Gadis 12 Tahun Ini Telah Membantu Doktor Melahirkan Adiknya

undefined

Kanak-kanak perempuan bertuah ini, Jacee, tidak dapat percaya yang dia telah terlibat dalam kelahiran adiknya sendiri. Dia tidak sabar untuk memberitahu adiknya satu hari nanti.

Adakah anda berani membenarkan anak perempuan anda untuk membantu doktor melahirkan adiknya ketika anda bersalin? Sudah tentunya tidak!

Tetapi gadis yang berumur 12 tahun ini telah mendapat peluang keemasan di dalam sebuah bilik bersalin di Brandon, Mississippi.

Masa adik Zadyn dilahirkan 18 bulan lalu, Jacee Dellapena telah meminta untuk berada di dalam bilik bersalin untuk menyaksikan kelahiran adiknya.

Tetapi pada masa itu, ibunya Dede, dan bapa tirinya Zack tidak memberi kebenaran kerana berpendapat Jacee masih terlalu muda. 

www.facebook.com/nikkismith9614/posts/1699992726971119

Jacee mendapat peluangnya

Sebaik sahaja Jacee mendapat tahu ibunya hamil lagi, Jacee mula merayu kebenaran untuk menyaksikan kelahiran adiknya sekali lagi.

Memandangkan Jacee telah pun menerima pendidikan seks di sekolahnya, kali ini Dede dan Zack telah memberi kebenaran.

Apabila ibunya sedang berbaring di atas katil bersalin, Jacee telah menangis kerana terlalu pendek dan tidak dapat melihat apa yang sedang berlaku.

Gadis 12 Tahun Ini Telah Membantu Doktor Melahirkan Adiknya

Jacee selepas memakai gaun hospital. Foto kredit: Nikki Smith

“Tiba-tiba doktor telah berkata kepada saya, ‘Cepat pakaikan baju dan bersihkan tangan kamu. Selepas itu, kamu boleh berdiri di sini dan tolong saya untuk melahirkan adikmu’,” kata Jacee. 

“Saya seperti tidak percaya! Saya telah bertanya jika doktor cuma bergurau.”

Dede juga terkejut dengan cadangan doktornya, tetapi doktor itu berkata, “Saya serius. Saya akan membimbing tangannya dan segalanya’.”

Itu cerita Dede apabila teringatkan semula peristiwa bersejarah hari itu. 

Gadis 12 Tahun Ini Telah Membantu Doktor Melahirkan Adiknya

Gambar Jacee yang terharu dan dipenuhi dengan emosi semasa menolong melahirkan adiknya. Foto kredit: Nikki Smith

Risau Miss V Terkoyak Teruk Ketika Bersalin? Ada 6 Cara Untuk Atasinya!

Akhirnya Jacee tidak hanya membantu doktor untuk melahirkan adiknya, malah dia juga turut memotong tali pusatnya.

Gadis 12 Tahun Ini Telah Membantu Doktor Melahirkan Adiknya

Gambar Jacee memotong tali pusat adiknya. Foto kredit: Nikki Smith

Jacee masih ingat lagi peristiwa itu.

“Saya tidak percaya saya telah terlibat dalam kelahiran adik saya sendiri. Saya tak sabar untuk memberitahunya apabila dia besar nanti!”

Jacee memberitahu Yahoo Beauty bahawa pengalaman melahirkan anak tidak menakutkan tetapi sebenarnya sangat menarik.

Jacee bertekad untuk menjadi seorang pakar obstetrik satu hari nanti.

“Saya ingin menjadi seorang pakar obstetrik apabila saya besar. Saya akan belajar dengan tekun sehingga saya mencapai cita-cita saya. “

14+ Hospital Terbaik Kerajaan & Swasta

Sumber: Mamamia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!