X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bolehkah Budak Lelaki Kawan Baik Dengan Budak Perempuan? Ini 3 Cara Pupuk Hubungan Platonik Yang Baik

4 min bacaan
Bolehkah Budak Lelaki Kawan Baik Dengan Budak Perempuan? Ini 3 Cara Pupuk Hubungan Platonik Yang Baik

Hubungan persahabatan antara lelaki dan perempuan juga dikenali sebagai hubungan platonik ini sebenarnya bagus untuk pemikiran yang lebih luas buat kanak-kanak!

Hubungan persahabatan anak-anak, terutamanya yang berlainan jantina sebenarnya baik untuk perkembangan sosial dan mental mereka. Ada tak di kalangan anak perempuan anda yang mempunyai teman baik budak lelaki atau sebaliknya?

Tahukah anda, persahabatan platonik mempunyai manfaat dan memberi peluang kepada anak-anak untuk menerokai diri mereka di luar pendapat yang mengatakan ia tidak elok untuk anak?

Persahabatan yang dihadkan kepada 1 jantina sahaja boleh memhantar mesej yang merosakkan kehidupan sosial si anak, dan menimbulkan stigma di mana bersosial bersama kanak-kanak jantina lain akan menyebabkan pembawaan negatif apabila dewasa kelak.

Hakikatnya, apabila ibu bapa dan guru mengizinkan persahabatan antara budak lelaki dan perempuan, mereka menghantar mesej kepada anak-anak mereka ia bukan sahaja baik untuk bermain dengan jantina yang lain, tetapi juga baik untuk bermain seperti mereka. 

Hubungan Persahabatan Kanak-Kanak Lelaki dan Perempuan Dianggap Tidak Wajar?

hubungan persahabatan, hubungan persahabatan lelaki dan perempuan, hubungan platonik, persahabatan kanak-kanak lelaki dan perempuan, kawan baik lelaki, kawan baik perempuan, nilai persahabatan, maksud persahabatan, maksud persahabatan, sahabat adalah, definisi sahabat

sumber: discover magazine blogs

Berbeza dengan apa yang kebanyakkan pendapat kanak-kanak dan orang dewasa, hakikatnya cara bermain kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki banyak persamaannya.

Namun, disebabkan stereotaip jantina dalam masyarakat kita, kanak-kanak sering digalakkan untuk bermain dengan jantina yang khusus sama ada dari arahan secara langsung ataupun melalui jenis mainan yang diberikan atau gaya pakaian mereka .

Ibu bapa sebenarnya risau jika anak mereka terikut-ikut dengan perwatakan jantina berlainan, tambahan lagi apabila kanak-kanak ini mudah terpengaruh.

Hal ini tidak semestinya benar, sebaiknya anda sebagai ibu bapa seharusnya memupuk persahabatan mereka asalkan pergaulan anak-anak dibatasi dengan kesederhanaan.

3 Cara Memupuk Hubungan Persahabatan Positif Kanak-Kanak Lelaki dan Perempuan

Hubungan persahabatan platonik sebegini sebenarnya boleh memepuk rasa hormat antara kanak-kanak berlainan jantina, pemahaman yang lebih dan membolehkan anak-anak berfikir dengan lebih luas!

Jadi, bagaimana kita boleh menggalakkan hubungan persahabatan antara budak lelaki dan perempuan dengan positif?

#1 Jangan Melabel Barangan Atau Tingkah Laku

hubungan persahabatan, hubungan persahabatan lelaki dan perempuan, hubungan platonik, persahabatan kanak-kanak lelaki dan perempuan, kawan baik lelaki, kawan baik perempuan, nilai persahabatan, maksud persahabatan, maksud persahabatan, sahabat adalah, definisi sahabat

Kanak-kanak zaman ini cenderung mempunyai idea yang sangat spesifik tentang apa yang dilakukan oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Misalnya warna merah jambu adalah untuk perempuan, biru adalah untuk lelaki; gadis bermain anak patung, kanak-kanak lelaki bermain sukan.

Malah, ada juga ibu bapa yang seolah memaksa anak mempunyai kelompok kawan yang sama (jantina sama dengan aktiviti kebiasaannya) walaupun mereka lebih suka melakukan sesuatu yang lain.

Ibu bapa harus berwaspada agar tidak sengaja memberikan gambaran stereotaip tersebut dengan perbuatan anda sendiri tanpa sedar, kerana tindak balas positif yang baik memerlukan usaha ibu bapa untuk membantu anak-anak melihat di luar sempadan dunia budak lelaki dan perempuan.

