Hamil Lagi? 20 Sebab Kenapa Anda Perlu Gembira Jika Mengandung!

Sering kali kita dengar, 'cukuplah sekali ini' daripada mulut ibu lepas bersalin apabila ditanya sama ada mahu hamil lagi atau sebaliknya.

Sering kali kita dengar, 'cukuplah sekali ini' daripada mulut ibu lepas bersalin apabila ditanya sama ada mahu hamil lagi atau sebaliknya. Mungkin fobia dengan proses kehamilan atau kelahiran sebelumnya membuatkan mereka mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.

Walaupun ada saja ibu yang memberi jawapan positif dan bersedia untuk hamil lagi, namun rasa tidak mahu dan cukuplah satu itu paling banyak didengar.

Rasa takut mereka ini ada asasnya. Mungkin ada daripada mereka yang terpaksa berhadapan dengan morning sickness yang menyebabkan mereka fobia untuk mengalaminya lagi. Atau mungkin berejam terpaksa tahan sakit contraction yang jika boleh tidak mahu diingat lagi.

Ada pelbagai faktor menyebabkan ibu-ibu ini ketakutan, tetapi jika ditakdirkan mereka atau anda sendiri hamil lagi, janganlah bersedih, kerana ada wanita di luar sana yang amat mengharapkan mendapat rezeki sebaik anda.

Hamil lagi? 20 sebab kenapa anda perlu gembira 

hamil lagi

Walau apa juga faktor yang membuatkan ibu takut untuk hamil lagi, mahu tidak mahu terpaksa juga terima hakikat jika anda benar-benar mengandung.

Usah bersedih, anda sepatutnya meraikan kedatangan nyawa baru yang sedang anda kandung. Sentiasa ingatkan kepada diri sendiri bahawa bersyukurlah kerana ada orang lain yang terlalu menanti berita gembira seperti anda.

Bersyukurlah dengan rezeki anak yang dikurniakan kepada anda kerana bukan semua orang dapat merasainya apatah lagi untuk kehamilan kedua, ketiga atau seterusnya.  Jadi apakah sebabnya anda perlu gembira jika hamil lagi?

  1. Paling utama ingatlah bahawasanya tidak semua wanita bertuah seperti anda diberikan nikmat hamil.
  2. Anda sedang membawa satu nyawa, bukan semua orang dapat merasai peluang itu.
  3. Anda ada 9 bulan untuk menjadi istimewa di macam-macam tempat. Ada yang boleh dapat diskaun, ada yang tak perlu beratur, malah dalam pengangkutan awam pun anda diutamakan.
  4. Kini anda ada alasan yang baik untuk memanjakan diri. Luangkan masa dalam mandian beraroma, pergi berurut atau lumurkan losyen yang menenangkan di perut.
  5. Boleh minta pelbagai jenis makanan, ibu mengandungkan selalu teringin!
  6. Cuti bersalin di mana anda mempunyai dua bulan (atau tiga bulan jika anda penjawat awam) untuk bersama-sama dengan bayi anda.
  7. Tambah pengetahuan dan ilmu baharu. Masa mengandung ini anda boleh masuk pelbagai group ibu hamil di laman Facebook dan tambah ilmu pengetahun. Jangan rasa diri sudah cukup ilmu, bila anda baca apa yang dikongsikan, sedikit sebanyak boleh menambah ilmu.
  8. Tambah kawan baharu. Apabila anda menghadiri check up bersama doktor atau ke kelas pranatal ia membantu anda menambah kawan baharu.
  9. Ini merupakan satu-satunya masa dalam hidup di mana anda perlu meningkatkan berat badan tanpa rasa bersalah.
  10. Jika ini adalah bayi pertama anda, nikmatilah sembilan bulan ini dengan tidur dan bangun lewat pada hari minggu. Anda tidak akan dapat kerap melakukannya lagi selepas ini.
  11. Bila mengandung, payudara menjadi tegang dan cantik seperti ramai wanita mahukan. Anda juga mungkin akan mendapat pujian dari suami! Ini juga boleh dijadikan alasan untuk anda keluar membeli belah!hamil lagi
  12. Tiba-tiba anda mendapat banyak perhatian daripada ibu bapa, makcik dan pakcik, dan tidak lupa juga, suami anda.
  13. Anda mungkin ada circle baharu, dengan ahli keluarga
  14. Kebolehan baharu! Samada melipat lampin guna semula atau memasang katil bayi, tiba-tiba anda dapati anda suka mencuba kebolehan baru.
  15. Tiba-tiba anda rasa begitu menghargai ibu anda dan segala yang beliau lalui semasa mengandung dan melahirkan anda.
  16. Tidak rasa bersalah langsung apabila meminta suami keluar membeli sate diikuti dengan aiskrim coklat dan cendol.hamil lagi
  17. Memilih pakaian bayi dan merancang apa yang anda hendak beli. Buat checklist
  18. Menulis diari kehamilan untuk dibaca oleh anak anda pada masa hadapan.
  19. Meminta seseorang mengambil gambar anda sedang tersenyum melihat perut anda yang memboyot supaya satu hari nanti anda dapat melihatnya semula dan rasa tidak percaya anda boleh jadi sebegitu besar.
  20. Menikmati kelebihan-kelebihan seperti keluar makan malam, bercuti pada hujung minggu dan apa-apa lagi yang anda mungkin tidak dapat lakukan dengan mudah sebaik sahaja bayi anda lahir.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: babycenter

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!