30 Hadiah Hari Guru Simple Dari Kedai Eco, Sweet Dan Menarik

Nah, kami kongsikan 30 hadiah hari guru kedai eco sempena sambutan Hari Guru tidak lama lagi. Harga RM2.40 untuk setiap barang

Sempena sambutan Hari Guru yang bakal disambut pada 16 Mei ini, hadiah apa yang boleh menggembirakan hati cikgu-cikgu agaknya ya? Hadiah yang terbaik tidak semestinya mahal, kadangkala memilih hadiah hari guru kedai eco pun boleh jadi sweet, menarik dan sangat praktikal untuk kegunaan para guru mengajar.

30 Hadiah Hari Guru Kedai Eco Yang Simple & Menarik

Selain ibu bapa, guru juga perlu dihormati dan disantuni jadi tidak salah menghargai jasa mereka walaupun tanpa dipinta. Jom kita lihat hadiah apa yang sesuai untuk dibelikan untuk guru kesayangan.

1. Pen Merah

Pen merah adalah antara barang yang paling sesuai dijadikan hadiah dan sangat berguna untuk cikgu-cikgu. Selalunya mereka banyak menggunakan pen merah untuk menanda jawapan atau kertas peperiksaan.

Warna yang terang sebegini kontra dengan pen berdakwat biru atau hitam yang digunakan oleh pelajar dan pelajar lebih mudah mengesan pembetulan dan kesalahan yang dibuat.

Jenis gel dan kalis air ini memang ramai suka pakai. Beli di Eco Shop boleh dapat 5 pcs dengan harga RM 2.40.

2. Botol Air

Cikgu-cikgu selalunya menghadapi masalah kering tekak sebab perlu bercakap sepanjang hari. Kalau belikan botol air pasti mereka tersenyum lebar boleh bawa setiap hari.

Ada bermacam-macam pilihan botol di kedai eco, pilih sahaja yang berkenan dan kena dengan citarasa guru.

3. Marker Whiteboard (Papan Putih)

Selain pen, ini antara barang favourite dan kegunaan guru untuk mengajar setiap hari. Boleh juga dibuat hadiah dengan pilihan pelbagai warna berbeza.

Nak beli asing-asing pun ada.

4. Kotak Pensel

Kalau dah ada lambakan pelbagai jenis pen yang banyak, sudah tentu cikgu memerlukan kotak pensel yang bersaiz besar dan muat diletakkan di dalam beg harian.

5. Bunga Hiasan

Mana-mana cikgu perempuan pasti suka mendapat bunga hiasan sebagai hadiah. Boleh diletakkan di ruangan sudut meja guru. Setiap kali terpandang terus teringat kepada si pemberi.

6. Pin Tudung

Hadiahkan pin tudung bagi cikgu yang bertudung untuk dijadikan hiasan dan koleksi untuk ramai guru. Pilih yang cantik-cantik tau!

7. Pelekat Nota/Sticky Note

Tugasan cikgu memang bertimbun-timbun. Sticky note mungkin dapat membantu para guru menyusun atur jadual dan mencatat tarikh penting seperti tarikh peperiksaan dan tugas tambahan.

8. Tote Beg

Sesetengah cikgu memerlukan beg tambahan untuk meletakkan bahan bantu mengajar (BBM), hadiahkan yang paling cantik dan tahan lasak untuk kegunaan setiap hari.

9. Mug

Idea hadiah hari guru kedai eco paling menjadi pilihan ramai. Alternatif belikan mug yang datang sekali dengan penutup supaya suhu minuman kekal lama.

10. Sapu Tangan

Sesuai untuk guru yang sering berpeluh. Boleh digunakan dan dibasuh banyak kali.

11. Alas Meja

Boleh digunakan untuk melapik meja guru supaya lebih kemas dan terletak. Jangan lupa pilih yang kalis air supaya dokumen penting tidak basah sekiranya air tertumpah.

12. Set Sudu Garfu

Jika guru suka membawa bekal ke sekolah, apa kata belikan set sudu garfu dengan bekas tertutup supaya mudah dibawa dan digunakan apabila perlu.

13. Bingkai Gambar

Beli bingkai gambar kosong dan hiaskan mengikut kreativiti anda. Yang penting biar nampak menarik dan eksklusif.

14. Buku Nota

Cikgu memang sentiasa sibuk. Buku nota sesuai untuk mereka mencatat, menulis apa yang penting untuk dijadikan rujukan.

Beli bersaiz kecil pun tak mengapa, mesti cikgu-cikgu suka!

15. Rak Troli Mini

Cikgu-cikgu boleh letakkan dokumen penting di dalam rak troli mini. Lebih tersusun dan kemas.

16. Bekas Makanan

Bekas makanan atau lunch box juga antara barang yang selalu digunakan untuk cikgu-cikgu terutama yang sedang diet.

Boleh cari jenis mangkuk tingkat atau jenis bento untuk sekali makan.

17. Tisu Basah

Para guru perempuan memang suka tisu basah untuk membersihkan solekan atau mengelap kawasan kotor.

18. Pasu Bunga

Cikgu-cikgu boleh letak bunga atau pen ikut kesesuaian.

19. Bouquet Bunga

Kalau nak lebih senang, belikan bouquet bunga sekali dengan pasu bunga tadi. Mudah dibawa ke sekolah dan nak sesuai untuk diberikan kepada ramai cikgu.

20. Fail

Fail sangat penting untuk cikgu menyimpan dokumen penting. Boleh beli untuk memudahkan kerja cikgu-cikgu.

21. Bekas Estetik

Boleh letak alat solekan atau bahan mengajar dalam satu bekas yang cantik ni.

22. Tisu

Kalau tak tahu nak belikan apa, boleh hadiahkan tisu. Cikgu-cikgu mesti suka!

23. Beg Pouch

Terpulang kepada cikgu sama ada nak letak pen, pen marker atau barangan lain. Yang penting, pilih yang ada ayat motivasi dan warna yang menarik.

24. Cermin

Siapa yang tak suka tengok cermin, kan? Cikgu pun perlukan cermin senang nak bersiap sebelum masuk ke kelas.

25. Pewangi Kereta

Jangan tidak tahu, kedai eco pun ada jual pewangi kereta tau. Pilih yang wangi-wangi dan sesuai dengan minat cikgu, ya.

26. Tabung

Bukan sahaja kita perlu menabung, para guru pun kena menabung sama. Belikan tabung ini untuk cikgu boleh guna untuk simpanan sendiri atau kegunaan menghias kelas nanti.

27. Rak Buku PVC

Boleh menyimpan dan menyusun fail mengikut keperluan para guru.

28. Coklat

Ada banyak pilihan coklat dijual di kedai eco. Pilih yang siap dengan bekas besi dan nampak mahal. Bolehlah jadi kudapan cikgu semasa mengantuk menanda kertas.

29. Kusyen

Duduk atau berdiri terlalu lama membuatkan badan terasa sakit badan, hadiahkan kusyen kerusi untuk mereka berehat sambil menyiapkan tugasan.

30. Keychain

Walaupun bunyi macam kliche, sebenarnya keychain juga menjadi kesukaan guru terutama guru yang mempunyai pelbagai jawatan penting dan memegang kunci yang banyak dalam satu masa.

Gantungkan pada keychain supaya mudah untuk cikgu ingat kunci yang mana satu.

Semoga dapat membantu anda memilih hadiah guru yang terbaik tahun ini, Kongsikan jika artikel ini bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 30 Idea Hadiah Hari Guru DIY Yang Menarik Dan Comel

Baca juga: Jenis-Jenis Hadiah Untuk Ibu Yang Bermakna Untuk Hari Istimewa

Baca juga: Raikan Insan Bergelar Ibu Dengan 7 Hadiah Istimewa Ini, Pasti Buatnya Tersenyum Gembira

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!