HIV Test Suami Isteri Untuk Buka Buku Pink Di Klinik Kesihatan, Ketahui Prosedur Dan Bayaran

undefined

HIV test untuk buka buku pink pada suami isteri antara prosedur yang perlu anda jalankan bergantung pada klinik kesihatan masing-masing

Buka buku pink di klinik kesihatan adalah langkah awal yang penting bagi ibu mengandung untuk mendapatkan rawatan antenatal. Salah satu prosedur yang diperlukan adalah HIV test suami isteri.

Ujian HIV adalah pemeriksaan darah yang dilakukan untuk mengesan kehadiran virus HIV (Human Immunodeficiency Virus) dalam tubuh. Virus ini menyerang sistem imun dan, jika tidak dirawat, boleh menyebabkan AIDS (Acquired Immunodeficiency Syndrome). Ujian ini dilakukan secara mudah dan cepat dengan mengambil sampel darah.

Ujian HIV Buka Buku Pink

Menerusi perbincangan komuniti theAsianparent Malaysia, tidak semua klinik kesihatan memerlukan suami menjalani ujian HIV, tetapi ia bergantung kepada garis panduan di negeri atau klinik tersebut.

Biasanya, ujian ini dijalankan untuk memastikan keselamatan dan kesihatan keluarga secara keseluruhan.

Soalan: Hi, saya nak tanya, betul ke kalau nak buka buku pink sekarang ni, kena buat ujian HIV dulu? Saya dengar suami pun perlu hadir sekali dan buat ujian HIV juga. Saya #1sttimemummy, jadi tak begitu pasti. Ada yang kata suami perlu buat ujian HIV, ada yang kata tak perlu, dan ada juga yang kata bergantung kepada KK/klinik tempat tinggal. Pening jadinya.

Lain KK, Lain Prosedur

Lain klinik kesihatan (KK), lain prosedurnya, sis. Saya dulu terus walk-in ke KK untuk dapatkan tarikh buka buku. Nurse terus bagi tarikh seminggu selepas itu. Nurse juga siap pesan supaya bawa IC suami dan isteri, bil api/air, sijil nikah atau kad nikah, dan bukti vaksin COVID.

Seminggu kemudian, saya terus ke KK bawa salinan dokumen sahaja, tak perlu yang asal. Saya datang bersama suami, tapi di KK tempat saya, suami tak perlu buat ujian HIV. Hanya saya sahaja yang perlu buat.

Sebaiknya Hubungi KK Berdekatan

Ya, memang ikut KK. Ada yang suami kena buat ujian HIV, ada yang tak perlu. Sebaiknya, call KK tempat sis untuk tanya SOP mereka:

  • Tarikh dan masa temujanji yang boleh datang.
  • Dokumen yang perlu dibawa.
  • Sebarang maklumat tambahan yang perlu diketahui.

Suami Buat Ujian HIV 

Masa saya buka buku pink dulu, nurse KK tanya saya datang dengan siapa, jadi saya cakap dengan suami. Masa tu, nurse suruh suami buat ujian HIV sekali. Saya tak kena bayar pun dan memang dapat terus keputusan ujian HIV tersebut.

Buka Buku Pink Dengan Suami

Saya buka buku pink bulan 10/2024. Time ni baby 10w. Pergi KK untuk buat booking > datang pada tarikh appt dengan suami > HIV test suami dan isteri > checkup BP, urine, ambil darah, abdomen, breast, gigi, etc > ambil tarikh next appt (boleh datang sorang sebab more to checkup kesihatan mommy dan baby).

Anak Pertama Sahaja Suami Buat Test HIV

Masa anak pertama, suami ikut sekali waktu buat buku pink dan terus buat ujian HIV juga. Tapi untuk anak kedua, suami tak ikut, jadi tak buat ujian HIV. Nurse ada tanya kenapa tak bawa suami, saya jawab sebab dia kerja dan tak boleh cuti last minute sesuka hati, jadi tak ikutlah.

Set Tarikh Temujanji KK

Kalau sekarang nak buka buku pink, memang kena buat temujanji dulu. Kalau ada klinik kesihatan (KK) berdekatan, boleh terus pergi dan nanti mereka akan buat ujian air kencing dan sebagainya. Tapi kalau sebelum tu dah buat scan di klinik swasta, cuma tunjukkan je keputusan scan tu. Nanti nurse akan bagi tarikh temujanji untuk buka buku, biasanya bawah 12 minggu. 

Setiap kali buka buku pink, suami memang perlu buat ujian HIV, tak kira berapa kali mengandung pun. Ujian HIV tu hanya ambil sedikit darah dari jari, dan yang penting, ujian tu tak berbayar. Cuma kalau kita nak buat ujian air kencing dan tak ada scan, ada sedikit bayaran biasa dalam RM10-30. Tapi kalau dah ada gambar scan, tak perlu bayar untuk ujian air kencing tu.

Ibu Kena Buat Ujian HIV Dan Sifilis

Untuk ibu mengandung, memang akan buat ujian HIV dan sifilis. Sekarang saringan sifilis dibuat dua kali sebab kes semakin banyak. Kalau positif HIV, suami juga perlu buat ujian HIV. Kalau suami atau isteri positif, kena rawat segera, sebab risikonya tinggi untuk bayi dalam kandungan. Kesejahteraan ibu dan bayi memang sangat penting.

Test HIV Buka Buku Pink Ikut Negeri

Saya dah dua kali mengandung. Masa buka buku untuk anak pertama, saya buat di Pahang, dan memang kena ujian HIV untuk suami isteri. Tapi untuk anak kedua, saya buka buku di Perak, dan kali ni tak perlu buat ujian HIV pun.

Saya di Kedah, dan setiap kali mengandung, suami isteri memang kena buat ujian HIV di klinik kerajaan, untuk ibu dan anak.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!