Janin Bergerak Lembut Tandanya Bayi Perempuan Manakala Bayi Kuat Menendang Bayi Lelaki, Betul Atau Salah?
Benarkah bayi aktif dalam kandungan itu petanda ibu sebenarnya hamil bayi lelaki? Ini jawapan sebenarnya...
Pernah tak anda mendengar tentang bayi aktif dalam kandungan dapat menentukan jenis jantina bayi? Contohnya, jika janin tidak aktif dan bergerak agak lembut serta perlahan itu tandanya hamil bayi perempuan.
Sementara, janin yang bergerak aktif dan suka menendang bermaksud mengandung bayi lelaki. Benarkah?
Bayi aktif dalam kandungan pada usia kehamilan 16 ke 22 minggu
Kebiasaannya bayi aktif dalam kandungan bermula ketika usia kehamilan 16 ke 22 minggu.
Namun, di awal minggu tersebut anda mungkin masih tidak kerap merasakan gerakan janin tapi sekiranya janin semakin berkembang pasti anda akan rasai gerakannya dengan lebih jelas dan teratur.
Biasanya anda akan rasai gerakan yang kuat, tendangan, tubuh bayi yang berpusing dan sebagainya. Itu tandanya, janin sedang aktif dan gembira di dalam perut ibu.
Gerakan janin dalam kandungan menjelaskan tahap kesihatan ibu
Ibu yang mempunyai berat berlebihan atau plasenta terletak di bahagian hadapan rahim, mungkin tidak akan merasai gerakan janin yang kuat.
Jadi, sebaiknya jika tidak kerap rasai gerakan janin adalah lebih baik segera mendapatkan nasihat dan rawatan doktor untuk mencegah perkara buruk.
Ibu harus pantau pergerakan janin
Menyedari pergerakanan janin setiap hari adalah baik untuk kehamilan meskipun tidak mencatatnya dalam buku kesihatan ibu hamil. Asalkan janin sentiasa bergerak dalam tempoh 9 pagi hingga 12 malam.
Namun, apabila masuk ke minggu ke 28, anda harus mencatat setiap pergerakan janin dan biasanya akan bergerak lebih banyak di waktu pagi.
Malah anda akan rasai gerakan yang lebih kuat semasa makan, duduk dan berbaring. Tetapi, anda tidak akan rasai gerakan janin ketika berdiri, berjalan atau melakukan tugas tertentu.
Adakah bayi aktif dalam kandungan lebih pantas?
Melalui perkongsian dari Baby Center, banyak perkara yang dapat mempengaruhi keaktifan bayi bergerak dalam kandungan. Antara faktornya seperti berat badan ibu dan kesibukan ibu yang mungkin bergerak aktif setiap hari.
Bahkan, gerakan bayi pada kehamilan kedua mungkin lebih aktif jika dibandingkan semasa mengandung anak pertama dahulu.
Oleh demikian, tidak ada bukti yang menunjukkan janin yang bergerak aktif itu menandakan bayi lelaki dan ia bukanlah cara yang tepat untuk mengetahui jenis jantina si kecil itu.
Sebaiknya jika ingin mengetahui jantina bayi adalah dengan melakukan USG ketika kehamilan masuk ke minggu ke 20.
Sumber: Penulis asal Nia Lara Sari dan mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia
Baca juga: Mahu Bayi Aktif Bergerak? Ibu Hamil Boleh Cuba Makan Makanan Berikut…