Waspada Diabetes Ketika Hamil, Ini Senarai Makanan Kononnya "Sihat" Tapi Gula Tinggi!

undefined

Tahukah anda bahawa kandungan gula yang tinggi amat berbahaya terhadap ibu mengandung? Pengambilan makanan tinggi gula turut menambahkan lagi risiko ini!

Dalam menjaga kesihatan anda serta bayi dalam kandungan, para doktor dan jururawat akan menasihati untuk menjaga pemakanan dan kerap melakukan senaman. Namun sekiranya mendapati bacaan gula tinggi, ia boleh memberikan kesan bahaya terhadap diri dan janin.

Tidak dinafikan sepanjang tempoh kehamilan, ibu mengandung pasti akan dilanda perubahan hormon dan mengidam mencuba pelbagai makanan. 

Bahaya kadar gula tinggi semasa hamil

#1. Terlalu banyak gula punca mengantuk

gula tinggi semasa hamil

Situasi biasa dihadapi oleh ibu dan bayi adalah kerap mengantuk. Jika ia terjadi, anda perlu mendapatkan nasihat daripada doktor.

Dalam kehamilan, seorang ibu memerlukan gula bagi memperoleh tenaga. Namun jika ia turut menjadi penyebab kepada masalah kesihatan lain. Paras gula tinggi atau berlebihan mampu membuatkan anda dilanda keletihan sepanjang masa.

Bukan itu sahaja, bayi yang lahir dari ibu mempunyai kandungan gula darah tinggi turut menjadi letih. Antara tandanya ialah si manja anda akan tidur lama pada waktu siang serta malam.

#2. Mencacatkan kelahiran

Dalam sesetengah kes, kandungan gula tinggi dalam darah boleh mendatangkan kesan kepada janin sepanjang hidup. Antaranya adalah jantung, ia dikaitkan dengan tahap gula yang dibekalkan oleh ibu.

#3. Kemungkinan mempunyai bayi besar

Bayi besar adalah bayi yang memiliki berat badan berlebihan dari purata biasa iaitu 7.5 pound ketika dilahirkan. Bayi besar selalunya akan memiliki masalah jantung kerana tubuh dipaksa bekerja lebih keras untuk mengepam darah ke seluruh bahagian badan.

Bukan itu sahaja, bayi besar turut memberikan komplikasi ketika bersalin secara normal. Tubuh bayi mungkin akan terperangkap di dalam saluran faraj terutamanya bahagian bahu.

#4. Pengambilan pemanis tiruan

tahap gula tinggi semasa mengandung

Segala jenis pemanis tiruan menggunakan gula tiruan. Ia biasanya digunakan sebagai pengganti gula dan sebagai alternatif yang sihat bagi gula sebenar.

Walau bagaimanapun, ibu hamil perlulah mengelakkan dari mengambilnya. Adalah lebih baik menggunakan gula biasa ketika ingin menikmati minuman kegemaran anda. 

Hal ini kerana bahan kimia dalam pemanis tiruan tidak berbahaya bagi orang biasa, namun bagi wanita hamil boleh menjejaskan kesihatan anda dan bayi.

Senarai makanan sihat, tapi tinggi dengan gula

Mengambil makanan terlalu tinggi dengan kandungan gula boleh meningkatkan pelbagai risiko penyakit. 

Mengikut artikel Healthline, orang tidak menyedari bahawa terdapat kandungan gula yang tersembunyi dalam makanan sihat. Antaranya ialah:

#1. Yogurt rendah lemak

Seperti makanan rendah lemak lain, yogurt rendah lemak turut mengandungi gula untuk memberikan rasa manis.

Misalnya secawan yogurt iaitu 245 gram dikatakan mengandungi lebih 45 gram gula yang bersamaan 11 sudu teh. Ia adalah melebihi tahap pengambilan gula harian dan yogurt rendah lemak ini tidak memiliki sebarang manfaat untuk kesihatan.

Oleh demikian, adalah lebih baik anda memilih yogurt penuh lemak, yogurt asli atau Greek yogurt.

#2. Sos tomato

bahaya gula tinggi ketika hamil

Sos tomato sebenarnya memiliki kandungan gula yang tinggi. Menurut Healthline, satu senduk sos tomato mengandungi hampir satu senduk gula.

#3. Granola

Granola dikenali sebagai makanan sihat rendah lemak meskipun tinggi kalori dan gula. Kandungan utama granola ialah gandum, bijirin seimbang yang mengandungi karbohidrat, protein, lemak dan serat.

Walau bagaimanapun, ia kebiasannya kacang, madu atau pemanis tambahan yang meningkatkan kandungan gula serta kalori.

Secara umumnya, 100 gram granola mengandungi sekitar 400-500 kalori dan hampir 5-7 sudu teh.

#4. Susu coklat

Susu coklat sememangnya telah dicampur dengan biji coklat dan pemanis. Susu adalah sumber minuman yang kaya dengan nutrisi, baik untuk kesihatan tulang kerana kalsium dan proteinnya.

Namun, susu coklat mengandungi kadar gula yang cukup tinggi. Setiap 8 auns susu coklat atau 235 ml susu coklat mengandungi 11 gram atau 3 sudu makan gula.

#5. Bijirin sarapan

Bijiran sarapan adalah menu pagi paling mudah. Namun tahukah anda bahawa pengambilan setiap hari adalah tidak cukup baik untuk kesihatan kerana ia memiliki tahap gula yang tinggi.

Beberapa jenis bijiran ada dijual dalam pasaran turut memiliki gula tambahan iaitu 12 gram atau 3 sudu teh.

Jika anda terbiasa mengambil bijiran dalam pemakanan harian, pastikan memeriksa label produk dan pilih bijiran kaya dengan serat dan tidak mengandungi banyak gula.

Sumber: Jururawat, Suara

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Khasiat Durian Belanda Untuk Ibu Hamil, Mencegah Morning Sickness & Kawal Gula Dalam Darah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!