan yang dialami Kate, pasangan Diraja ini dikatakan menangguh rancangan untuk mendapatkan anak kedua dalam tempoh setahun.

Walaupun berhadapan dengan kehidupan yang sukar, namun suami dan keluarganya sentiasa berada di sisinya untuk memberi sokongan.

Apa yang dilakukan pasangan ini adalah membawa anak kecil mereka mengelilingi dunia.

Buat pengetahuan, kemurungan selepas bersalin atau postpartum depression adalah masalah biasa yang kerap dialami kepada lima hingga 25 % wanita yang baru melahirkan anak.

Antara tanda-tanda pospartum depression seperti sedih tanpa sebab, menangis, rasa letih yang melampau, mudah marah dan lain-lain.

Meskipun itu, punca sebenar gejala ini belum dapat ditafsir oleh ahli perubatan dan saintis.

Tanda anda mengalami gangguan emosi

#1. Gembira

Mungkin ramai yang tak tahu, perasaan bahagia juga boleh menunjukkan gembira, sihat secara berlebihan ataupun euforia yang menandakan seseorang itu mempunyai gangguan terhadap fizikal dan mental yang tidak sihat.

Bagi individu yang sering kelihatan gembira juga mempunyai risiko mendapat gangguan pada jantung dan mental.

#2. Resah dan gelisah

Rasa gelisah secara berlebihan akan disertai gejala-gejala seperti Palpilasi (Palpitations) ataupun jantung terus rasa berdebar dan kuat berpeluh.

#3. Kerisauan dan kebimbangan

Jika selalu dilanda risau, kemungkinan ia berkaitan dengan kelenjar limpa gagal berfungsi dengan baik. Simpton lain yang muncul seperti hilang selera makan, badan lemah, perut kembung dan haid tidak teratur.

#4. Sedih dan cepat rasa takut

Individu yang ada masalah paru-paru akan cenderung kelihatan sedih. Pada masa yang sama, mereka akan kerap di serang sesak nafas dan sakit tekak bila sedang bersedih.

Dalam masa yang sama, individu yang kerap berasa takut ada kena mengena dengan masalah buah pinggang.

Selain pundi kencing ada jangkitan kuman dan gangguan hormon seksual.

Kate Middleton Dedah Pernah Berhadapan Kecelaruan Emosi Selepas Lahirkan Bayi Sulung

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber : US Magazine 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comanak-kate-middleton

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!