X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Henti Merokok Demi Kesihatan Kandungan! Ini Antara Bantuan Yang Anda Boleh Dapati

4 min bacaan
Henti Merokok Demi Kesihatan Kandungan! Ini Antara Bantuan Yang Anda Boleh Dapati

Sekiranya anda tidak mampu untuk disiplin  berhenti merokok dengan sendiri, jangan risau ada talian bantuan yang anda boleh minta pertolongan. 

Selepas penat bekerja dan menguruskan rumah seharian, anda mungkin sudah terbiasa dengan memberi ganjaran kepada diri anda sepuntung rokok. Dan tahu-tahu dari sepuntung rokok terus habis sekotak. Jadi bagaimana boleh berhenti merokok?

Apabila mengetahui bahawa anda sedang mengandung, tabiat buruk itu harus dihentikan serta merta jika anda ingin mengalami kehamilan yang sihat. Dan sekiranya anda tidak mampu untuk disiplin  berhenti merokok dengan sendiri, jangan risau ada talian bantuan yang anda boleh minta pertolongan. 

Merokok telah mengakibatkan lebih 90% kanser paru-paru dan ia juga menjadi punca kepada 14 jenis kanser lain. Kesan kepada perokok kedua yang tidak merokok juga kepada keluarga mereka adalah lebih teruk. Ia memudaratkan lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak.

berhenti merokok

Malah ibu yang sedang hamil juga berisiko untuk melahirkan anak pramatang, kehamilan ektopik juga keguguran. Disebabkan itu pasangan yang merancang untuk membina keluarga akan bersungguh-sungguh untuk berhenti merokok. 

Walaupun ketagihan sudah berkurangan namun ia merupakan satu tabiat kronik yang memang sukar untuk dibuang begitu sahaja. Jadi untuk keluarga yang ingin membina gaya hidup yang lebih sihat untuk keluarganya di masa hadapan, anda tidak terlewat untuk mendapatkan pertolongan.

Sekiranya anda sudah nekad untuk berhenti demi keluarga tersayang ini antara talian sokongan dan program untuk berhenti merokok di Malaysia yang anda boleh sertai. 

berhenti merokok

Khidmat Infoline Berhenti Merokok 

Beroperasi setiap hari bekerja dari Isnin hingga Jumaat dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Talian 03-8883 4400 menjadi saluran kepada perokok dan ahli keluarga untuk mendapatkan maklumat dan tips berhenti merokok yang boleh dilakukan oleh perokok dengan sokongan ahli keluarga dan rakan-rakan.

Skop Perkhidmatan Infoline Berhenti Merokok adalah mengendalikan panggilan masuk dan pesanan suara (voicemail);

  • Daripada orang awam yang ingin mengetahui tentang khidmat yang ditawarkan oleh KKM.
  • Menerangkan tentang Khidmat Berhenti Merokok (KBM) yang disediakan di klinik kesihatan dan hospital di seluruh negara.
  • Memberikan tips kepada pemanggil yang ingin berhenti merokok.
  • Mengesyorkan klinik kesihatan dan hospital yang paling hampir dengan tempat tinggal pemanggil. Contoh: Jika pemanggil tinggal di Puchong, pengendali boleh mengesyorkan pemanggil untuk mengunjungi Hospital Serdang atau Hospital Putrajaya untuk khidmat ini.
  • Menghantar kit berhenti merokok (risalah dan panduan berhenti merokok) kepada pemanggil jika diminta.

Setiap panggilan yang diterima akan melalui proses yang telah diprogramkan seperti berikut :

  • Panggilan masuk.
  • Panggilan dijawab oleh petugas. Jika petugas sedang menjawab panggilan lain, panggilan itu akan dihantar ke sistem pesanan suara yang memaklumkan talian sedang sibuk.
  • Dalam tempoh 8 saat, panggilan akan dijawab sekiranya petugas telah menamatkan panggilan pertamanya.
  • Sekiranya panggilan tersebut tidak dijawab dalam masa 8 saat, panggilan akan dihalakan ke sistem pesanan suara di mana pemanggil boleh memilih untuk meninggalkan pesanan.
  • Semua panggilan di luar waktu bekerja (8 pagi – 5 petang) akan terus dihalakan ke sistem pesanan suara.

Pemanggil boleh memilih untuk meninggalkan pesanan di mana petugas akan menghubunginya semula dalam tempoh 24 jam masa bekerja. Sekiranya panggilan dibuat pada hari cuti am atau hari cuti umum, petugas akan menghubungi semula pada hari bekerja berikutnya.

berhenti merokok

MQuit USM Tobacco Quitline

Universiti Sains Malaysia (USM) menggunakan kepakarannya dalam bidang kawalan tembakau dan asap rokok dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi penyediaan talian ‘MQuit USM Tobacco Quitline’ bagi membantu perokok di seluruh negara untuk berhenti daripada tabiat buruk itu.

Talian ini membolehkan perokok mendapatkan bimbingan dan sokongan moral melalui telefon secara berkala semasa dalam proses henti tabiat merokok.

Ia dilaksanakan dengan kerjasama Akademi Farmasi Malaysia dan sebuah syarikat pengeluaran produk henti merokok menerusi Memorandum Persetujuan yang ditandatangani pada 1 Julai 2016 dengan matlamat menyediakan perkhidmatan kepada perokok untuk mendapatkan maklumat dan tip berhenti merokok.

Mereka yang mendaftar ditawarkan perkhidmatan berhenti secara bersemuka di Klinik Berhenti Merokok di seluruh negara yang dikendalikan pengamal perubatan.

Perokok boleh mendapatkan khidmat nasihat lebih lanjut menerusi telefon yang dikendalikan sepenuhnya oleh USM ini selain mendapatkan sokongan bimbingan di kedai farmasi, klinik dan hospital swasta berdaftar dengan program berkenaan.

Kelebihan menggunakan perkhidmatan talian ini adalah masa fleksibel, sesi kaunseling dibuat dengan lebih telus dan tertutup, menjimatkan masa selain boleh mendaftar walaupun sudah atau sedang mendapatkan rawatan di klinik.

Hubungi talian 04-6535999 pada waktu pejabat setiap hari bekerja dan selepas waktu itu, semua panggilan akan direkodkan ke dalam sistem pesanan suara dan pemanggil akan dihubungi semula.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tahap kesihatan anda dan bantuan berhenti merokok klik di sini Malaysia Council For Tobacco Control (MCTC).

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Harian Metro, MyHealth

Baca juga:

Stories Rakan Kongsi
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Project Sidekicks
  • /
  • Henti Merokok Demi Kesihatan Kandungan! Ini Antara Bantuan Yang Anda Boleh Dapati
Kongsikan:
  • 4 cara ibu mengandung boleh berhenti merokok sebelum terlambat

    4 cara ibu mengandung boleh berhenti merokok sebelum terlambat

  • Kesan Bahaya Merokok MASIH SAMA Walaupun Anda Merokok Jauh Dari Anak

    Kesan Bahaya Merokok MASIH SAMA Walaupun Anda Merokok Jauh Dari Anak

  • Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

    Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • 4 cara ibu mengandung boleh berhenti merokok sebelum terlambat

    4 cara ibu mengandung boleh berhenti merokok sebelum terlambat

  • Kesan Bahaya Merokok MASIH SAMA Walaupun Anda Merokok Jauh Dari Anak

    Kesan Bahaya Merokok MASIH SAMA Walaupun Anda Merokok Jauh Dari Anak

  • Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

    Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.