Anda boleh membantu dengan berfikir di luar kotak apabila anda membeli hadiah, menghiasi bilik tidur anak anda, atau merancang aktiviti.

Ini tidak bermaksud anda memberi anak anda sesuatu yang terlalu bertentangan dengan jantinanya, tetapi maksudnya yang tidak terlalu ketara contohnya membelikan baju gaun yang berwarna biru atau hitam buat anak perempuan anda.

#2 Tema Parti Harijadi Yang Lebih Umum

Parti hari jadi kali ini, apa kata anda sediakan tema yang tidak terlalu bias pada suatu jantina. Biarkan anak-anak tahu yang mereka sebenarnya boleh melakukan aktiviti bersama tanpa terlalu menekankan pada suatu jantina sahaja.

Pada masa yang sama, didik anak supaya tidak berasa janggal sekiranya menghadiri parti harijadi yang terlalu ‘pink’ atau terlalu ‘kelelakian’.

Biarkan mereka mengenal rakan-rakan mereka dan tidak mempunyai sebarang tanggapan yang pelik atau malu apabila berkawan.

Cadangkan tema yang mesra seperti bermain boling bersama ataupun melakukan kraftangan bersama dan jemput rakan-rakan dari kedua-dua jantina untuk meraikan. Jika dia teragak-agak, tanyakan kepada anak anda bagaimana perasaannya jika rakan sekelasnya tidak menjemputnya ke majlis harijadi, pasti dia akan bersedih bukan?

#3 Meluangkan Play-Time Bersama

hubungan persahabatan, hubungan persahabatan lelaki dan perempuan, hubungan platonik, persahabatan kanak-kanak lelaki dan perempuan, kawan baik lelaki, kawan baik perempuan,  nilai persahabatan, maksud persahabatan, maksud persahabatan, sahabat adalah, definisi sahabat

Sekiranya anak anda bersedia, biarkan dia bermain dengan budak lelaki atau menggalakkannya untuk bermain dengan budak perempuan di rumah sebelah. Bagi menjadikan idea itu lebih menarik, anda mungkin perlu mencadangkan satu aktiviti yang mereka akan lakukan bersama.

Kedua-dua jantina mungkin menikmati permainan papan, kubu-kubu, bermain belon, membentuk tanah liat, kotak pasir, blok bangunan, skuter dan, dengan begitu banyak lagi permainan dalam senarai.

Jangan risau ya ibu ayah, biarkan sahaja anak anda belajar menghormati kawan-kawan mereka dengan bermain bersama walau apa jua permainan itu, walaupun bermain rumah anak patung atau bermain lumba kereta!

Adakah anak anda mempunyai teman baik dari jantina berbeza? Kongsikan bersama kami tentang hubungan persahabatan unik mereka!

Suarakan pendapat anda!

Apakah aktiviti kegemaran anak anda?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

Anak Kuat Berahsia! Ini Sebab-Sebab Anak Lebih Rapat Dengan Kawan Berbanding Ibu Bapa

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Bolehkah Budak Lelaki Kawan Baik Dengan Budak Perempuan? Ini 3 Cara Pupuk Hubungan Platonik Yang Baik
Kongsikan:
  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Punca Penyakit Ain Pada Bayi & Kanak-Kanak, Tanda, & Cara Menyembuhkannya

    Punca Penyakit Ain Pada Bayi & Kanak-Kanak, Tanda, & Cara Menyembuhkannya

  • Pelan Simpanan Pendidikan Anak: Bila Masa Terbaik Untuk Bermula? Penting Untuk Elakkan Berhutang

    Pelan Simpanan Pendidikan Anak: Bila Masa Terbaik Untuk Bermula? Penting Untuk Elakkan Berhutang

  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Punca Penyakit Ain Pada Bayi & Kanak-Kanak, Tanda, & Cara Menyembuhkannya

    Punca Penyakit Ain Pada Bayi & Kanak-Kanak, Tanda, & Cara Menyembuhkannya

  • Pelan Simpanan Pendidikan Anak: Bila Masa Terbaik Untuk Bermula? Penting Untuk Elakkan Berhutang

    Pelan Simpanan Pendidikan Anak: Bila Masa Terbaik Untuk Bermula? Penting Untuk Elakkan Berhutang

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham