Baring Mengiring Boleh Kurangkan Rasa Nak Pitam Ketika Hamil, 6 Petua Legakan Gejala Kehamilan

undefined

Setiap ibu hamil pasti akan mengalami gejala kehamilan tersendiri. Ada ibu hamil yang akan mengalami sesetengah gejala berbeza dengan yang lain.

Setiap ibu hamil pasti akan mengalami gejala kehamilan tersendiri. Ada ibu hamil yang akan mengalami sesetengah gejala biasa dan yang lain akan mengalami gejala lain pula.

Mereka tidak semestinya akan mengalami gejala yang sama malah jika mengandung untuk kali kedua atau seterusnya, tidak semestinya gejala kehamilan yang dialami semasa mengandung kali pertama akan berulang semula.

Pelbagai gejala kehamilan kadang kala mendatangkan ketidakselesaan kepada ibu hamil, malah ada yang fobia untuk hamil kembali kerana mereka takut mengalami gejala kehamilan yang sebelumnya.

Mungkin ada yang langsung tidak boleh terima dengan gejala kehamilan yang mereka alami ketika mengandung sebelumnya disebabkan itu takut untuk menghadapinya sekali lagi.

Gejala kehamilan boleh dilegakan dengan pelbagai cara

Jika anda tahu cara mengatasinya, mungkin tida timbul soal fobia untuk mengandung lagi. Malah jika anda jumpa penyelesaian kepada gejala kehamilan yang anda alami, sudah pasti anda lebih bersedia.

Bagaimanapun, banyak ibu mengandung kongsikan, setiap kehamilan mereka biasaya berbeza dan tidak sama dengan kehamilan yang sebelumnya disebabkan itu perlu banyak membaca dan merujuk kepada yang pakar untuk menyelesaikan masalah yang dialami mereka.

Menurut perkongsian wyethnutrition gejalan kehamilan yang dialami ibu hamil ada penyelesaiannya. Berikut adalah beberapa gejala kehamilan yang mungkin berlaku kepada ibu hamii:

#1. Sakit belakang

Gejala kehamilan

Sakit belakang adalah gejala kehamilan biasa dialami oleh ibu hamil. Hormon yang dirembeskan semasa hamil akan mengendur dan meregang ligamen bagi menghadapi proses pelahiran dan ini menambah ketegangan pada belakang badan dan pinggul anda.

Beberapa perkara yang boleh dicuba untuk mengurangkannya:

  • Urutan
  • Senaman menguatkan belakang badan (minta fisioterapi melakukan demo)
  • Jangan pakai kasut bertumit tinggi
  • Tidur di atas tilam yang kuat/keras
  • Berhati-hati apabila mengangkat sebarang objek
  • Jaga postur anda semasa duduk. Pastikan leher dan belakang anda tegak
  • Di akhir peringkat kehamilan, dapatkan rehat secukupnya
  • Minta nasihat fisioterapi untuk melegakan ketegangan di belakang anda

#2. Sembelit

Perubahan hormon dan bayi yang sedang membesar dalam perut ada ada kemungkinan memperlahankan proses pencernaan dalam usus yang menjadi punca sembelit.

Beberapa perkara yang boleh dicuba untuk mengurangkannya:

Makanan kaya dengan serat seperti roti gandum, pasta, buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin sarapan dan kacang. Anda juga digalakkan 
minum banyak air dan jus asli.

#3. Kekejangan

Gejala kehamilan

Rasa bisa dan kejang pada otot betis atau kaki secara tiba-tiba adalah perkara biasa, terutamanya pada waktu malam.

Beberapa perkara yang boleh dicuba untuk mengurangkannya:

  • Senaman ringan akan memperbaiki peredaran darah anda
  • Apabila anda berasa kejang, gosok kawasan itu dengan kuat dan lenturkan otot untuk meredakan kesakitan

#4. Pitam/pening

Oleh kerana rahim anda menggunakan banyak bekalan darah, anda akan mudah terasa pening atau mahu pitam 

Beberapa perkara yang boleh dicuba untuk mengurangkannya:

  • Tenangkan diri
  • Cuba elakkan berdiri terlalu lama
  • Jika anda berasa hendak pitam, baring mengiring
  • Jika anda sedang duduk, jangan bangun terlalu cepat

#5. Pedih hulu hati

Pedih hulu hati terjadi apabila anda berasa pedih atau terbakar di dada disebabkan oleh asid perut yang mengalir semula ke dalam esofagus. Ia biasanya berlaku apabila anda berbaring atau selepas makan makanan tertentu sekaligus menyebabkan anda sukar tidur.

Beberapa perkara yang boleh dicuba untuk mengurangkannya:

  • Tidur menggunakan banyak bantal sebagai sokongan
  • Minum segelas air dua jam sebelum tidur dan jangan makan apa-apa selepas itu
  • Elakkan makanan yang menjadi punca pedih hulu hati dan jangan makan terlalu dekat dengan waktu nak tidur

#6. Buku lali, kaki dan jari membengkak

Gejala kehamilan

Bahagian ini kerap membengkak semasa hamil kerana badan menampung lebih banyak air daripada biasa. Bahagian ini semakin membengkak biasanya di sebelah petang, dalam cuaca panas dan jika anda banyak berdiri.

Beberapa perkara yang boleh dicuba untuk mengurangkannya:

  • Elakkan berdiri untuk satu tempoh yang lama
  • Pakai kasut yang selesa
  • Letakkan kaki anda setinggi yang boleh. Cuba rehatkan diri selama satu jam dengan posisi kaki lebih tinggi daripada jantung

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: wyethnutrition

Baca juga:

https://my.theasianparent.comcara-menjaga-kehamilan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!