Sempena meraikan jasa dan pengorbanan mendidik para pelajar sehingga berjaya dalam bidang akademik, Mcdonald’s ingin meraikan kesemua guru terbaik di Malaysia melalui pencarian Guru Inspirasi McDonald’s bagi musim yang ke-4.
Pelbagai kisah mengenai kegigihan guru telah dikongsikan di laman media sosial. Ada yang sanggup menunggu kedatangan pelajar di hadapan pintu sekolah, berani melalui perjalanan jauh untuk ke sekolah dan membantu murid dalam kesusahan.
Guru terbaik di Malaysia
Tidak dinafikan, guru amat penting dalam perkembangan akademik anak-anak dan keperibadian mereka. Tenaga pengajar yang hebat mampu memberikan aura positif untuk menjalinkan hubungan yang lebih jauh sehingga ke luar kelas.
Oleh hal demikian, McDonald’s ingin meraikan para pahlawan tanpa had yang telah membentuk generasi berpelajaran secara akademik dan kreatif melalui keikhlasan hati.
Untuk tahun 2020, Anugerah Guru Inspirasi (AGI) oleh McDonald’s Malaysia telah kembali kepada tahun keempat dan menyeru orang ramai mencalonkan guru terbaik seluruh negara bermula dari hari ini sehingga 30 Mac 2020.
Bersempena dengan tarikh Hari Guru yang semakin dekat, AGI memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk berkongsi kisah inspirasi guru mereka yang melampaui tanggungjawab sebagai seorang pendidik.
Kisah pengorbanan seorang guru
Sejak tahun 2017, McDonald’s telah menerima banyak penyertaan dari para pelajar yang baik hati dan memuji usaha guru mereka. Beberapa cerita ini benar-benar akan menyentuh hati dan menunjukkan kepada anda kemampuan diri sebagai seorang rakyat Malaysia:
#1. Cikgu Mohd Farez (SMK Bandar Batu Sentul, Kuala Lumpur)
Cikgu Farez adalah seorang individu yang percaya bahawa tindakan kebaikan dapat menciptakan suatu kebaikan. Dia berusaha memberikan yang terbaik untuk menerapkan nilai ini ke dalam diri setiap pelajar.
Dia berani membuat keputusan untuk mengambil pelajar yang terlibat dengan penyalahgunaan bahan haram dan membawa mereka kembali ke sekolah.
Bukan itu sahaja, dia telah membantu lebih daripada 41 pelajar dan membantu mereka melanjutkan pelajaran dengan menawarkan bantuan dalam bentuk makanan, keperluan dan yuran sekolah.
#2. Sir Soon (SMK Lubok Buntar, Serdang, Kedah)
Sir Soon adalah seorang guru bahasa Inggeris yang ditempatkan di sebuah sekolah luar bandar yang menggalakkan pelajarnya mendapatkan kebebasan mereka melalui seni persembahan untuk membina keberanian dan keyakinan diri.
Dia telah melancarkan sebuah projek bernama Find Your Light bagi membolehkan pelajar menampilkan di Penang Georgetown Festival dan di Penang Pac. Dia akan memastikan bahawa semua pelajarnya tidak melepaskan peluang untuk menunjukkan potensi diri mereka.
Pertunjukan terawal terbesar di bawah projek ini adalah prestasi teater anti-buli bertajuk Sing To The Lions yang disertai 5 sekolah berbeza dan pertunjukan di hadapan 600 orang.
#3. Madam Wong (SMK Tumpat, Kelantan)
Madam Wong adalah seorang guru bahasa Inggeris yang dicalonkan oleh pelajarnya, Fatin yang telah tinggal bersamanya selama dua tahun.
Hal ini kerana ibu ayah Fatin telah berpindah ke luar negeri dan dia tidak dapat menyesuaikan diri dengan sekolah barunya. Lalu, Madam Wong telah membantu Fatin dengan membenarkan untuk tinggal bersama sehingga dia tamat sekolah menengah.
Walaupun ada perbezaan agama, Fatin tidak pernah disisihkan kerana Madam Wong menjaganya seperti anak perempuan sendiri.
#4. Cikgu Mohd Azri (SMK Jelutong)
Cikgu Azri adalah guru sekolah khas yang telah mengajar selama 10 tahun. Kesabaran dan kekuatannya sangat dikagumi oleh para guru di sekolah.
Mereka menyaksikan dia begitu komited dalam memelihara tingkah laku dan membimbing pelajar-pelajar istimewa di SMK Jelutong.
Langkah penyertaan
foto: thoughtco
Kongsikan kisah keistimewaan guru anda bagi menjadikan Hari Guru ini menjadi lebih bermakna bagi mereka dengan tiga langkah mudah ini:
#1. Log masuk laman web disini
#2. Tuliskan kisah bagaimana guru memberikan inpirasi kepada anda ( dalam bahasa Malaysia, Inggeris atau Mandarin).
#3. Sertakan gambar atau video (pilihan)
Anugerah ini akan diberikan kepada 25 guru yang paling memberi inspirasi dan masing-masing bakal menerima wang tunai sebanyak RM5 000, trofi, selempang dan sijil pengiktirafan di majlis anjuran sekolah masing-masing sempena dengan Hari Guru.
Rakyat Malaysia yang mencalonkan guru turut akan menerima baucer hadiah McDonald bernilai sebanyak RM200.
Mana-mana pelajar, ibu ayah atau saudara yang mengajar boleh dicalonkan mengikut kriteria yang ditetapkan dalam laman web.
Guru yang dicalonkan mestilah warganegara Malaysia dan sedang mengajar di mana-mana sekolah kerajaan atau swasta seluruh negeri di Malaysia.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga:
https://my.theasianparent.comderma-hati
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!