Kenapa hina ibu yang bersalin czer? Sedangkan 3 punca ini penyebabnya...
Setiap orang mengalami pengalaman bersalin yang berbeza-beza. Begitu juga jika anda lahirkan bayi ketiga, ia tidak akan sama seperti melahirkan yang sulung dan kedua. Asalkan ibu dan bayi sihat dan selamat sudah cukup membahagiakan.
Ada golongan yang suka hina ibu bersalin czer
Selepas kelahiran bayi, pasti ada ramai yang akan bertanya sama ada ibu ini bersalin secara normal atau czer. Apabila kita jawab normal, mereka mengangguk-angguk. Namun yang lebih menyedihkan, ada sebilangan mereka hina ibu bersalin czer!
Menurut kata mereka, pengalaman bersalin normal lebih dirasai berbanding czer. Pengalaman bersalin normal baru betul-betul pengalaman yang membuktikan “kita wanita” katanya.
Tapi perlu ke sampai nak hina ibu bersalin czer ini?
Sebelum anda hina ibu bersalin czer. adalah lebih baik sekiranya anda melontarkan kata-kata positif. Lagipun, siapa kita untuk menghina seorang wanita yang telah bersusah-payah mengandung dan melalui proses bersalin?
Jagalah hati ibu yang baru lepas bersalin itu. Tak kiralah bersalin secara apapun. Cukuplah sekadar mendoakan kesejahteraan ibu dan bayi.
Bahkan, walaupun bersalin secara czer, ibu tetap berjuang demi tercinta yang berada dalam kandungan. Ada ketikanya terpaksa menahan sakit terlalu lama selepas mengalami kontraksi teruk tapi akhirnya terpaksa juga menjalani pembedahan.
Jadi, perlukah nak hina ibu bersalin czer dan salah ke mereka bersalin dengan cara ini?
Menurut pakar perbidanan dari seberang negara, Dr Soetomo Surabaya mengatakan seseorang ibu bersalin secara caesarean adalah kerana terdapatnya masalah tertentu terhadap ibu dan nyawa janin dalam kandungan.
Untuk itu, ibu pastinya tak mampu menolak jika doktor beri nasihat supaya bersalin secara pembedahan. Betul tak? Jadi, kenapa nak hina ibu bersalin czer ini?
Hina ibu bersalin czer: Nyawa ibu dan bayi jadi taruhan
Pembedahan dilakukan apabila berlakunya masalah tertentu seperti pintu servik tidak membuka hingga 10 cm.
Selain itu, pembedahan secara caesarean menjadi pilihan apabila tulang punggul ibu sempit atau uri menghalang laluan bayi untuk keluar. Disebabkan ini, ibu tak boleh bersalin secara normal.
Jika doktor mendapati sejak awal kehamilan sudah ada implikasi tertentu, pihak hospital akan terus mencadangkan ibu untuk melakukan pembedahan.
Jika berlaku implikasi di pertengahan kehamilan dan perlu emergency czer itu yang paling menyedihkan.
Jadi, perlu ke nak hina ibu bersalin czer kerana ia bukan kehendak mereka untuk bersalin secara czer. Ia kerana ada nyawa perlu diselamatkan.
Benar, ketika ibu bersalin czer, ibu tidak akan merasa sakit kerana disuntik ubat bius. Tapi ia tidak bererti ibu tidak akan alami sakit.
Selepas pembedahan, ibu akan rasa pedih di bahagian luka czer. Sebab itu, ibu perlu tahu cara jagaan jahitan czer yang betul.
Hina ibu bersalin czer :Punca-punca bersalin secara caesarean
Terdapat tiga kondisi atau permasalahan yang dialami ibu hamil hingga doktor akan mencadangkan bersalin secara czer, iaitu:
#1: Laluan peranakan
- Doktor akan memeriksa laluan sama ada terbuka atau sempit.
- Kemudian, doktor akan memeriksa punggul ibu dan keadaan uri dalam kandungan.
- Jika doktor mendapati uri atau plasenta menutup jalan, ibu tidak boleh bersalin secara normal.
#2: Ukuran bayi
- Ukuran dan saiz bayi juga penting untuk tentukan sama ada ibu boleh bersalin secara normal atau pembedahan.
- Jika saiz bayi terlalu besar, ibu tidak mungkin boleh bersalin normal.
- Bayi dalam kedudukan songsang juga perlu bersalin secara czer.
#3: Ketahanan atau tenaga tubuh ibu
- Jika ibu diberikan suntikan untuk cepatkan jalan namun tetap tiada bukaan. Doktor akan buat keputusan untuk lakukan pembedahan.
-
Kekuatan ibu juga penting untuk meneran bayi keluar dengan mudah. Jika ibu kelihatan tidak bermaya sedikit sukar untuk menolak bayi keluar.
-
Jika ibu alami darah tinggi yang serius, diabetes dan masalah pada darah. Ibu juga berisiko untuk bersalin secara czer.
Semoga perkongsian artikel ini memberi manfaat dan gambaran bagaimanakah keadaan ibu yang bersalin secara czer. Janganlah kita hina seorang wanita yang sanggup berkorban segala-galanya untuk melahirkan anak yang tercinta.
Bahkan, janganlah kita hina mana-mana wanita yang mencuba sehabis baik untuk menjadi isteri, wanita dan ibu yang terbaik untuk insan yang mereka sayangi. Mari kuatkan semangat kewanitaan kita.
Kita sewajarnya menghormati dan menyayangi antara satu sama lain. Tak begitu?
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Foto kredit: Pri.org, bundoo.com
Baca juga:
https://my.theasianparent.comwanita-lahirkan-anaknya-sendiri