Hamil Lagi Lepas Dua Bulan Bersalin, Ibu Ini Sambut Bayi Dengan Gembira & Bersyukur
Ikuti perkongsian ibu ini tentang kehamilan jarak dekatnya. Ada ibu-ibu di sini dengan pengalaman yang sama? Jom kongsi apa tips anda!
Biasanya kita dengar ibu hamil lagi selepas beberapa tahun melahirkan anak sulung, tapi ada juga yang berhadapan situasi hamil jarak dekat seperti mana seorang ibu yang bernama Maya ini.
Kehamilan kedua itu datang tanpa diduga, namun bagi Maya dan suami tetap menyambutnya dengan rasa penuh syukur dan gembira.
Mengimbas kembali saat tahu dirinya hamil jarak dekat setelah dua bulan melahirkan anak sulung, Maya mencuba banyak alat uji kehamilan UPT kerana dia rasa bimbang dan ragu-ragu.
Pada mulanya, dia amat terkejut dan mempersoalkan mengapa dirinya hamil jarak dekat kerana dia baru saja melahirkan anak, tetapi dia tetap bersemangat untuk mengandung dan melahirkan buat kali kedua.
Maya berkongsi cerita hamil jarak dekat
Dalam pada itu, Maya selalu memuat naik gambar dirinya bersama anak-anak selepas anak keduanya selamat dilahirkan pada Ogos tahun lalu.
Bagi Maya, dia ingin anak-anaknya memiliki kenangan tentang masa kecil dan memori ketika dia sedang mengandungkan mereka.
Menurutnya, memiliki dua orang bayi kecil tidak mudah kerana dia perlu bijak memberi perhatian dan kasih sayang sepanjang waktu. Lebih-lebih lagi, kedua-duanya memiliki karakter dan kehendak yang berbeza.
Apa yang membanggakannya, dia boleh membuatkan kedua-dua anaknya itu tidur siang dalam waktu yang sama!
Namun baginya, dia tidak dapat menyangkal bahawa dirinya sedikit penat dan bimbang untuk mengurus anak kecil sendirian tanpa bantuan sesiapa pun. Tetapi dia tetap yakin untuk melakukannya dan ingin semua ibu melakukan hal yang sama.
Coretan dari seorang ibu yang hamil jarak dekat
Kedua ibu bapaku sudah pulang ke kampung halaman dan suamiku juga sudah kembali bekerja. Aku pula duduk melutut di ruang tamu sambil menangis dan memohon pada tuhan untuk diberi kekuatan kerana ada dua orang anak yang perlu dijaga sepenuhnya.
Aku perlukan 30 saat untuk rasa tidak kuat menghadapinya namun aku tetap perlu bangkit dan melakukan semuanya.
Aku dukung Hazel dan Zoey, aku letak dalam stroller. Kemudian aku keluar dari rumah. Aku berjalan dan terus berjalan. Di sepanjang perjalanan itu, aku membayangkan kehidupanku satu tahun dari sekarang yang pasti semuanya akan berbeza.
Aku terus berkata pada Tuhan yang aku boleh melakukannya dan Kau akan membantuku. Ucapkali aku mengatakannya.
Setelah pulang ke rumah tiada apa lagi yang harus aku takut.
Bagi kalian para ibu yang merasa penat, sedih, depresi atau berjuang melawan rasa tidak berdaya itu. Ambil nafas dalam-dalam dan jangan biarkan ia membuatkan dirimu rasa takut atau tidak boleh menikmati kehidupanmu dengan baik.
Kalau aku boleh buat, anda juga pasti boleh!
Berjuang menyusukan anak
Maya juga memberi semangat pada para ibu untuk terus menyusukan anak tidak kira susu badan atau susu formula sekalipun.
Baginya yang penting bukan susu badan atau formula, tapi keperluan nutrisi anak yang paling utama.
Aku selalu bermimpi untuk menyusu anak selama mungkin kerana dengan cara ini dapat menjalinkan ikatan batin dengan anak.
Aku menyusu Zoey hingga dia berusia enam bulan dan aku bersyukur setiap apa yang anak aku peroleh darinya. Ini adalah waktu istimewa yang paling berharga.
Kemudian aku hamil lagi setelah dua bulan melahirkan Zoey dan ketika dia berumur enam bulan, susu badan tidak lagi keluar dan mengering terus. Hatiku hancur dan rasa bersalah.
Kemudian aku mula memberinya susu botol dan merasa ikatan istimewa kami akan hilang selain Zoey mungkin merasakan yang aku tidak dapat penuhi keperluannya itu.
Kemudian aku sedar tidak ada apa yang berubah kerana waktu istimewa tetap ada di mana dia masih genggam rambutku dan tersenyum melalui matanya.
Kini aku menyusukan Hazel dan aku lebih tenang jika sesuatu terjadi sekiranya susu badan mengering.
Ya, penyusuan sangat indah kerana dapat memenuhi keperluan nutrisi anak, melihat perkembangan mereka dengan berat badan yang naik terutama apabila melihat si kecil tersenyum kenyang itu sudah membuatku melompat bahagia.
Jadi ibu, jangan pernah berasa gagal dan bersalah kerana ada cara lain yang dapat membantumu menghadapi kesukaran itu.
Cintailah anak sebaik mungkin dan rasai nikmat menjadi ibu dengan penuh kesyukuran.
Semoga anda yang menghadapi situasi yang sama tetap bersemangat dan tidak salah menyalahkan antara satu sama lain. Ingat anak itu rezeki yang memberi sinar pada keharmoniaan rumahtangga.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber : Penulis asal Fitriyani dan artikel mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Baca juga: