Suami Nampak Lebih KACAK Bila Selalu Tolong Isteri Di Rumah, Jadi Sila Elak 5 Alasan Ini
Ini antara alasan yang selalu suami ungkapkan bila malas nak tolong isteri di rumah!
Sebenarnya untuk mengekalkan hidup berumah tangga ada banyak cara yang boleh dilakukan antara suami dan isteri bagi mengecapi nikmat kebahagiaan bersama.
Namun, segalanya adalah mengikut kehendak individu itu sendiri sama ada ingin melakukannya atau tidak.
Salah satu caranya adalah suami isteri bersama-sama menguruskan hal rumah tangga dan tidak mengharapkan kepada sebelah pihak sahaja dengan memberi pelbagai alasan. Contohnya begini…
“Abang boleh tak tolong saya lipat kain”
“Alah..malas, awaklah yang buat, Itu kan kerja awak”.
Ya, ramai suami yang macam ini tapi bukanlah penulis kata semua tapi ada. Sedangkan suami yang baik tanpa disuruh pun mereka akan sentiasa ringan tulang membantu isteri menguruskan hal dalam rumah tangga.
Ujian hidup berumah tangga bagi isteri memang menguji kesabaran
Bagi wanita yang memiliki teman hidup yang banyak membantu tentulah ia satu keberuntungan bagi mereka dan membuatkan hidup rasa lebih bermakna.
Tapi, ia akan jadi sebaliknya bila mempunyai suami yang langsung tidak membantu untuk memberi kerjasama dalam menyiapkan kerja-kerja di rumah.
Sudah tentu ia menguji kesabaran anda sebagai isteri malah ia boleh membawa kepada pergaduhan dan pertelingkahan hingga membuatkan perkahwinan alami perceraian.
Seharusnya sebagai pasangan suami isteri ada harus memiliki sifat saling tolong menolong antara satu sama lain bagi mengecapi kebahagiaan.
Menurut perkongsian dari Mohd Fhais dalam Facebook miliknya, ini antara lima alasan yang suami selalu guna bila isteri minta bantuan mereka.
Apapun jangan biarkan isteri kepenatan seorang diri untuk menguruskan kerja rumah dan memberi alasan remeh ini.
5 Alasan suami untuk elak bantu isteri di rumah
#1. “Saya tak tahu”
“Abang tak tahu bancuh susu, awaklah buat”
Ini alasan pertama yang sering isteri dengar. Sama ada mereka sebenarya tahu atau pura-pura buat tak tahu.
Padahal mereka sebenarnya malas utuk belajar dan tak mahu berusaha untuk melakukannya.
Kalau rasa tak tahu sekalipun, anda boleh tanyakan kepada isteri tentang cara membancuh susu anak yang betul.
Kemudian lama-lama mesti dah teror bancuh sendiri.
#2. “Saya tak pandai”
” Abang tak pandailah nak kemas rumah”
Sedangkan tiada orang yang lahir-lahir terus jadi pandai buat kerja rumah. Tapi kalau belajar cara nak kemas rumah, lama-lama tentu dah pandai.
Jadi jangan selalu berikan alasan ini kepada isteri kerana ia boleh menyakitkan hati mereka.
#3. “Saya tak yakin”
“Ish, abang tak yakin nak pakaikan pampers anak. Silap pakaikan nanti bocor pulak”.
Pada hakikatnya, rasa yakin itu perlulah dipupuk dari dalam jiwa supaya setiap tindakan anda adalah betul.
Jadi kalau diri sendiri susah nak yakin, apatah lagi orang sekeliling?
#4. “Saya tak boleh”
” Abang memang tak boleh kalau berdua je dengan anak kat rumah, nanti anak menangis ke macam mana”.
Sebenarnya semua orang boleh jaga anak kecil kerana ia adalah pilihan masing-masing.
Jangan selalu beri alasan ini ya kalau belum mencubanya!
#5. “Saya tak pernah”
” Awaklah buat susu anak, abang tak pernah buat susu budak”
Kalau tak pernah buat sekalipun jangan beri alasan ini tapi anda boleh minta isteri tunjukkan yang betul supaya lama kelamaan anda juga tahu cara-cara membancuh susu.
Sebenarnya walaupun tahu suami akan memberikan pelbagai alasan tapi isteri tetap sengaja akan menyuruh suami buat.
Ini kerana isteri tahu yang suami itu sebenarnya malas dan suka beri banyak alasan.
Tapi sebagai isteri mereka tidak pernah berhenti berharap agar suami boleh melakukan semuaya sekaligus membantu meringankan tugas isteri di rumah.
Percayalah semua tugas lelaki boleh buat kecuali kerja Tuhan.
Diharap perkongsian ini bermanfaat dan memberi pengajaran berguna untuk kita semua. Apapun, jangan lupa tag suami anda dan mintalah mereka memahami isi hati seorang insan yang bergelar isteri.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Mohd Fhais , Pesona Pengantin
Gambar: The Conversation
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga