X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bayi songsang patah leher lepas ibunya dipaksa bersalin secara normal!

3 min bacaan
Bayi songsang patah leher lepas ibunya dipaksa bersalin secara normal!

Kasihan, gara-gara songsang dan dipaksa bersalin secara normal, seorang ibu tak sempat jumpa bayinya. Bayi baru lahir mati ini terputus leher!

Ketika diberitahu yang bayi dalam posisi songsang atau terbalik, pasti ibu rasa risau dengan proses bersalin yang mungkin lebih berisiko. Tapi, tiada ibu yang mahu menghadapi insiden bayi baru lahir mati.

Risiko untuk bayi baru lahir mati boleh terjadi jika bayi dalam keadaan songsang. Namun, jika ibu mendapatkan nasihat pakar, proses bersalin bayi songsang mungkin boleh berjalan dengan selamat.

Jika bayi songsang, kebanyakan doktor akan memilih proses bersalin czer. Bersalin secara normal masih boleh dilakukan, namun ia tidak boleh dilakukan secara sembarangan. 

Kes bayi baru lahir mati kerana kesalahan perubatan

bayi baru lahir mati, bayi baru lahir maut, bayi baru lahir, bayi songsang, bersalin bayi songsang, bersalin bayi songsang normal

Namun, insiden bayi baru lahir mati telah meruntun hati ibu ini. Seorang ibu berusia 30 tahun dari Scotland harus menelan kenyataan yang pahit.

Beliau kehilangan buah hatinya akibat kelalaian doktor ketika proses bersalin. Bayi ibu ini maut selepas lehernya terputus dan kepalanya tertinggal dalam rahim!

Ibu ini tidak mahu namanya disiarkan. Menurut beliau, bayinya dalam posisi songsang dan beliau perlu melakukan proses bersalin bayi pramatang. 

Walaupun pada mulanya, beliau disaran untuk melakukan caesarean, namun seorang doktor yang mengendali beliau ketika itu mendorongnya untuk bersalin secara normal.

Dr. Vaishnavy Laxman, seorang konsultan OB/GYN yang berusia 41 tahun dilaporkan telah meminta ibu malang itu meneran sementara dia memegang kaki bayi. 

Tekanan yang dilakukan si ibu akhirnya menyebabkan kaki, tangan dan bahu bayi terputus lalu tercabut dari kepala bayi. 

Bayi baru lahir mati tanpa sempat berjumpa ibunya

bayi baru lahir mati, bayi baru lahir maut, bayi baru lahir, bayi songsang, bersalin bayi songsang, bersalin bayi songsang normal

Ketika petugas perubatan akhirnya menyedari apa yang terjadi, doktor tersebut terus mengarahkan prosedur caesarean dilakukan demi mengambil kepala bayi untuk mencantumnya dengan leher bayi.

Ya Allah! Bayangkan penderitaan dan betapa luluhnya hati si ibu apabila mendapat perkhabaran duka ini? Beliau tidak sempat memeluk atau mengucap selamat tinggal pada bayinya pun!

Menurut laporan, bayi baru lahir mati itu mengalami masalah tali pusat prolaps, iaitu tali pusat terkeluar dari serviks ibu sebelum bayi sempat dilahirkan. 

Jika ibu ingin bersalin normal, komplikasi tali pusat prolaps mampu mendatangkan bahaya. Lebih-lebih lagi jika bayi songsang dan masih pramatang!

Selain itu, laporan juga mendedahkan yang si ibu masih dalam tahap awal pembukaan pintu rahim ketika doktor memaksanya meneran!

Menurut si ibu yang sedang berduka, beliau dipaksa untuk bersalin normal, tanpa diberi ubat bius mahupun ditanya kebenaran untuk memotong serviksnya. Dr. Laxman pula dikatakan telah memilih “pilihan yang salah”.

Bagaimana bayi songsang boleh dilahirkan dengan selamat?

bayi baru lahir mati, bayi baru lahir maut, bayi baru lahir, bayi songsang, bersalin bayi songsang, bersalin bayi songsang normal

Hampir 3% hingga 4% kehamilan mengalami kondisi bayi songsang. Penyebab bayi songsang ada banyak.

Ia mungkin disebabkan oleh ibu pernah ada bayi songsang sebelum ini, mengandung anak kembar, melahirkan bayi pramatang dan sebagainya. 

Oleh sebab kes bayi songsang sering terjadi, maka ia dianggap normal. Namun, risiko sebenar akan mula muncul ketika proses bersalin. 

Bayi songsang berisiko untuk maut jika tali pusat tertekan atau terputus. 

Beberapa kajian menyebut, untuk menyelamatkan bayi songsang dan mencegah bayi baru lahir mati, ibu harus melakukan proses bersalin secara caesarean. 

The British Journal of Obstetrics and Gynaecology juga mengesahkan hal ini. 

Apapun, kami di theAsianparent Malaysia mengucapkan takziah untuk ibu mangsa. Semoga beliau kuat dan tabah untuk mengharungi dugaan yang berat ini. 

Semoga keadilan juga diangkat untuk membela nasib bayi baru lahir mati ini!

 

 

 

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Healing After a C-section: Your Guide to a Speedy Recovery
Healing After a C-section: Your Guide to a Speedy Recovery
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik

 

Artikel diterjemah dari theAsianparent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Bayi Dalam Kandungan Songsang? Jangan Risau, Apa Kata Anda Cuba 3 Cara Ini Untuk Elaknya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • Bayi songsang patah leher lepas ibunya dipaksa bersalin secara normal!
Kongsikan:
  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham