Bayi 18 bulan mati akibat bapa angkat goncang hingga tengkorak retak!
Seorang bapa angkat memberi alasan "tertekan" kenapa dia goncang bayi iaitu anak angkatnya sampai mati. Bayi itu baru berusia 18 bulan. Kejam sungguh!
Bapa angkat goncang bayi sampai mati
Seorang bayi berusia 18 bulan meninggal dunia akibat digoncang dengan kasar. Dan yang lebih mengejutkan, bapa angkatnya yang melakukan perbuatan goncang bayi tersebut!
Mahkamah Cardiff Crown di South Wales telah mendapat berita yang seorang bayi berusia 18 bulan, Elsie Scully Hicks meninggal dunia 2 minggu selepas diambil sebagai anak angkat oleh Matthew Scully Hicks dan suaminya (pasangan gay).
Punca kematian adalah kerana tengkorak kepala yang retak akibat digoncang dengan kasar.
Scully Hicks telah memberitahu mahkamah yang dia tidak dapat menahan tekanan ketika membesarkan anak tersebut. Di dalam satu teks mesej, dia telah memanggil anak tersebut ‘psiko’ dan ‘syaitan di dalam pakaian Babygro’.
Setelah 4 minggu perbicaraan berlangsung, para juri sebulat suara mengatakan Scully bersalah.
Menurut pihak pendakwa raya, serangan yang membunuh bayi malang itu adalah akibat goncangan yang sungguh kuat kerana laporan medikal menunjukkan kesan retak di pergelangan tangan bayi itu.
Kepala bayi tersebut juga didapati sama ada dihentak pada permukaan keras atau dipukul dengan sesuatu.
Kerana orang dewasa yang mementingkan diri, anak kecil yang menjadi mangsa. Disebabkan itulah amat penting utuk berfikir masak-masak sebelum membuat keputusan mengambil anak angkat.
Sertai kelas keibubapaan dan dapatkan pendapat pakar supaya anda boleh mendapat gambaran sebenar tentang apa yang bakal dihadapi anda sebagai ibu bapa nanti.
Perbuatan goncang bayi membawa padah
Menjadi ibu bapa bukan selalunya seperti potret yang diiklankan di media, ianya lebih dari itu. Setiap peringkat umur, setiap fasa mempunyai cabaran yang berbeza. Menjadi ibu bapa adalah sesuatu yang indah, namun ia mempunyai cabarannya tersendiri.
Perbuatan menggoncang bayi adalah sesuatu yang amat serius dan boleh memberi kesan yang sangat buruk.
Contoh di dalam kes ini ialah kematian. Tulang bayi yang masih lembut serta tubuh badan yang masih lembut membuatkan mereka mempunyai risiko untuk cedera lebih tinggi walau hanya dengan goncang.
Antara tanda seseorang bayi atau kanak-kanak telah digoncang kuat, mereka mungkin akan:
- muntah-muntah,
- terlalu sensitif,
- merungut,
- lembap dan tidak lalu makan,
- sawan,
- mempunyai denyutan jantung yang perlahan,
- masalah pendengaran atau
- pendarahan di dalam mata bayi tersebut.
Dalam kes serius bayi tersebut boleh menjadi lumpuh ataupun koma.
Lebih info boleh di baca di Risiko Kerosakan Otak Apabila Menggoncang Bayi
Sumber: channelnewasia , facebook South Wales Police Cardiff
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia