Generasi Yang Lahir Sebelum Tahun 1985, Lebih Kreatif
Generasi yang dilahirkan sebelum ini amat kreatif. Ini adalah kerana faktor persekitaran mereka yang menjadikan anak-anak yang lahir sebelum zaman gadget ini, lebih kreatif dan rajin.
Anak zaman sekarang berbeza dengan generasi yang dilahirkan sebelum tahun 1985 ini amat kreatif. Ini adalah kerana faktor persekitaran mereka yang menjadikan anak-anak yang lahir sebelum zaman gadget ini, lebih kreatif dan rajin. Jika anda seorang anak desa yang dilahirkan di kampung, tentu seronok. Anda bebas bermain ke mana sahaja, tanpa ancaman penculik mahupun perogol.
Jiran tetangga, penduduk-penduduk kampung merupakan sahabat mahupun keluarga anda. Mereka akan memerhatikan gerak-geri kita. Mereka akan melaporkan kepada ibu bapa tentang apa yang kita lakukan.
Anak zaman sekarang kurang kreatif
Berbanding dengan anak zaman sekarang, kanak-kanak yang dilahirkan pada zaman generasi sebelum ini bebas bermain, merasakan kehangatan matahari, bermain dengan pasir dan bermain dengan alam sekeliling. Mereka puas dimarah apabila melakukan kesilapan oleh ibu bapa, dicubit, dipulas telinga. Semua itu menjadi kenangan indah yang membentuk menjadi insan yang berguna.
Berkat didikan orang tua, anak yang lahir sebelum tahun 1985 kebanyakannya pembersih. Hujung minggu memang dihabiskan untuk menolong emak untuk perempuan. Rutin harian biasa pada hujung minggu ialah bangun awal, kemas tempat tidur, basuh selimut, sidai baju, lipat baju dan gosok baju. Anak perempuan juga diajar untuk “multitask”. Jika balik dari asrama, sudah menjadi tanggungjawab anda untuk mengemas rumah dan menjadi pembantu chef kepada ibu anda.
Tanggung jawab untuk mengemas rumah tidak diserahkan kepada lelaki dan mereka masih merayau di luar. “Multi tasking” diajar oleh ibu kita supaya bekerja dengan cekap.
Sambil membasuh baju menggunakan mesin, anda harus melipat baju, jika tidak anda akan menjemur baju, sambil menguruskan dobi, anda juga harus memasak supaya dapat membuat tugasan rumah dengan cepat.
Hasilnya, kita tidak boleh melihat baju tidak dilipat kerana menimbun, dan pinggan mangkuk mahupun cawan kotor tidak dicuci.
Gaya keibubapaan dahulu berbeza
Gaya keibubapaan orang tua dahulu seperti menguruskan rumah, orang tua telah mendidik anak, terutamanya anak perempuan bagaimana untuk menguruskan rumah tangga apabila dewasa pula. Dewasa ini, punca penceraian adalah pelbagai.
Pelbagai masalah dicatatkan oleh pihak sebelah lelaki mahupun perempuan. Pasangan lelaki suka mencari pasangan wanita yang lebih baik daripada isterinya kerana isterinya tidak pandai melayannya ketika di rumah mahupun di bilik tidur.
Maka, tidak hairanlah anak-anak muda zaman sekarang pemalas dan tidak tahu untuk membasuh 1 cawan mahupun sebiji pinggan. Situasi ni kita boleh lihat di pantry pejabat, bilangan perempuan di sana lebih ramai daripada lelaki.
Anak-anak perempuan janganlah diajar untuk memvakum rumah sahaja, malah ajar mereka untuk menyapu, mengemas katil, melipat selimut. Ajarlah anak untuk menanak nasi menggunakan dapur gas dahulu, seterusnya menggunakan dapur elektrik.
Malah, hasil didikan orang tua tanpa gadget boleh membentuk peribadi anak menjadi insan yang berguna, bukan semata-mata cemerlang di dalam kerjaya mahupun pelajaran, tetapi boleh menjadi anak yang baik, dan boleh melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri mahupun suami.
Rencana dipetik daripada InTrend
Baca juga:
Ibu Ayah Yang Bersederhana & Beri Kebebasan Menghasilkan Anak Lebih Berjaya- Pakar